Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Keenakan Resepi Kari Ikan Timur Laut India (Negeri Odisha). Anda Kena Cuba!
Resepi lauk pauk malam ini adalah kari ikan timur laut india. Asal usul resepi ini adalah dari negeri Odisha di India. Kari ikan yang biasa kat tempat kita mungkin tidak sama dengan resepi ini.
Tak semua masakan negara luar, boleh sesuai dengan tekak kita. Tekak melayu memang agak sukar menerima segala makanan dari north India. Lagi lagi dal memang palang habislah.
Rasanya kalau bercuti kat india boleh kurus kot. Sebab tak biasa makan masakan india. Sebenarnya ada je masakan dari sana yang mungkin boleh sesuai dengan tekak melayu kita ni. Kalau tak susahlah orang kita nak bercuti ke india.
Resepi asal kari ikan timur laut india ini adalah hasil perkongsian Cik Puan Syu Azis yang pernah datang ke india bersama suaminya. Seronokkan bila dengar orang melayu boleh makan dan belajar masakkan india.
Menurut beliau, beliau juga tidak biasa dengan masakkan india. Sampailah satu masa beliau dapat merasa resepi ini dari kawan kepada suaminya yang berasal dari Negeri Odisha. Dialah orangnya yang telah membuka selera beliau.
RESEPI KARI IKAN TIMUR LAUT INDIA
Mesti ada je yang suka sangat dengan kari india kan? Kalau kat malaysia nak rasa masakan kari india kena pegi kedai mamak lah kan? Tapi memandangkan ada perkongsian resepi asli kari ikan ala Odisha style, apa tunggu lagi bolehlah mencubanya.
Bahan – bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan – tak kisah ikan apa pun. Tapi India suka ikan Rohu. Di Malaysia, gantikan dengan ikan merah, jenahak, bawal pun sedap.
- Sesudu besar mustard seeds
- 2 Biji bawang besar
- 1 Labu bawang putih (perlu banyak)
- 2 Inci halia
- 2 Biji tomato
- 2 biji cili kering
- Halba : setengah sudu saja
- Daun salam sehelai
- Daun ketumbar
- Bahan penyedap : 2 Sudu biji kuaci
- Garam / serbuk perasa
- Kayu manis, bunga lawang, jintan putih
- Serbuk cili merah sesudu. Ikutlah nak pedas mana
- Serbuk kunyit sesudu dua
- Serbuk garam masala / serbuk kari ikan dua sudu
- Santan 1 cawan
CARA PENYEDIAAN KARI IKAN TIMUR LAUT :
▶️ Kari ikan style ini, ikan digaulkan dengan garam dan kunyit dan digoreng tiga suku masak terlebih dahulu.
▶️ Kisar sedikit bawang besar, bawang putih, jintan putih dan halia. Asingkan.
▶️ Kisar juga biji kuaci dan mustard seed. Letak tepi.
▶️ Last sekali kisarkan tomato dan asingkan.
▶️ Panaskan minyak dalam dua senduk. Masukkan cili kering yang seketul-ketul tu. Biarkan garing kehitaman sedikit.
▶️ Masukkan bunga lawang, kayu manis , halba dan jintan putih setengah sudu. Bagi garing sedikit.
▶️ Masukkan baki bawang besar yang diracik halus, bahan kisar (bawang besar, bawang putih, jintan putih dan halia).
▶️ Sudah kelihatan garing masukkan tomato kisar.
▶️ Barulah masukkan pes mustard seeds dengan biji kuaci tu.
▶️ Masukkan ikan dan air terlebih dahulu.
▶️ Masukkan santan pekat, sedikit garam lagi dan serbuk perasa (optional). Biarkan mereneh dalam 15 minit dan meresap dalam setiap celah ikan tu.
▶️ Terakhir sekali, taburkan daun ketumbar.
BACA JUGA: Resepi Puding Mango Danish Lemak Berkrim. Confirm Nak Lagi!
Siap! Wow agak menarik resepi kali ini. Resepi yang telah dirasai oleh orang melayu kita di india. Cara penyediaan resepi ini juga agak mudah.
Menurut pemilik resepi, Negeri Odisha ini dekat dengan bangladesh. Jadi, resepi ini memang ala-ala bangladesh. Patutlah orang bangla memilih bab makanan dekat malaysia. Resepi masakan mereka lain dari yang lain.
Rasanya, mesti dah ada yang nak cuba resepi kari ikan timur laut india ini? Makan bersama roti canai pun mesti sedap. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua!