Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Kengsom Yang Mudah Dan Sedap. Masakan Ala Thai Yang Pastinya Membuka Selera Anda!

0 8,072

Resepi ayam kengsom merupakan hidangan daripada thailand. Rasanya yang cukup dengan masam manis dan juga pedas pastinya membuka selera kita. Hidangan ini biasanya menggunakan ikan siakap, tetapi boleh juga menggunakan ayam.

Hidangan ini seakan masak asam pedas, tetapi ianya menggunakan bahan yang lain dari kebiasaannya. Ayam kengsom dimasak dengan nenas, kangkung dan perahan limau untuk mewujudkan rasa masam pada hidangan.

Seperti yang kita tahu, masakan thai memang selalunya akan lengkap dengan masam, manis dan juga pedas. Begitu juga dengan hidangan ini. Dan pastinya ia mudah di masak dan sedap dimakan.

Kuahnya seakan sup memang sedap dihirup. Kepada yang nak mencuba resepi ayam kengsom ini, jom kita lihat resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Mohamad Arymin. Confirm terangkat dibuatnya!

Orang Malaysia memang gemar dengan masakan ala thai dan memang sangat sesuai dengan tekak. Tetapi resepi kengsom ini bukan sahaja boleh menggunakan ikan siakap dan juga ayam, ianya juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

 

RESEPI AYAM KENGSOM

Nak masak ayam kengsom untuk bebuka puasa? Ha, jom kita lihat bahan-bahan apa yang diperlukan dalam penyediaan resepi ini. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor Ayam (dipotong 14)
  • 2 batang Serai (diketuk)
  • 1/4 biji Nenas (dipotong kecil)
  • 2-3 batang Kangkung (dipotong)
  • 1 senduk Jus Limau
  • Perasa Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan kisar :
  • 3/4 Bawang Holland
  • 7 ulas Bawang Putih
  • 2 cm Kunyit Hidup
  • 2 Cili Merah
  • 1 Cili Hijau

CARA PENYEDIAAN AYAM KENGSOM :

▶️ Masukkan bahan blend dan serai yang telah diketuk ke dalam kuali. Masak sampai mendidih.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan ayam yang siap dipotong tadi. Masukkan air sampai ayam tenggelam. Biarkan seketika sambil kacau rata.

▶️ Bila ayam dah separuh masak, masukkan nenas.

▶️ Letak perasa dan jus limau. Nak lagi masam, tambah je lagi jus tu. Mudah, takyah nak perah-perah.

▶️ Bila dah cukup rasa, masukkan kangkung dan hirisan cili. Kemudian, tutup api dah siap!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Sambal Hijau Padang Yang Padu. Buat Stok Makan Dengan Lauk Pauk, Sedap Wo!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas syok tau. Boleh terangkat dibuatnya! Kalau anda semua penggemar masakan yang pedas, anda boleh tukar cili besar kepada cili padi untuk menambah pedas masakan.

Nak lagi masam, boleh perah asam limau. Confirm masam tu boleh buat anda berkelip mata. Bila anda kehabisan idea untuk memasak, anda boleh je mencuba resepi ini. Pasti puas hati, makan dengan nasi panas sedap sangat!

Ayam boleh dimasak pelbagai cara termasuk menggunakan resepi ini. Semoga resepi ayam kengsom ala thai ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open