Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Singgang Ikan Selar Paling Simple. Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

0 172

Sebut pasal singgang ikan memang sedap weh! Nak-nak pulak hirup kuah dia panas-panas. Boleh berpeluh dibuatnya. Orang sakit bagi makan singgang pun diaorang suka. Jom follow resepi singgang ikan selar kat sini. Mudah, cepat dan sedap. 

Singgang ni kalau dilawankan dengan sambal belacan dengan ulam-ulam fuh bertambah nasi dibuatnya. Aku belajar makan singgang ni sebab ada jiran orang Terengganu. Dia rajin masak singgang ikan. Siap hantar kat rumah lagi. 

Why aku kata masak singgang ni senang? Sebab korang dah tak perlu masuk satu-satu bahan masa nak masak nanti. Masuk sekaligus dalam periuk terus boleh masak. Biar ikan di rebus dalam 20 minit macam tu dah siap. Masakan simple tapi boleh buat kenyang perut ye. 

Resepi singgang ikan selar ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Nana Sabrina Sarsan melalui laman Facebooknya. Yang tak pandai masak pun boleh buat lauk ni. Korang nak ganti dengan ikan lain pun boleh ye. Kalau jiran aku biasa buat, dia guna ikan tongkol. Boleh tahan sedap ye. 

Masak singgang ni korang nak letak cili pun boleh. Memang sedap! Boleh la letak cili kalau anak-anak takde. Hirup kuah pedas-pedas ni pun syok jugak. Lagi-lagi bila hidang panas-panas. Korang yang tak pernah try lauk ni boleh follow resepi dia kat sini. 

RESEPI MASAK SINGGANG IKAN SELAR 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan masak singgang ikan selar ni. Resepi paling jimat masa nak masak. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Dua ekor ikan selar belah dua
  • Garam secukupnya
  • Perahan Air asam jawa
  • Air agak-agak
  • 1biji bwg merah saiz besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Serai (diketuk)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu teh minyak
  • Tomato (optional)
  • Cili merah dan cili padi (optional)

CARA PENYEDIAAN MASAK SINGGANG IKAN SELAR : 

▶️ Campur semua bahan-bahan diatas.

▶️ Kemudian, didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kopi Ais Yang Sedap Dan Sangat Mudah Dibuat. Confirm Addicted Punya lah!

 

Kat tempat aku ada jugak masak lauk macam singgang ni. Tapi nama dia lain sikit la. Juga di masak dengan serai dan kunyit. Warnanya jugak kuning. Tak kurang sedapnya macam masak singgang ni tau. Guna ikan fresh lagi sedap.

Pernah tak korang try goreng ikan singgang yang tak habis makan malam semalam. Try goreng and tumis macam masak lauk yang aku share baru ni. Memang sedap weh! Sebab korang dah biar kuah singgang tu resap kat dalam ikan semalaman.  Try la nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nana Sabrina Sarsan kerana sudi berkongsi resepi masak singgang ikan selar ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open