Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Petai Tumis Ikan Bilis Ni Serious Sedap! Bila Makan Bertambah Nasi Dibuatnya!

Sambal petai ikan bilis
0 2,707

Wah! Lama betul rasanya tak makan petai tumis ikan bilis. Sejak PKP ni, jarang balik kampung dapatkan stok petai. Kalau tidak, nak makan petai je balik kampung. Confirm dapat.

Yang mana ada petai dekat rumah tu, boleh cuba buat resepi ni. Biasanya kita buat sambal ikan bilis petai, sambal petai dengan udang dan sebagainya kan. Sesekali cuba buat petai tumis ikan bilis ni.

Uniknya kali ini kita buat dan masak dengan kulit-kulit sekali. Unik kan, tapi resepi dah ramai yang kongsikan sebenarnya. Cuma kali ni sata nak kongsikan resepi daripada Cik Puan Iedaa Jahaya.

Resepi simple ni kalau mak ayah kita memang suka makan. Siap bertambah lagi dibuatnya. Nak-nak lagi kalau makan dengan nasi panas, hidangkan bersama ikan kering. Fuuh!

Jom saya kongsikan macam mana nak hasilkan resepi petai tumis ikan bilis yang sedap dan marvellous. Untuk hilangkan rasa pahit kulit petai jangan lupa rendam dengan air garam ye.

 

RESEPI PETAI TUMIS IKAN BILIS

Kalau kita masak petai tumis ni dengan kulit yang tidak dikikis, masakan petai kita akan rasa sedikit pahit . oleh itu, sebaiknya kikis kulutnya dan rendamkan supaya hilang rasa pahitnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Petai
  • Ikan bilis
  • Cili kisar
  • Bawnag merah
  • 2 sudu gula
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Kicap (jika suka)

CARA PENYEDIAAN PETAI TUMIS IKAN BILIS.

▶ Mula-mula sekali, kikis kulit petai dengan pisau. Kemudian rendamkan dalam air garam lebih kurang 15 minit hingga setengah jam.

▶ Hiris nipis petai yang sudah direndam tadi.

▶ Basuh ikan bilis dan goreng dalam api panas. Tak perlu garing pun, goreng sekejap sahaja, dan ketepikan seketika.

▶ Kemudian, blend cili kisar dan bawang merah sehingga hancur dan lumat

▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan gula dan air asam jawa. Kacau sampai masak sekata

▶ Bila dah masak mendidih, masukkan ikan bilis dan petai kita. Gaulkan seketika.

▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika ada.

▶ Jika suka, boleh renjiskan sedikit kicap. Untuk yang suka kuah lebih, dah boleh padamkan api.

▶ Tapi untuk yang suka kering dan tak banyak kuah, masak sampai kering sedikit baru padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Ada Pisang Lebih Di Rumah, Jom Buat Kek Marble Pisang Ni. Comfirm Moist!

Waah! Petai tumis ni ikan bilis ni memang padu hidangkan dengan nasi panas. BErtambah nasi tanpa toleh belakang dah lah nanti.

Jika yang suka buat kering, boleh buat banyak-banyak dan masukkan dalam balang. Bila nak makan je keluarkan dan sedia dijamah. Dah lah mudah je nak buat, rasa pun sedap, rangup petai, dan ikan bilis yang digunakan memang bergabung semua rasa.

Saya harap resepi petai tumis ikan bilis ni boleh membantu korang yang mana tengah fikir nak masa kapa dengan petai yang ada. Sebab petai ni pun tak boleh lama-lama, nanti buruk isinya. Jadi, selamat mencuba buat semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open