Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Masak Lomak Cili Api Tanpa Minyak Tanpa Bawang. Rasa Asli, Padu Dan Kaw!

0 3,040

Resepi ayam masak lomak cili api merupakan hidangan paling popular di Negeri Sembilan. Nak tahu juga macam mana cara anda memasaknya? Ikutkan resepi tok moyang turun temurun dulu, masak lemak cili api tidak menggunakan bawang dan juga minyak.

Pasti ada yang pelik kan, apa rasa masakkan yang tidak menggunaka minyak dan bawang, sedangkan bawang dan minyak merupakan bahan asas dalam masakkan. Macam tak percayakan ada hidangan seperti ini.

Walaupun tanpa menggunakan bawang dan juga minyak, resepi ayam masak lomak cili api ini ternyata sedap dan mantap. Ayam tidak akan berbau hanyir dan pedasnya juga secukup rasa.

Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Fazreen Saini. Terima kasih dicapkan kepada beliau kerana berkongsi resepi yang ini buat semda pengguna media sosial.

Bukan masak cili api lah kan kalau tak letak cili yang banyak, tapi anda boleh mengubah suainya mengikut tahan kepedasan yang anda mampu. Anak-anak tak makan pedas kurangkan saja penggunaan cili.

 

RESEPI AYAM MASAK LOMAK CILI API

Nak sedapkan lagi hidangan ni, jangan tinggalkan daun kunyit ye. Sebab aroma daun kunyit ini mampu menggugat iman kita untuk menambah nasi. Jadi jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 Ekor ayam (dipotong kecil)
  • Cili padi 17-21 tangkai ikut nak pedas mana
  • Daun kunyit (diracik)
  • 1 inci Kunyit hidup
  • Serai (dititik)
  • 1 Keping Asam gelugor
  • Santan mangkuk besar
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK LOMAK CILI API :

▶️ Bersih ayam dan ketepikan.

▶️ Panaskan kuali di atas api perlahan.

▶️ Masuk ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sampai kering air yang keluar dari ayam. Tujuan agar ayam nanti tak berbau hanyir.

▶️ Masuk cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk halus ke dalam kuali bersama ayam dan gaul sebati beberapa minit, angkat ayam.

▶️ Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai.

▶️ Masak di atas api perlahan sampai mendidih dan masukkan balik ayam tadi bersama daun kunyit, asam gelugor dan garam secukup rasa.

 

▶️ Teruskan kacau supaya santan tak pecah. Boleh tambah air kalau kuah terlalu pekat. Bila ayam dan kuah cukup masak tutup api.

 

BACA JUGA: Resipi Bihun Pama Homemade Yang Mudah Dan Sedap. 10 Minit Je Siap!

 

Dah siap! Dah angkat nanti bolehlah hias dengan hirisan daun kunyit. Cara memasak lemak cili api ini ada pelbagai. Dan masing-masing menghasilkan keenakannya yang tersendiri. Nak cuba resepi asli lomak cili api boleh cuba resepi ini.

Kalau nak lebih sedap anda digalakkan menggunakan santan segera. Tapi kalau nak guna santan kotak pun tidak menjadi masaalah. Janji kena pandai agak banyak mana air nak ditambah dalam kuah.

Masak lemak cili api wajib pedas, kalau tak pedas bukan namanya lemak cili api lah kan. Resepi pun dah ada, tanpa bawang dan minyak lagi tu. Semoga resepi ayam masak lomak cili api ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open