Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Kicap Bersos Yang Simple Dan Sedap. Memang Marvelous!

0 2,404

Resepi Ayam kicap bersos atau ayam masak kicap, ianya adalah salah satu masakan berasaskan kicap yang digemari ramai. Resepi ini mampu membuka selera semua orang. Ianya juga antara masakan yang paling mudah dan selalu menjadi pilihan untuk hidangan seharian.

Lain orang lain cara memasaknya. Tapi nama yang digunakan tetap sama. Sebab asas memasak tetap menggunakan kicap. Resepi ayam kicap juga selalu dijadikan hidangan dikedai makan mahupun restoran. Juga dijadikan nasi bungkus untuk makan tengahari.

Resepi ini juga samakin popular dikalangan rakyat Malaysia.  Sehinggakan ianya terkenal dengan nama “ayam kicap 3 budak gemok (3BG)”. Jualan 3BG banyak memukau hati penggemar ayam masak kicap. Tapi kali ini kita berkongsikan resepi ayam kicap bersos pula.

Resepi ayam kicap bersos ini dikongsikan oleh Cik Puan Atikah Hashim melalui facebooknya. Ramai yang memberi komen bahawa resepi ini adalah resepi yang paling simple untuk dijadikan hidangan dan ia juga amat menyelerakan.

Masakan ayam kicap bersos ini boleh dimasak pedas dan juga tidak. Tapi untuk resepi yang dikongsikan kali ini, ia tidak menggunakan cili api. Ia cuma menggunakan cili hijau dan juga tomato.

 

RESEPI AYAM KICAP BERSOS

Resepi ini sesuai dijadikan hidangan buat anak-anak. Sebab ianya tidaklah terlalu pedas. Cuma terasa pedas-pedas sos cili sahaja. Jom follow cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk goreng ayam
  • Bawang putih (ditumbuk/kisar)
  • Halia (ditumbuk/kisar)
  • Ayam
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit

 

Bahan-bahan kuah kicap bersos
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Sos cili
  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Cili hijau (dihiris)
  • Tomato (dipotong 4/6)

CARA PENYEDIAAN AYAM KICAP BERSOS
Cara goreng ayam :

▶️ Tumbuk atau kicar halia dan bawang putih.

▶️ Kemudian lumurkan pada ayam yang siap dibasuh.

▶️ Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati dan perapkan seketika.

▶️ Goreng ayam sehingga garing dan ketepikan.

Cara penyediaan kuah kicap bersos : 

▶️ Panaskan minyak ayam tadi untuk menumis.

▶️ Tumiskan bawang merah, bawang besar, bawang putih dan juga halia yang telah dihiris. Kacau hingga naik bau dan kemerahan.

▶️ Masukkan sos cili lebih kurang 4 sudu, kicap manis, kicap masin dan juga sos tiram. Kacau sebati.

▶️ Masukkan tomato dan juga cili hijau.

▶️ Terakhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga rata. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Paling Mudah Buat Kek Belimbing Buluh. Gebu Dan Pastinya Sedap, Anda Wajib Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Semudah ABC cara penyediaannya. Buat hidangan sahur pun sesuai sangat kan. Anak-anak pun mesti suka dan berselera.

Banyak sangat resepi ayam kicap yang kita tahu sekarang ni kan. Anda juga perlu cuba resepi ayam kitap bersos yang ini. Manalah tahu sesuai dengan tekak. Bolehlah masak selalu.

Semoga resepi ayam kicap bersos ini memberi manfaat kepada kita semua. Yang pasti ianya akan memikat hati anda. Selamat berpuasa dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open