Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Baby Corn Celup Tepung. Sedap Yang Amat Rasanya, Rugi Sangat Kalau Tak Cuba! 

0 612

Sekarang macam-macam jenis sayur korang boleh goreng macam cendawan goreng tu. Baby corn juga antara salah satu sayur yang sedap digoreng tepung. So, apa kata korang follow resepi baby corn celup tepung di sini. Boleh latih anak-anak makan sayur sekali.

Korang cuba lah! Resepi ni tak renyah bagi saya. Sebab korang cuma perlu sediakan 2 bahan iaitu tepung bestari dan baby corn. Kalau nak sedap, korang jangan potong tebal baby corn tu. Potong nipis je, barulah krup krap krup krap masa nak makan nanti.

Cara penyediaanya pun mudah, korang perlu potong je baby corn dan celup dengan tepung, kemudian goreng. Lebih kurang sama je dengan cara korang goreng cendawan, sayur bayam macam kat pasar malam tu. Tapi, yang ni kena celup 2 kali.

Ha! Macam mana celup 2 kali tu? First korang celup dengan tepung yang basah. Dah nak goreng nanti. Celup lagi dengan tepung yang kering. Doublekan supaya tekstur baby corn korang yang dah siap di goreng terasa juga dengan tepung.

Nak makan ratah macam tu pun dah sedap tau! Apatah lagi bila di makan dengan nasi putih panas-panas dan sos. Boleh jadi penyedap juga dalam makanan. Yang nak cuba boleh follow resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Naira Azlin ni. Dah cuba sekali, pasti nak lagi!

 

RESEPI BABY CORN CELUP TEPUNG

Kalau sebelum ni korang guna baby corn ni sebagai sayur campur dan tumis masak biasa. Kali ni kita tukar selera pula dengan goreng baby corn ni dengan tepung. Anak-anak yang tak makan sayur pun, dah boleh makan lepas ni. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Tepung bestari (original/ spicy)
  • Baby corn (di potong mengiring dan nipis)

CARA PENYEDIAAN BABY CORN CELUP TEPUNG :

▶️ Potong nipis baby corn secara mengiring dan basuh.

▶️ Sediakan 2 jenis tepung. Bancuhan tepung bestari yang basah dan tepung besteri kering.

▶️ Celup baby corn dalam bancuhan tepung yang basah.

▶️ Kemudian, panaskan minyak.

▶️ Bila minyak goreng dah panas. Celup lagi sekali pada tepung bestari yang kering.

▶️ Goreng baby corn sehingga masak, angkat dan toskan.

▶️ Siap untuk di hidang!

 

BACA JUGA : Resepi Baru Biskut Datin Viral Untuk Open House. Rasa Sebijik Macam Tart Nenas, Tapi Yang Ni Lagi Sedap!

 

Wah! Dah siap. Dah tos nanti bolehlah dihidang. Kalau korang nak bagi anak-anak makan, korang boleh guna tepung bateri yang original je. Takde lah diaorang rasa pedas nanti. Ni antara Cara nak latih anak-anak makan sayur tau. Boleh cuba untuk apa-apa pun jenis sayur. Takde lah korang risau, anak-anak tak makan sayur nanti.

Resepi pun dah ada! Mudah dan pastinya sedap. Korang boleh cuba bila-bila masa je. Boleh masak untuk makan malam atau tengahari. Anak-anak pun mesti suka. Mungkin renyah bagi sesetengah orang sebab kena hiris dan celup baby corn. Kalau potong besar memang tak sedap tau!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Naira Azlin kerana sudi berkongsi resepi baby corn celup tepung ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Anak-anak pun dah pandai makan sayur lepas ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open