Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop. Simple Dan Semestinya Sedap Sangat!
Malam ni korang nak masak lauk apa? Ada tak penggemar sayur taugeh kat sini? Kalau ada, apa kata lauk malam ni korang masak sayur taugeh ala Chicken Rice Shop. Confirm laju je habis nanti. Sayur ni pun banyak manfaatnya tau! Especially untuk kesihatan dan kecantikkan.
Mudah je nak masak sayur ni. Bahan memasak yang diperlukan pun tak banyak. Simple dan semestinya sedap. Sayur taugeh ni kalau makan kat Chicken Rice Shop memang buat ketagih. Entah apa rahsia di sebaliknya. Tak kan hari-hari nak makan kat kedai kan. Kopak dibuatnya! Baik cuba resepi ni kat rumah.
Sayur taugeh ni kebiasaannya akan di campur dalam masakan lain. Contohnya mi goreng, kuey teow, mi rebus, soto dan lain-lain. Tapi nampak ramai juga yang tak suka dengan sayur ni. Sehinggakan mereka yang tak suka, terpaksa mengasingkan taugeh ketika menjamu makanan yang mereka beli di luar.
Sayur ni memang banyak manfaatnya. Antara manfaatnya adalah antikanser, baik untuk sistem pencernaan, menggalakkan kesuburan, mengurangkan lemak, membersihkan usus dan banyak lagi. Untuk kecantikkan pula, sayur ni mampu mencantikkan kulit dan rambut, melembabkan kulit dan juga untuk awet mudah.
Pengambilannya bukan hanya sekali dua ye. Korang akan nampak kesannya, bila korang kerap mengamalkan sayur ni. Ha! Jom kita sama-sama belajar cara masak sayur taugeh ni. Follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Liza Idris ni. Confirm rasa macam makan kat Chicken Rice Shop.
RESEPI SAYUR TAUGEH ALA CHIKEN RICE SHOP
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Kalau dah lengkap semua bahan, bolehlah korang masak malam ni. Mesti ada yang tak sabar nak makan dah kan. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 genggam taugeh
- 1 1/2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 biji cili
- 1 cawan air
- Bawang goreng
- Daun bawang
- Lada sulah
CARA PENYEDIAAN SAYUR TAUGEH ALA CHIKEN RICE SHOP :
▶️ Hancurkan 1 kiub pati ayam ke dalam 1 cawan air.
▶️ Masuk sos tiram. Tak kisahlah brand apa pun.
▶️ Kicap 3 sudu. Kat sini guna kicap Mudim. Nak guna kicap brand lain pun takpe.
▶️ Masukkan pula minyak bijan 1 sudu.
▶️ Panaskan kuali, masak bagi sebati anggaran 5 minit je. Perasakan dengan 1/2 sudu gula. Kuah lebih sedap jika masak.
▶️ Sementara tu celur taugeh 1 minit dalam air panas. Toskan.
▶️ Kuah siap, boleh siram atas taugeh.
▶️ Tabur cili dan daun bawang.
▶️ Tabur pula bawang goreng.
▶️ Akhir sekali, perasakan juga dengan lada sulah.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Buat Penyaram Atau Cucur Topi Yang Cantik, Ringan, Rangup Di Bahagian Tepi Dan Lembut Di Dalam.
Taugeh ni ratah macam tu je pun dah sedap sangat. Bayangkan taugeh tu masuk mulut. Kunyah-kunyah dan ada bunyi sayur rangup. Fuh! Sedapnya. Taugeh ni tak payah nak masak dalam kuali pun. Tak sedap kalau overcooked. Korang celur seminit je dah cukup.
Untuk pengetahuan korang, Cik Puan Liza Idris ni memang gemar berkongsi pelbagai resepi masakan di Facebook. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Memang rugi kalau tak cuba. Korang boleh usha dulu resepi-resepi menarik kat wall Facebook beliau. Tengok yang mana korang berkenan, bolehlah cuba nanti.
Ribuan terima kasih di ucapakan kepada Cik Puan Liza Idris kerana sudi berkongsi resepi sayur taugeh ala Chicken Rice Shop ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share ye. Selamat mencuba!