Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Nak Buat Tomyam Pekat Macam Kedai Makan Thailand, Follow Resepi Ni Comfirm Menjadi!
Dulu sebelum PKP, muka ni lah paling rajin makan kedai. Kalau boleh setiap malam nak makan luar dan cari kedai Thai. Suka sangatlah makanan-makanan Thai yang ada terutama sekali tomyam dia
Tapi bukan senang nak cari kedai yang pandai buat tomyam kaw Thai walaupun nama kedai Thai. Yelah, mungkin nak kena selarikan dengan tekak Melayu kan, kenalah kurang-kurangkan bahan.
Bukan sekali dua, rasa teruja nak makan tomyam dekat kedai fofular tapi rasanya tidak seperti yang ku sangka. Jadinya kadang-kadang rasa putus asa nak makan tomyam lagi sebab risau tak sedap.
Orang kata, hikmah PKP kan. Bila dudu rumah, ramai kongsikan masak itu, masak ini. Sehingga terjumpa resepi buat tomyam pekat Ala Thai ni. Rasa dia tak tahu lagi tapi kalau dari segi rupa dah menang dan macam sama.
Oleh itu, tengok bahan-bahan yang digunakan, beli dekat kedai barang apa yang tak ada. Resepi Cik Puan Siti Husni ni. Dan bahan penting yang digunakan oleh beliau adalah 2 pes tomyam yang super padu.
RESEPI TOMYAM PEKAT ALA THAI
Siapa yang belajar buat sendiri tomyam pekat ni, boleh ikut je resepi yang saya nak kongsikan ni. Untuk bahan sayuran dan binatang yang digunakan, terpulang kepada kita ye.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 4-5 sudu Pes tomyam maempranom
- 4-5 sudu Pes tomyam Kung
- 3 sudu cili kisar
- Santan @ Susu Cair
- Sos Ikan cap sotong
- 1 sudu besar Sos tiram
- Binatang ( ayam / Sotong/ udang)
- 5 ulas Bawang putih
- 1 biji Bawang holland
- 2 inci Lengkuas
- 2 batang Serai
- 5 biji Cili Padi Melaka
- 1 biji Limau Nipis
- Daun dan akar ketumbar
- Daun limau purut
- 1 biji Tomato
BAHAN SAYUR :
- Bunga kobis
- Lobak merah
- Cendawan
- Anak jagung
CARA PENYEDIAAN TOMYAM PEKAT ALA THAI :
▶ Mula-mula sekali, tumis dulu cili ksar sampai pecah minyak.
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan dalam 4 atau 5 sudu pes-pes tomyam ke dalam periuk bersama sos tiram dan juga serai.
▶ Tumis sekejap sahaja sampai menggelegak.
▶ Kemudian masukkan bahan binatang yang digunaka. Ayam, sotong, udang atau daging jika ada. Gaul sebati dengan bahan tumisan tadi.
▶ Seterusnya, masukkan air dan santan atau susu cair. Terpulang kepada yang kita guna.
▶ Biarkan menggelegak sekejap, masukkan bawang putih, lengkuas, bawang holland, cabai melaka, tomato, dan akar ketumbar. Renehkan sekejap sehingga kuah tomyam mendidih.
▶ Perasakan dengan sos ikan.
▶ Akhir sekali, masukkan semua bahan sayuran yang kita gunakan. Masak sehingga sayur kita sedikit lembut.
▶ Sebelum padamkan api, perah jus limau nipis dan kacau sebati.
▶ Siap dan padamkan api!
BACA JUGA: Buat Nugget Tempura Homemade Je. Bila Dah Siap Berebut Dengana Anak-Anak!
Kalau dihidangkan tomyam pekat kaw ala Thai ni, hidangkan bersama dengan telur dadar dan juga sayur kalian ikan masin atau sayur kangkung goreng belacan. Makan dengan nasi putih, boleh buat kita makan bertambah-tambah tau.
Nampak macam mudah je kan, tapi bile follow satu persatu memang akan jadi mudah dan paling penting sekali dapat hasilkan rasa tomyam pekat yang padu!
Semoga perkongsian tomyam pekat ala Thai ni, dapat membantu kita untuk mempelajari macam mana nak hasilkan tomyam yang sedap dan marvellous!