Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas Yang Pasti Buat Anda Nak Lagi. Menu Ringkas Tapi Marvelous!

0 744

Resepi ayam goreng tomyam pedas ini pastinya cukup menyelerakan. Ianya mampu membuka selera ramai penggemar masakan ala thai. Biasanya tomyam akan dimasak seperti sup tapi kali ini ayam akan digoreng, kemudian ditumis dengan pes tomyam dan dimasak kering.

Menu ini sangat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa, pasti terangkat dibuatnya. Makan dengan nasi panas sudah cukup tanpa hidangan lain. Cara penyediaannya yang ringkas menarik perhatian ramai untuk mencubanya.

Sebenarnya, pes tomyam bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak tomyam yang berkuah. Ianya juga boleh di campurkan dalam pelbagai masakan lain sebagai perencah. Memang wangi dan memecah selera bila pes tomyam ini dibuat sebagai perencah dalam masakan.

Bagi yang sudah kekeringan idea untuk memasak juadah berbuka puasa, jangan risau mungkin dengan adanya resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah ini dapat membantu anda untuk mencuba hidangan baru.

Sesetengah orang, bila da buntuh sangat nak masak biasanya akan beli je dekat luar. Tapi sekarangkan dunia semakin moden, apa kata setiap kali nak masak anda google je. Pelbagai resepi anda akan perolehi.

 

RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam menu gempak ini. Dan bagaimana cara penyediaannya. Sesetengah orang biasanya lebih gemar dengan menu ringkas tapi cukup menyelerakan. Jom tengok resepi ni!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersih)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1@2 paket perencah tomyam
  • 8 batang cili padi merah
  • 8 batang cili padi hijau
  • 1 batang serai (dihiris serong)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dipotong)
  • Lobak merah (tambahan)
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Garam dan gula (jika perlu)

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG TOMYAM PEDAS :

▶️ Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.

▶️ Menggunakan minyak yang sama, ambil sedikit untuk menumis bahan-bahan tomyam.

▶️ Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.

▶️ Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.

▶️ Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram dan sos ikan. Tambahkan garam dan juga serbuk perasa jika perlu serta gaul rata.

▶️ Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng tadi dan air 1/2 cawan. Biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering.

▶️ Angkat dan siap dihidang.

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Kastard Jagung Yang Lemak Berkrim. Ringkas Je Tapi Mamang Sedap!

 

Wow! Nampaknya memang mampu membuka selera resepi ni. Dengan tambahan pes tomyam, rasa ayam goreng ini lebih sedap dan menyelerakan.

Kalau dah bosan nak makan ayam, anda boleh je tukar ayam tu kepada daging. Pelbagaikan resepi mengikut citarasa masing-masing. Bolehlah jadi menu daging goreng tomyam pedas pula.

Kepada penggemar masakan ala thai cepat-cepat take noted resepi ni. Boleh cuba untuk menu berbuka puasa nanti. Semoga resepi ayam goreng tomyam pedas ini bermanfaat pada anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open