Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Butter Milk Chicken Yang Mudah Dan Sedap. Try Guna Tepung Bestari, Lagi Umphh!

0 2,862

Tak tahu nak masak apa malam ni. Tetiba lalu pulak resepi butter milk chicken ni kat wall Facebook. Terus rasa nak masak je lauk ni. Isi ayam kat dalam peti pun banyak. Senanglah nak masak lauk butter milk chicken ni.

Lauk ni biasanya ada kat restoran-restoran mahal. Tapi sekarang kedai makan biasa pun dan ada yang buat. Termasuklah kat kedai-kedai makan Thai. Resepi ni tak guna banyak bahan memasak ye. Simple, mudah dan semestinya sedap.

Why, saya nak try follow resepi ni. Sebab butter milk chicken kali ni akan di masak menggunakan tepung Bestari. Siapa je yang tak suka goreng ayam guna tepung Bestari ni kan. Sedap tau! Rasa ayam pedas-pedas garing gitu.

Tepung Bestari ni ada perisa original dan spicy. Korang boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Orang kata masak buttermilk ni boleh muak. So, kalau tak nak muak korang gunalah tepung perisa spicy. Pedas tu sure boleh hilangkan rasa muak.

Mesti ada yang nak try resepi ni kan? Jom follow perkongsian resepi dari Cik Puan Nasriah Ramli. Korang memang teruja dengan hasilnya. Sebab tu resepi ni viral 9k kat Facebook. Korang yang suka maka butter milk chicken wajib try!

 

RESEPI BUTTER MILK CHICKEN

Jom kita lihat dulu satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Kalau dah lengkap semua bahan, malam ni juga korang dah boleh start masak. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya!

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Isi ayam
  • Tepung Bestari
  • 2 sudu besar butter atau margerin
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu mkn susu pekat
  • 1/2 cwn air
  • Daun kari
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • 1 sudu mkn tepung jagung (Optional)
  • Garam
  • Sikit gula putih

CARA PENYEDIAAN BUTTER MILK CHICKEN :

▶️ Mula-mula, gaul isi ayam dengangaram, sedikit gula dan tepung Bestari.

▶️ Kemudian, goreng dan ketepikan.

▶️ Panaskan 2 sudu besar butter atau margerin.

▶️ Tumis hirisan bawang putih & daun kari.

▶️ Bila dah naik bau, masukkan pula 1/2 tin susu cair dan teruskan gaul.

▶️ Dah mendidih,masukkan hirisan cili padi dan gaul lagi.

▶️ Masukkan 2 sudu makan susu pekat.

▶️ Diikuti dengan 1/2 cawan air. Jika suka pekat, boleh tambah 1 sudu makan tepung jagung.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan garam & sikit gula putih.

▶️ Akhir sekali, masukkan isi ayam yang digoreng tepung tadi. Tutup api. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kentang Bakar Berempah Yang Garing Dan Semestinya Sedap. Sesuai Sangat Buat Kudapan!

 

Siap untuk dihidang! Lagi jimat dari makan kat luar. Mudah je kan nak masak lauk butter milk chicken ni. Ayam yang digoreng tu tak sama dengan cara saya masak sebelum ni. Patutlah ramai yang share resepi ni. Guna tepung Bestari rupanya lagi sedap.

Untuk makluman Cik Puan Nasriah Ramli ni memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Tengok kat wall Facebooknya ada macam-macam resepi menarik. Next time, kita boleh try cara beliau masak sambal terung tambah bilis pula.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nasriah Ramli kerana sudi berkongsi resepi butter milk chicken ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open