Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cuba Buat Ayam Bakar Guna Air Fyer. Ayam Kekal Lembut Dan Juicy!
Pernah cuba buat ayam bakar menggunakan air fryer? Waah! Untuk yang ada air fryer memang wajib cuba buat resepi ayam bakar ni. Bukan sahaja simple dan mudah, rasa dia pun memang sedap dan korang wajib cuba!
Sebenarnya bila ada air fryer ni banyak makanan dan masakan yang boleh kita buat. Ada group di facebook yang kongsikan pelbagai resepi yang boleh dibuat gunakan air fryer. Boleh jimatkan masa dan kerja pun jadi mudah.
Ramai yang belum tahu bahawa kadang-kadang air fryer ni boleh menggantikan oven tau. Boleh membakar, menggoreng kerana dengan air fryer boleh buat bakar kek, bakar ayam, goreng karipap dan pelbagai lagi
Perkongsian buat ayam bakar ni dikongsikan oleh Cik Puan Fadinzamrina Jamaludin. Ternyata bahan yang digunakan nak buat ayam bakar ni, pun semuanya mudah.
Untuk yang baru nak belajar menggunakan air fryer, boleh masukkan resepi ayam bakar ni dalam senarai yang wajib kita cuba.
RESEPI AYAM BAKAR GUNA AIR FRYER
Sekiranya nak gantikan ayam kepada daging juga boleh. Terpulang kepada kita dan bergantung kepada apa bahan yang kita ada.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Serbuk lada
- Serbuk lada hitam
- Sos tiram
- Madu
- Garam
CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR AIR FRYER :
▶ Potong ayam kepada bahagian yang lebih kecil. Bersihkan dan toskan seketika.
▶ Tumbuk bawang putih dan halia sedikit hancur dan lumat.
▶ Satukan bahan-bahan ke dalam bekas ayam.
▶ Gaulkan dan pastikan semua bahagian ayam terkena bahan perapan.
▶ Perap ayam selama 30 minit. Lebih lama diperap, rasanya lebih sedap. Sebab bahan perapan menyerap ke dalam isi ayam.
▶ Perap dan letakkan dalam peti sejuk bahagian bawah.
▶ Bila dah smapai masa nak bakar, keluarkan dan susun dalam air fryer.
▶ Lapikkan dengan aluminium foil supaya mudah dicuci.
▶ Masukkan dalam air fryer dan bakar dengan suhu 180’c selama 20 hingga 25 minit. Ikut air fryer masing-masing ye.
▶ Usha sesekali untuk pastikan ayam kita masak sempurna. Jika perlu terbalikkan bahagian ayam. Tapi biasanya jika tidak terbalikkan pun, ayam akan masak sempurna.
Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Agar-Agar Lumut Pandan Simple. Makan Waktu Sejuk Memang Padu!
Bahan-bahan yang digunakan untuk perapan ni, lagi sedap kalau tambahkan dengan jintan manis dan jintan putih. Tetapi, kalau follow resepi Cik Puan kita ni memang simple dan sesuai untuk baru-baru nak cuba.
Ayam bakar ni, makan panas-panas baru sedap. Tak perlu sos pencicah dah sebab dah rasa perapan yang masuk ke dalam ayam tu sendiri. Salah satu sebab ayam kita kekal lembut dan juicy je adalah bila kita perap lebih lama.
Nanti bila-bila korang boleh cuba buat ayam bakar menggunakan air fryer ye. Tak perlu nak jaga, masukkan je dalam air fryer tunggu masa ting! Masak dan sedia untuk dihidangkan kepada keluarga. Selamat mencuba!