Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang. Hidangan Top Kat Kedai Nasi Kandar Penang!
Wah, nampak sedap je lauk ayam masak bawang ni. Menu top kat kedai nasi kandar serata Penang. Orang Penang mesti dah biasa makan lauk ni kan. Terliur pulak nak makan. Jom kita follow resepi ayam masak bawang Pulau Pinang ni kat sini. Confirm korang suka!
Banyak jugak bawang kena tabur atas ayam ni ye. Patutlah nama lauk ni ayam masak bawang. Memang meriah dek bawang. Tak susah mana pun masak lauk ni. Korang yang tak pernah pegi Penang, boleh la try masak lauk ni kat rumah. Mesti bertambah nasi dibuatnya.
Tak payah jauh-jauh nak ke Pulau Pinang. Meh kita masak sendiri kat rumah. Lauk ni kalau makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap. Rugi sangat kalau tak cuba. Ayam masak bawang Pulau Pinang ni sama je dengan ayam masak bawang kat kedai mamak. Try la nanti.
Haaa, siapa yang berkenan nak kawen dengan orang Penang, kena belajar resepi ayam masak bawang ni siap-siap. Baru la senyum lebar suami korang. Dapat pulak makan hidangan yang isteri buat. Air tangan isteri la katakan. Barulah suami bertambah sayang. Betul tak?
Resepi ayam masak bawang ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Che Atie. Simple, mudah dan sedap. Penggemar masakan mamak, wajib cuba masak lauk ni kat rumah. Terus rasa macam makan kat nasi kandar.
RESEPI AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam masak bawang Pulau Pinang ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Bawang besar selabu (dimayang halus)
- Daun pandai sehelai (dipotong 4)
- Daun kari setangkai
- Ayam digaul garam kunyit
Bahan tumis :
- Daun pandan
- Daun kari
- 4 sekawan
- Pes halia
- Bawang putih
- 1 labu pes bawang besar (diblend dengan air)
- 2 sudu serbuk cili
- 1sdk serbuk kunyit
- 1 sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh
- 1 sudu serbuk kari daging
- Setengah sudu garam masala
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos tamato
- 1 sudu sos tiram
- Garam gula secukup rasa (gula perang)
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG :
BACA JUGA : Resepi Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw. Confirm Sedap Dan Rasa Nak Lagi!
Dah siap pun ayam masak bawang kita. Korang jangan guna bawang goreng yang ready jual kat kedai tu ye. Kena goreng sendiri. Sebab tekstur dia tak sama dengan yang kita goreng sendiri. Lepas ni tak pegi nasi kandar pun takpe. Dah boleh masak lauk ni sendiri kat rumah.
Terjamin bersih dan sedap bila masak sendiri. Semua rasa pun boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Bagi kuah lebih sikit masa hidang dengan nasi. Nikmat dia tak terkata. Masak lauk ni masa kenduri pun sesuai ye. Sedap jugak makan dengan sayur acar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Che Atie kerana sudi berkongsi resepi ayam masak bawang Pulau Pinang yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!