Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Menu Orang Dulu-Dulu, Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak. Nostalgia Sangat!

0 1,964

Ha! Ni dia menu orang dulu-dulu pisang muda masak lemak cili api. Lauk ni akan di campur dengan cili api bilis dan tempoyak. Menu orang Negeri Sembilan yang korang wajib cuba. Makan dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya!

Pisang muda ni boleh buat kerepek dan juga sayur. Tapi tak semua jenis pisang sesuai di masak buat lauk macam ni. Kalau ikut resepi ni hanya pisang kapas dan pisang emas je sesuai. Orang kata pisang kapas lagi sedap tau. Kot kebun ada pisang, bolehlah ambil dan masak lauk ni nanti.

Biasanya masak lemak ni tak campur tempoyak. Tapi, kalau campur lagi sedap tau! Kuahnya pun pekat dari biasa. Nak masak lemak cili api ni, boleh je guna santan kotak. Tapi kalau guna kelapa parut yang kita sendiri perah santannya lagi sedap!

Pisang tu ikut korang nak guna banyak mana. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan juga kelapa. Biar betul-betul pekat kuah gulai masak lemak cili api kita. Nak tahu lebih detail, korang kena follow resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan SuiSan Aliezsha ni.

Nostalgia sangat resepi ni! Siapa je yang tak suka lauk kampung kan. Lagi-lagi bila lauk tu di masak berkuah, pekat dan berlemak. Fuh! Mantap. Pisang ni bukan takat buah je boleh buat sayur. Jantung dan batangnya pun boleh. Masak lemak antara resepi yang sesuai.

 

PISANG MUDA MASAK LEMAK CILI API CAMPUR BILIS & TEMPOYAK

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Letak tempoyak ye masak lemak cili padi kita hari ni. Letak cili banyak-banyak barulah power! Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Pisang muda
  • Garam
  • Asam keping
  • Cili api (ditumbuk)
  • Kunyit hidup (ditumbuk)
  • Tempoyak
  • Asam keping
  • Ikan bilis
  • 1 biji kelapa parut

CARA PENYEDIAAN PISANG MUDA MASAK LEMAK CILI API :

▶️ Pisang muda, cuci bersih-bersih seperti dibawah rendam dengan air garam dan asam keping. Guna pisang emas, ada pisang kapas lagi sedap.

▶️ Tumbuk cili api dan kunyit hidup. Sediakan tempoyak ikut suka letak banyak mana.

▶️ Perah ambil pati dari setengah kelapa parut.Pisang tu ikut korang banyak mana nak guna. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.

▶️ Sediakan kuali dan masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis & pisang.

▶️ Masak kacau sehingga mendidih. Agak-agak pisang hampir lembut masukkan tempoyak.

▶️ Pastikn garam secukup rasa. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Chocolate Lasagna Yang Super Sedap Dan Tak Manis. Nak Buat Birthday Kek Pun Boleh!

 

Wah! Resepi simple tapi menyengat ye. Patutlah resepi ni banyak like dan share. Sekali sekala makan sayur buah pisang macam ni pun syok juga. Lepas rindu makanan kampung. Korang boleh matchkan lauk ni dengan ikan goreng. Barulah letops!

Bahagian kulit pisang tu, buang sampai yang bergetah je. Ada sikit-sikit kulit pun takpe. Hiris nipis. Supaya senang nak masak pisang tu nanti. Rupanya tak renyah mana pun nak masak lemak ni. Janji rajin je nak masak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi pisang muda masak lemak cili api ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open