Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Dengan 4 Bahan Sahaja, Anda Dapat Menghasilkan “Ayam Goreng Berempah Style Mamak” Yang Cukup Sedap. Jom Cuba!

0 884

Siapa antara anda semua, suka sangat dengan resepi ayam goreng berempah style mamak? Boleh dikatakan setiap kali ke kedai mamak, makan roti canai pun nak makan ayam goreng berempah ini.

Kepada penggemar ayam goreng mamak, anda boleh follow resepi yang dikongsikan hari ini. Bahan yang digunakan cuma perlukan 4 bahan sahaja. Rasa dan teksturnya pasti akan sama dengan ayam goreng berempah kedai mamak.

Musim-musim penyakit covid-19 ni, tak bolehlah selalu keluarkan. Duduk rumah dan biar sorang je dalam ahli keluarga yang keluar untuk membeli barang. Beli barang untuk seminggu terus lebih selamat. Jangan lupa beli barang untuk resepi ni.

Kalau terasa nak makan ayam goreng kedai mamak, buat secara homemade lagi terjamin kebersihannya dan terjamin juga keselamatan anda. Nak follow resepi siapa? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Encik Mohamad Arymin ini.

Lihat pada gambar yang dikongsikan beliau difacebook, warna ayam yang beliau masak betul-betul sebijik dengan ayam goreng dikedai mamak. Masak sendiri pasti buat anda lebih puas hati.

 

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH STYLE MAMAK

Tak nak cakap panjang lagi, pasti ada yang dah tak sabar nak tahu resepi yang cukup mudah dibuat ini kan. Hidang buat anak-anak mesti mereka suka. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 10 ketul Kepak Ayam
  • 4 Sudu Makan Rempah Ayam Goreng
  • 2 Tangkai Daun Kari
  • Minyak secukupnya

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG BEREMPAH STYLE MAMAK :

▶️ Cuci ayam macam biasa, buang semua kotoran.

▶️ Masukkan ayam dalam mangkuk, dan letak 4 sudu makan rempah ayam goreng. Jangan lupa masukkan juga daun kari.

▶️ Tak perlu tambah perasa garam sebab rempah ini dah cukup rasa.

▶️ Gaul dan perap ayam dalam masa 30-40 minit.

▶️ Seterusnya, goreng dalam minyak sederhana panas dalam 10-15 minit atau bergantung kepada saiz ayam juga.

▶️ Bila dah masak, angkat dan toskan ayam. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Muffin Coklat Ala Kenny Rogers Yang Cukup Sedap. Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. 

 

Semudah ABC dan 123! mudah sangat masak ayam goreng berempah style mamak ni kan.Benda yang mudah dimasak, kenapa perlu pilih untuk makan diluar atau beli diluar? Masak sendiri kan lebih puas hati. Tak sampai berapa minit dah siap.

Makan dengan nasi putih dan kuah gulai boleh terangkat dibuatnya. Aroma daun kari menjadikan ayam berempah ini lagi sedap. Rempah yang digunakan juga cuma perlu beli yang dah siap dan lumurkan saja pada ayam sebelum digoreng.

Nak sedap lagi rasa ayam ni, seperti biasa perapkan dulu baru goreng. Barulah rempah meresap masuk dalam ayam. Semoga resepi ayam goreng berempah style mamak ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open