Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Kari Kepala Ikan Style Penang Yang Mantop. Sedap Sangat Anda Wajib Cuba!
Sudah pasti ramai penggemar masak kari kepala ikan. Tapi, cara memasak yang mana satu yang akan menjadi pilihan hati anda? Apa kata, anda ikuti resepi kari kepala ikan style penang yang cukup sedap ini, pasti anda puas hati!
Kari kepala ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Sama ada menggunakan santan ataupun tidak. Untuk resepi kali ini, kari kepala ikan akan menggunakan lebih kurang setengah cawan santan yang cair dalam penyediaannya.
Kari kepala ikan merupakan masakan yang cukup terkenal di negara India. Dan ianya telah menjadi salah satu masakan yang sangat digemari rakyat Malaysia mahupaun Singapura.
Seperti yang kita tahu, resepi masak kari kepala ikan ini sangat popular menggunakan kepala ikan merah. Tetapi anda boleh saja mempelbagaikannya mengikut cita rasa masing-masing.
Resepi kari kepala ikan style penang ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Faizah Binti Abdul Hamid melalui laman facebooknya. Nampak cantik gambar kuah kari kepala ikan yang dikongsikan beliau.
RESEPI KARI KEPALA IKAN STYLE PENANG
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Rasa terliur dan tak sabar mencubanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kepala ikan sebiji (Cuci bersih dengan limau nipis)
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu teh halba campur
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 2 ulas bawang putih (dimayang)
- Cili merah (dihiris)
- 3 sdmserbuk rempah ikan
- 1 cawan air panas
- 1 sudu cili kisar
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 2cm Halia (diketuk kasar)
- Air asam jawa secukupnya
- 1/2 cawan Santan cair
- Garam secukupnya.
Bahan rampai :
- 1 Biji Tomato merah (dipotong dadu)
- Bawang besar
- Bendi
- Cabai muda
CARA PENYEDIAAN KARI KEPALA IKAN STYLE PENANG :
▶️ Mula-mula ,panaskan minyak yang banyak. Itu rahsianya, supaya rempah yang dimasak akan garing elok.
▶️ Tumis daun kari, halba campur, bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis sampai jadi warna keemasan.
▶️ Perlahankan api. Masukkan serbuk rempah ikan dan kacau rata. Terus tuangkan air panas secawan.
▶️ Tambahkan cili kisar. Wajib perlahankan api masa ni, biar rempah mereneh dalam minyak.
▶️ Seterusnya, masukkan bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk halus.
▶️ Maukkan juga tomato dan juga halia yang telah ditumbuk kasar. Sentiasa kacau untuk elakkan rempah hangit. Masak hingga pecah minyak.
▶️ Sediakan air asam jawa secukupnya. Jangan terlalu pekat, sedang-sedang Agak-agak nak buat kuah.
▶️ Masukkan pula santan cair. Masak hingga kuah mendidih guna api sederhana.
▶️ Masukkan pula kepala ikan dan perasakan dengan garam secukupnya.
▶️ Bila kuah mendidih dan ikan pun masak, perlahankan api dan masukkan bahan rampai yang lain iaitu cabai muda, bawang merah dan sayur bendi.
▶️ Biarkan bendi empuk dan secara perlahan-lahan kuah akan naik minyak sekali lagi. Dah mendidih, siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Biskut Ala Danish Cookies “Cream Cheese Rosette”. Cair Dilidah Dan Pastinya Sedap!
Kuah kari tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sedang-sedang je. Nampak merah kuahnya, minyak pula elok je berlinangan. Ni baru dia kari kepala ikan style penang. Rugi tak cuba tau!
Makan dengan nasi putih panas-panas memang seronok. Tak toleh kiri kanan, pasti bertambah nasi dibuatnya. Hidangan yang lengkap dengan ikan dan sayur-sayuran seperti bendi dan tomato. Rasanya nak masukkan terung pun tak salah kan.
Tak nak makan dengan nasi, boleh cicah dengan roti gardenia, roti kosong tak pun roti telur. Confirm puas hati. Semoga resepi kari kepala ikan style penang ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!