Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Kari Sotong Tanpa Santan Ala Mamak. Serious Sedap Dan Rasa Berempah!

Kari sotong tanpa santan
0 21,528

Ada yang suka makan kari sotong? Sedapnyaa makan dengan nasi putih panas-panas tu kan. Kalau makan dekat kedai mamak, wajib ambik kari sotong ni. Sedap diaa sampai melekat bau dekat tangan. Make sure kuah ambik lebih sebab baru mengancam nak makan.

Nak masak kari sotong ni, ada yang suka masukkan santan, ada yang suka gantikan dengan susu cair. Tapi ada juga yang suka makan kari sotong tanpa santan. Rasa dia lebih padu sebab berempah jeee tau.

Perkongsikan yang disharekan oleh Cik Puan Nooraini Ramly ni memang terbaik. Resepi macam mana nak buat kari sotong tanpa santan. Tahan lama dan serious lebih sedap.

Sesekali kalau korang dah biasa makan yang bersantan, kali ni boleh cuba versi tanpa santan pulak. Confirm bertambah nasi!

Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan macam mana cari penyediaan kari sotong tanpa santan ni. Follow resepi di bawah.

 

RESEPI KARI SOTONG TANPA SANTAN

Boleh juga gantikan sotong dengan udang, ayam atau ikan jika nak buat kari tanpa santan yang sedap ni. 🙂

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Sotong
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci @ sebesar ibu jari halia
  • 4 sudu kecil rempah kari ikan ( bancuh dengan sedikit air)
  • 1 tangkai daun kari
  • Secubit halba
  • Secubit biji sawi
  • 1 biji tomato
  • Cili merah untuk hiasan
  • Air asam jawa
kredit gambar – kasehaleeya.blogspot.com

CARA PENYEDIAAN KARI SOTONG TANPA SANTAN :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk bawang merah, bawnag putih dan juga halia. Tumbuk sampai lumat.

▶ Kemudian, panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk, tumis sampai naik wangi.

▶ Seterusnya, masukkan halba, biji sawi dan tumis lagi sampai garing.

▶ Dah garing, masukkan daun kari. Waktu ni perlahankan api sedikit.

▶ Masukkan bancuhan rempah kari

▶ Tumis rempah sampai pecah minyak. Masukkan sedikit air dan teruskan kacau. Supaya rempah kari kita tidak hangit di bahagian bawah.

Kredit Gambar – Rabiatun Adawiyah Mohamed Din

▶ Dah pecah minyak, masukkan sotong. Sotong ni basuh bersih dan buangkan mata sotong sahaja.

▶ Masukkan air asam jawa, garam, gula dan juga serbuk perasa.

▶ Sotong dah masak, terus masukkan tomato dan cili sebagai hiasan. Biarkan sekrjap dalam 2- 3 minit. Padamkan api.

▶ Siap dan boleh dihidangkan!

BACA JUGA: Resepi Char Kuey Teow Kering Sedap Dan Padu. Sekali Cuba Pasti Akan Suka!

Ada yang suka masukkan bendi dalam kari. Boleh masukkan gantikan tomato. Sedap juga makan bendi dengan kari. Kalau nak makan macam di kedai mamak, boleh lah gorengkan papadom sekali dan sediakan bahan lain seperti sayur kobis goreng kunyit, telur masin rebus dan bendi rebus.

Hidangkan makan tengah hari, memang boleh buat kita bertambah lah jawabnya! Kalau ada antara kita atau pasangan yang suka makan masakan mamak atau makan kari, boleh cuba buat resepi kari sotong tanpa santan ni.

Semoga perkongsian Cara Masak Kari Sotong kali ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Saya ucapkan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open