Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pelbagai Masakan Kari Yang Sedap Dan Awesome! Resepi Rahsia Pikat Hati Mak Mertua!

0 820

Siapa yang memang hantu kari? Kalau dihidangkan lauk masakan kari ni memang boleh makan tanpa toleh belakang dah! Sedapnya masakan kari ni memang tak mampu nak tolak kalau dah ada depan mata.

Kari ni ada beberapa jenis tau. Ada yang masak dengan santan, ada yang suka masak guna susu cair, dan ada pulak yang suka masak tanpa santan mahupun susu cair. Rasa dia memang berbeza tapi yang pastinya, memang sedap!

Kari Melayu dengan kari mamak sangatlah berbeza. Jangan ada yang keliru pulak ye. Ada banyak resepi yang saya kongsikan tentang bagaimana nak buat kari ala mamak yang sedap sebelum ni.

Jadi dekat bawah ni, saya nak kongsikan pula hidangan kari melayu tetapi dengan pelbagai binatang atau bahan utama yang digunakan.

Senang nak buat, dan rasa memang marvellous! Jom kita tengok cara nak buat dan bahan-bahan yang digunakan.

 

KARI DAGING KERISIK

Selain makan dengan nasi, kari daging macam ni sesuai dimakan dengan roti jala, cicah roti gardenia. Kuah kari tu pastikan panas ketika nak makan.

Bila gigit, daging pun lembut dan empuk je. Puas hati sangatlah dapat makan dengan kari daging kerisik follow resepi Dapur_Hanum ni.

RESEPI DAGING KERISIK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 kilo daging
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai daun kari
  • rempah 3 sekawan
  • 1 kotak santan
  • 5 sudu rempah kari daging
  • 1 ½ sudu kerisik
  • 2 biji kentang

CARA PENYEDIAAN KARI DAGING KERISIK :

▶ Hiriskan bawang merah, bawang putih, halia. Sediakan rempah 3 sekawan dan tumiskan dalam minyak yang dipanaskan.

▶ Sebelum itu rebuskan daging dulu selama 30 minit atau sampai daging empuk. Tujuannya adalah untuk proses memasak kari daging kita jadi lebih laju.

▶ Tumis sehingga bahan sedikit layu dan masukkan rempah kari tadi. Gaul rata dan masukkan sedikit air. Masukkan juga asam keping, tumis sehingga rempah masak dan pecah minyak..

▶ Masukkan secawan air, daging yang kita dah rebus tadi dan juga kentang. Jangan lupa masukkan sekali kerisik. Didihkan seketika hingga kentang empuk. Boleh adjust nak kepekatan kuah yang macam mana.

▶ Agak-agak kentang tadi dah lembut, boleh masukkankan santan td. Didihkan seketika dan boleh tutup kan api. Dahh siap!!

 

KARI IKAN TENGGIRI BUJANG

Makanan favourite betullah kari ikan tenggiri ni. Kalau dapat lauk ni, tak perlu lauk lain sebab boleh makan dengan ikan, berkuahkan kuah karinya dan ada bendi sebagai sayuran. Buat resepi Meez Siti ni.

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI BUJANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 ketul ikan tenggiri
  • Serbuk kari
  • 2 sudu besar cili giling
  • Daun kari
  • 3 biji bawang kecil atau 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Santan
  • Cili besar 2 biji
  • Bendi atau tomato sebagai bahan tambahan
  • Asam keping 3 keping
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN KARI IKAN TENGGIRI BUJANG :

▶ Mula-mula, panaskan sedikit minyak.

▶ Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih. Kalau nak blend pun boleh. Sekadar hiris pun boleh. Bawang dah layu masukkan daun kari yang dilurut.

▶ Bawang dah naik bau. Masukkan sepaket rempah kari ikan yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan secawan air dan cili giling

▶ Tumis sampai pecah minyak

▶ Kemudian, masukkan ikan tenggiri dan asam keping.

▶ Masukkan kacang bendi

▶ Masukkan santan pekat. Bila dah mendidih sikit baru masukkan santan cair

▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Siap untuk dihidangkan!

 

KARI SOTONG

Sedapnyaa kalau dapat makan kari sotong besar-besar macam ni. Sesetengah kita akan potong kepada bentuk bulat-bulat sebelum dimasak.

Jika sotong sikit sebaiknya dipotong supaya ramai yang boleh rasa. Nak buat kari sotong yang sedap dan pekat, follow je resepi Che Nom ni!

RESEPI KARI SOTONG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 8-10 ekor sotong
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 ½ sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN UNTUK TUMBUK HALUS :

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

 

BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS :

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

CARA  PENYEDIAAN KARI SOTONG :

▶ Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.

▶ Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.

▶ Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.

