Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Pelbagai Resepi Masakan Ala Thai Yang Menjadi Kegilaan. Sekali Buat Seronok Bila Mak Mertua Suka!
Lauk yang sering menjadi kegemaran kita selain makanan tradisional Malaysia ialah makanan Thai. Baik tomyam, paprika, pok tek, somtam semua lah semua sedap dan marvellous!
Kalau keluar makan, pasti akan cari kedai tomyam Thai sebab dah tahu makanan mereka semua sedap-sedap. So, bila susah nak keluar rumah sekarang ni, susah juga nak dapat makanan Thai kan?
Jadi, saya kumpulkan beberapa resepi ala Thai yang kitab oleh buat terus dekat dapur kita. Alaa senang-senang je semunya.
AYAM PAPRIK ALA THAI
Kalau tidak tomyam, mesti paprik dengan nasi goreng pedas yang kita akan oder dekat kedai. Sedapnya dapat makan papri ayam ala Thai ni.
Kalau yang diet, nak makan lauk sahaja pun boleh. Insyaallah boleh kenyang dengan portion nasi yang sedikit. Amalkan suku suku separuh pun okay.
RESEPI AYAM PAPRIK ALA THAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 keping dada ayam – hiris nipis
- 4 biji cili padi – diketuk
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 helai daun limau purut
- 2 ulas bawang merah – dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 biji cili merah – dihiris serong
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- ½ inci halia – hiris halus
- ½ labu bawang besar – hiris memanjang
- ½ cawan air
- sedikit garam
- sedikit kicap manis
Bahan Sayuran
- 2 biji putik jagung – dihiris
- 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
- bunga kobis – dipotong kecil
- ½ biji karot – dihiris memanjang
CARA PENYEDIAAN AYAM PAPRIK ALA THAI :
▶ Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Selepas tu toskan dan ketepikan.
▶ Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. Kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
▶ Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
▶ Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. Kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. Selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
▶ Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaappp!
Kredit Resepi – Ketuk-ketuk Ramadhan
TOMYAM POK TEK THAILAND
Perasan tak jika di kedai belek menu yang ada. Ada tomyam dan ada pok tek. Apa beza dua ni sebenarnya. Sebab dari rupa Nampak sama. Harga juga sedikit berbeza sebab pok tek lebih mahal berbanding tomyam biasa.
RESEPI TOMYAM POKTEK THAILAND
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 20 ekor udang
- 2 ekor ketam
- 5 ekor sotong
- 80ml santan/susu cair
- 3 biji bawang besar (Di hiris)
- 3 biji bawang putih (Di ketuk)
- ½ inci halia (Di ketuk)
- ½ inci lengkuas (Di ketuk)
- 3 batang serai (Di titik)
- 4 helai daun limau purut
- 2 keping asam keping
- 1 biji limau nipis
- 10 biji cili padi
- 4 sudu paste tomyam
- 4 sudu tomato puri
- 5 batang jagung muda
- 2 batang cili kering
- 1 ½ batang Lobak merah
- 2 biji Tomato
- 3 ulas Kobis bunga
- Sedikit Daun ketumbar (Di tabur)
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula
CARA PENYEDIAAN TOMYAK POK TEK THAILAND
▶ Didihkan air di atas periuk dan masukkan paste tomyam & tomato puri.
▶ Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili padi, cili kering & serai. Masukkan garam dan gula untuk menambah rasa.
▶ Masukkan ketam, udang & sotong kedalam masakkan. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis dan jagung muda.
▶ Letakkan santan/susu cair untuk melemakkan kuah. Jangan masak terlalu lama kerana takut ianya pecah minyak.
▶ Tuang tomyam di dalam mangkuk. Taburkan daun ketumbar yang telah dihiris serta perah sedikit limau nipis untuk menyedapkan rasa.
Note : Tujuan menyiapkan kuah terlebih dahulu untuk mengelakkan bahan-bahan basah overcooked.
Kredit Resepi – Resepi Orang Kampung
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bias akita dengarm ikan siakap masak 3 rasa dan ikan siakap stim je kan kalau masakan ala Thai ni. Tapi ini, ada satu lagi menu ala Thai yang wajib korang cuba. Ikan siakap masak kengsom.
Haa masakan ni berkuah tau, boleh lah gantikan dengan tomyam atau lauk berkuah yang lain untuk hidangan kita.
RESEPI IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan yang digunakan adalah :
- 1 ekor ikan siakap
- ½ biji nenas
- Kangkung
- 2 batang serai – ketuk
- 1 biji limau nipis
- Garam
- Gula
Bahan kisar:
- 2 tangkai cili merah
- 8 tangkai cili padi
- 1 biji bawang besar – sederhana besar
- 6 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 1 inci kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM :
▶ Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
▶ Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
▶ Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
▶ Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
▶ Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
Kredit Resepi – Wan Hanisah Wan Seman
AYAM PANDAN THAI MUDAH
Kalau tengok dari pada gambar rasa macam biasa je. Tapi tahu taka yam pandan ni, serious sedap! Bau wangi ayam tun anti disebabkan kita balut dengan daun pandan ni memang sedap. Lebih-lebih lagi, ayam kita tun anti juicy je.
