Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Masak Tomyam Merah Tanpa Paste. Resepi Simple Dan Rasa Sama Macam Pakai Paste!
Nak masak tomyam untuk makan malam nanti? Cuba tengok ada paste tomyam tak kat dapur? Kalau takde boleh sangat guna resepi ni. Jom kita masak tomyam merah tanpa paste. Simple, sedap dan confirm licin semangkuk!
Kalau takde satu bahan tak semestinya kita tak boleh masak. Sama dengan resepi tomyam ni, tanpa paste masak tetap on. Semua masakan boleh ejas. Tomyam ni antara menu kesukaan ramai. Kalau ke kedai Siam, mesti ramai yang order menu ni.
Makan dengan nasi putih panas pun dah cukup. Tomyam antara menu yang dihidang 2 in 1. Iaitu mempunyai lauk dan juga sayur. Hidangan yang bersup dan cukup dengan rasa masam, pedas, masin dan manis. Senang kata menu perfect lah!
Seperti yang kita tahu, tomyam boleh dihidang dengan pelbagai cara. Contohnya, tomyam ayam, tomyam seafood, tomyam campur dan macam-macam lagi. Yang tak makan seafood bolehlah bertukar pada tomyam ayam.
Resepi tomyam merah tanpa paste ini telah dikongsikan leh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Husna Mohamed Daud. Asalnya beliau nak masak tomyam yang menggunakan paste tapi terlupa beli. So, masak jugalah dengan cara ni.
RESEPI TOMYAM MERAH TANPA PASTE
Tanpa membuang masa lagi, apa kata lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan. Sebelum tu pilih dulu nak masak tomyam apa hari ni. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Minyak untuk menumis
- Bawang holland/ bawang merah
- Bawang putih
- Cili giling
- Seketul nisan
- Sedikit belacan (Optional)
- Lada pedas (ikut citarasa)
- Tomato
- Serai
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- Daun limau purut
- Limau nipis
- Carrot atau sayur-sayur lain
- Daun ketumbar (Optional)
- Udang/ ayam/ sotong atau apa-apa saja
CARA PENYEDIAAN TOMYAM MERAH TANPA PASTE :
▶️ Panaskan minyak, tumis bawang holland, bawang puith, halia, lengkuas dan lada pedas yang dah diketuk. Tumis sampai naik bau.
▶️ Dah elok naik bau, masukkan cili giling, sedikit serai dan sedikit daun limau purut. Bakinya nanti masuk kemudian dengan udang. Masukkan juga nisan dan belacan.
▶️ Dah naik minyak, masuklah pula tomato. Tomato kena masuk awal kebab nak dapatkan rasa masam tomato tu. Kalau nak letak last pun boleh. Ikut selera masing-masing.
▶️ Masuk air dan biarkan mendidih sekejap. Kemudian, masukkan aneka sayur dan udang. Kalau nak letak ayam, kena masuk awal sikit la sekali dengan tomato tadi tu.
▶️ Perasakan dengan kicap sotong dan garam. Masukkan juga baki serai dan daun limau purut. Pastikan buang tulang daun limau tu ya, takut nanti pahit.
▶️ Taburkan daun ketumbar dan air limau nipis. Daun ketumbar takde pun takpe. Tetap sedap. Siap!
BACA JUGA: Cara Buat Samosa Potato Pinwheels Inti Padat. Resepi Sihat Dan Pastinya Enak!
Siap untuk dihidang! Yang tak boleh nak makan belacan, boleh pilih untuk tak letaal ye. Nanti asyik bersin dan çatal je hidung. Belacan adalah bahan optional. Ada eloknya juga masak tanpa paste ni. Bolehlah buat paste sendiri tanpa perlu beli yang dah siap.
Aroma masak tomyam ni cukup wangi. Masakan Thai ni antara masakan yang sangat digemari orang Malaysia. Sekarang ni banyak kedai siam yang buka kat Malaysia. Setiap kedai penuh je waktu malam.
Musim PKP ni tak dapatlah nak makan kat kedai siam. Jadi, kena masak tomyam sendiri je dirumah. Semoga resepi tomyam tanpa paste ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!