▶ Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

 

KARI KEPALA IKAN

Kalau di kedai, harga dia boleh mencecah belas-belas atau puluhan ringgit malasyia! Kalau sesekali terasa nak makan, boleh cuba buat sendiri dengan follow je resepi Azura Hamid ni. Tak sangka senang dan sedap rasanya!

RESEPI KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Kepala ikan merah (ikan lain pon boleh) –
  • Bawang Holland – kisar halus
  • Bawang putih – kisar halus
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • 1 paket kari ikan
  • 1 keping asam keping
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Kacang peas / bendi

CARA PENYEDIAAN KARI KEPALA IKAN :

▶ Kisar halus bawang Holland dan bawang putih.

▶ Tumis buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi. Nak naik wangi, masukkan sekali bahan kisar dan serbuk kari yang telah dibancuh pekat.

▶ Gunakan api yang perlahana tau.  Kacau rempah untuk elakkan hangit. Dah agak-agak masak semua bahan, masukkan kepala ikan. Gaul sebati dengan bahan tumisan.

▶ Kemudian, masukkan santan dan air. Kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri. Besarkan sedikit api kepada sederhana.

▶ Masukkan asam keping, garam. Sesuaikan rasa. Biarkan kuah mendidih dalam 5-7 minit.

▶ Akhir sekali, masukkan kacang peas. Biar 2 minit. Tutup api. Dan sedia untuk dihidangkan!

 BACA JUGA: Aneka Masakan Sumbat Yang Simple Dan Marvellous! Resepi Sumbat Yang Mudah Penambah Selera Hidangan!

KARI TELUR

Kalau hidangkan nasi ganja atau sejenis nasi beriani tu sesuai sangat hidangkan bersama kari telur ni. Macam kita makan nasi kandar dekat kedai je rasanya. Buat pekat-pekat memang padu rasa dia!

RESEPI KARI TELUR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 5 biji telur ayam gred A
  • 2 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dengan air)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Setengah kotak kecil santan (brand kara)
  • 1 paket kecil kerisik

 

BAHAN TUMIS :

  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak masak
  • 6 biji cili padi

CARA PENYEDIAAN KARI TELUR :

▶ Mula-mula, rebus telur. Bila dah masak kupas dan ketepikan. Tumis bahan tumis sampai naik bau.

▶ Masukkan rempah. Tumis hingga pecah minyak

▶ Masukkan air asam jawa dan renihkan sebentar. Masukkan telur. Masukkan santan dan akhir sekali masukkan kerisik.

▶ Biarkan mendidih sehingga kuah sedikit pekat.

▶ Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Rasa semua dah okay boleh padamkan api.

**Pemilik resepi ni boleh hubungi kami untuk dikreditkan.

KARI AYAM TANPA SANTAN

Lauk kari ayam tanpa santan ni, rasa dia memang tidak berlemak. Follow resepi daripada Cik Puan Asz Haniey ni.

Lauk begini saya lebih suka suggestkan untuk makan dengan nasi berperisa seperti nasi minyak, nasi beriani atau nasi tomato.

RESEPI KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ ekor ayam
  • 1 biji kentang
  • 2 helai daun kari
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • 1 liter air
  • 1 sudu kecil garam

 

BAHAN TUMIS :

  • 1 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga

 

BAHAN TUMBUK :

  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN KARI AYAM TANPA SANTAN :

▶ Tumis bahan bertanda *. Kemudian masukkan daun kari sehingga naik bau. Masukkan bawang merah. Tumis sehingga kekuningan

▶ Kemudian masukkan ayam dan bahan tumbuk. Jangan masukkan air dulu ye. Biar sehingga ayam kecut dan keluarkan lemak dari ayam tersebut.

▶ Masukkan serbuk kari. Bahagian ni letak air sedikit sahaja. Masukkan kentang. Tunggu sehingga betul betul pecah minyak. Baru lah masukkan air. Boleh lah perasakan dengan garam. Biar sehingga mendidih.

▶ Baru masukkan tomato dan cili. Masakkan seketika. Siap.

Banyak rupanya masakan kari yang boleh kita buat dan hidangkan kepada keluarga. Masakan kari ni memang familiar dalam kehidupan kita. Boleh dikatakan dalam seminggu tu, wajib ada satu hari kita buat lauk kari kan.

Bukan kita je, memang satu keluarga suka makan. Jadi bila buat tu rasa berbaloi lah jugak sebab boleh habiskan dengan jayanya.

Untuk yang baru nak belajar memasak, memang nak buat kari ni dan masak lemak paling risau. Sebab ianya menggunakan santan. Tapi bila dah siap dan menjadi, happy tak terkata!

Boleh follow resepi masakan kari sedap yang saya kongsikan ni. Jangan lupa sharekan di facebook ya. Mana tau ada yang dapat manfaat yang sama.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open