RESEPI AYAM PANDAN THAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 keping dada ayam (potong dadu)
- 12-15 helai daun pandan
- 5-6 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- ½ inci halia
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap masin
- 2 sudu makan kicap manis
- Secubit garam
- 1 sudu kecil gula
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN AYAM PANDAN THAI :
▶ Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam sehingga lumat. Masukkan ke dalam ayam tadi.
▶ Kemudian, tambahkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
▶ Ambil daun pandan. Buat segi tiga bucu, masukkan ayam dan tutup ayam dengan masukkan daun pandan ke poket dan selit kat belang. Nanti tengok gambar.
▶ Goreng sehingga ia masak. Dah siap untuk dihidang bersama nasi ataupun cicah sos apa kesukaan anda.
Selamat mencuba!
Kredit Resepi – Yang Nurazreen
SOTONG STIM ALA THAI
Sotong bukan sebarang sotong, tapi sotong kali ni kita buat stim ala Thai. Serious resepi ni memang wajib korang cuba. Bayangkan makan sotong stim ni dengan sos atau kuah dia yang pedas-pedas masam. Pergh!
RESEPI SOTONG STIM ALA THAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
Bahan Sos :
- 5 tangkai cili padi (ats masing)
- 4 Ulai Bawang Putih
- 3 Tangkai Akar Daun Ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)
- 1 tbsp Gula
- 1 tbsp Sos ikan @ kicap sotong
- 3 biji Limau nipis (jus sahaja)
- 1/2 biji Limau nipis (isis dipotong dadu)
- 3 Tangkai daun Ketumbar dihiris halus
Sotong Steam
- 4 Ekor Sotong (saiz sederhana besar)
- 2 Batang Serai
- 1 Inci Halia
- 15 Helai daun Limau purut
CARA PENYEDIAAN SOTONG STIM ALA THAI :
▶ Stimkan sotong di atas semua bahan
▶ Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
▶ Campurkan dengan semua bahan yang lain.
▶ Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim
Sedia dihidang kan!
Kredit Resepi – Nor Eimma Sedek
PHAD PHED AYAM
Kalau warga kita ke negara Thailand, ini menu yang suka dimakan di sana. Sedap rasa dia. Kalau di tempat kita, rasanya seperti ayam goreng digaul sambal dan masak bersama kacang Panjang.
Nama di Thailand pendek je, orang panggil Phad Phed Ayam. Resepi dia mudah dan senang nak buat. Jom kita tengok.
RESEPI PHAD PHED AYAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ayam ½ ekor potong kecik-kecik
Bahan Kisar :
- Bawang besar 1-2 biji
- Bawang putih 6 ulas
- Serai 3 batang
- Lengkuas 1 cm
- Halia 1 inci
- Cilipadi kampung 15 biji (lebih kalau nak pedas)
- Cili kering 6-7 batang (potong2 tak payah rendam)
- Kunyit hidup 1 inci
- Belacan 1 cm
Bahan lain;
- Daun limau purut 5 helai
- Asam keping 1
- Garam, gula
- Kacang panjang
CARA PENYEDIAAN PHAD PHED AYAM :
▶ Tumis bahan blend smpai pecah minyak
▶ Masuk asam keping, daun limau purut…
▶ Masukkan ayam gaul rata, tutup kuali sekejap untuk bagi ayam masak..
▶ Perasakan, biarkan hingga ayam masak, sebelum tutup api masukkan kacang panjang..
Kredit Resepi – Ahmad Shinoda
AYAM SERAI THAI
Sekali pandang macam rendang, tapi ia dinamakan sebagai Ayam serai Thai. Kalau perasan, masakan Thai banyak menggunakan daun limau purut. Ada je bahan ni, terus jadi ala Thai sebab masam-masam sedap!
RESEPI AYAM SERAI THAI
Bahan- bahan yang digunakan adalah :
- 6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
- 1 tsp serbuk kunyit
- Garam
Bahan Sambal ;
- 2 batang serai di ketuk
- 5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
- 1 sudu makan sos seafood
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 kiub pati ayam
- Gula secukupnya
- 1 biji limau kasturi, ambil.jusnya
Bahan Kisar :
- 5 cili besar
- 6 cili padi
- 3 bawang putih
- 4 bawang merah
CARA PENYEDIAAN AYAM SERAI THAI :
▶ Goreng seketika ayam yang sudah digaul garam dan serbuk kunyit
▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
▶ Masukkan serai dan daun limau purut
▶ Kacau rata masukkan kiub ayam
▶ Masukkan sos ikan, sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
▶ Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
▶ Tambahkan ½ cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
▶ Tutup api dan hidangkan.😋
Kredit Resepi – Puan Suriati Silad
BACA JUGA: Nasi Kari Kambing Adabi Yang Marvellous. Serious Sedap Dan Memang Wajib Cuba!
TOM YAM PUTIH ALA THAI
Jarang orang akan order tomyam putih di kedai makan Thai. Sebab biasanya yang biasa juga sedap sedap kebabom!
Tapi tak dinafikan yang tomyam putih juga sedap dan enak dihirup kuahnya. Apa beza tomyam putih dengan tomyam biasa? Selain daripada warnanya, tomyam biasa merah tu akan menggunakan pes tomyam, tetapi tomyam putih tidak. Rasa piior!
RESEPI TOMYAM PUTIH ALA THAI
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ¼ ekor ayam..(dipotong kecil)
- 3 ekor sotong..(dipotong bulat)
- 6 ekor udang besar…
- 3 batang serai..(dititik)
- 2 ulas bawang putih (ketuk)
- ½ bawang besar (potong)
- 6 helai daun limau purut…(dikoyakkan sedikit)
- 1cm lengkuas…(dihiris)
- 3 bawang kuning/ bawang kuning…(dibelah 4)
- 5 biji cili api..(dititik sedikit)
- 1 biji tomato (belah 4)
- Carrot sedikit
- Cendawan tiram sedikit
- Bunga kobis sedikit
- beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis(mengikut selera masing2)
- Garam,gula,serbuk perasa.
CARA PENYEDIAAN TOMYAM PUTIH ALA THAI :
▶ Masukkan air 8 cawan air, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. – Rebus semuanya hingga mendidih.
▶ Setelah agak2 ayam masak..(lebih kurang 5-7minit)
▶ Masukkan sotong, udang dan daun limau purut…
▶ Selepas itu masukkan semua sayuran.
▶ Setelah mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa…
▶Tutup api dan masukkan perahan limau…sedia dihidangkan.
Selamat mencuba
Kredit Resepi – Aneka Resepi Harian
IKAN SIAKAP STIM ALA THAI
Siapa je lah tak suka dengan ikan siakap atim ala Thai ni. Kalau dapat makan confirm bertambah nasi dibuatnya. Hidangan ikan siakap ni sesuai jika ada lauk tambahan bersama. Contohnya tomyam atau sup daging Thai, sediakan sekali telur dadar panas-panas. Fuuh! memang padu.
RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA THAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
- 12-15 ulas bawang putih
- 2 sudu besar gula melaka
- 7 biji cili thai merah
- 5 batang serai
- 8 susu besar perahan air limau nipis
- 3 sudu besar stok ayam
- 5 sudu besar sos ikan
- Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM ALA THAI :
▶ Larut kan 3 sudu besar stok ayam dengan 1 ½ cawan air
▶ Panaskan kuali dan masukkan larutan stok ayam kita tadi.
▶ Bila kuah dah sedikit panas, masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Bila dah larut boleh tutup api dan angkat kuah.
▶ Kemudian masukkan bawang putih yang kita dah cincang ke dalam kuah. Kacau sehingga bau bawang putih meresap dalam kuah.
▶ Seterusnya masukkan cili merah, jus limau, sos ikan dan daun ketumbar . Kacau sehingga sebati.
▶ Cuci ikan sehingga bersih dan kelar sehingga ke tulang supaya ikan masak sempurna.
▶ Masukkan serai yang di ketuk dalam badan ikan.
▶ Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 10 minit.
▶ Tuang kuah atas ikan.
Ikan siakap stim sedia untuk di hidangkan
Kredit Resepi – Port Resepi
IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI
Biasanya ikan siakap tiga rasa dengan ikan siakap stim sering jadi kekeliruan untuk dibuat pilihan. Ye lah, ada yang lebih suka masak stim dan ada juga yang lebih suka jika dimasak tiga rasa.
Bila di rumah , tak susah nak buat. Jika ada 2 ekor ikan siakap bersaiz kecil, boleh lah buat kedua-duanya sekali.
RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung)
Bahan Tumis
- 1biji bawang besar @ Holland (hiris dadu)
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1inci halia (ketuk)
- setengah batang serai (hiris halus)
Bahan Sos
- 2 senduk kecil cili kering kisar
- 3 sudu sos cili thai
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos ikan
- 1 sudu sos tiram
Bahan Tambahan
- Lobak merah (potong dadu)
- Nenas (potong dadu)
- 1biji tomato (potong dadu)
- 5-10 biji cili padi (potong halus)
- 1 biji cili merah besar (potong halus@dadu)
- Sedikit air (untuk kuah)
- 1 kiub pati ayam
- secukup rasa Maggie
- daun ketumbar (hiris halus)
- daun limau purut (hiris halus & buang tulang)
- daun salad
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP TIGA RASA :
▶ Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
▶ Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
▶ Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.
▶ Tambah sedikit air, masukkan pula kiub pati ayam dan secukop rasa Maggie. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur, nenas yang dipotong dadu tadi.
▶ Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap.
Selamat Mencuba
Kredit Resepi – Maisara Nasir
Macam mana dengan semua resepi masakan thai yang saya kongsikan? Menarik kan untuk kita cuba sendiri dekat rumah. Boleh buat hidangan ala thai ni untuk dihidangkan seisi keluarga.
Tak perlu dah la lepas ni nak makan kedai, kalau kita dah boleh buat sendiri dan rasa sedap sama macam di kedai.
Kepada yang nak mencuba, selamat mencuba saya ucapkan. Tapi jangan lupa share tau!