Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Udang Masak Kam Heong. Pertama Kali Buat Terus Sedap!

Udang masak kam heong
0 67,542

Pernah makan udang masak kam heong? Masakan kam heong ni ada yang buat dengan menggunakan ayam, dan sotong juga. Sedap betul rasa dia, ngam dengan rasa masam, manis dan kicap yang digunakan.

Resepi nak buat masakan kam heong ni senang je tau. Macam saya pertama kali buat pun menjadi sedap. Terkejut bila jadi lauk yang paling cepat habis.

Bukan sedap untuk makan dengan nasi je, ratah gitu sahaja pun berselera tau! Jika kita baru nak cuba, follow je resepi yang saya kongsikan dekat bawah ni.

Jika hari-hari masak, kadang-kadang pening dah nak buat masakan apa kan. Sekejap sambal, lepas tu gulai kuning, kemudian kari, seterusnya sup. Ulang sahaja walaupun semua ahli keluarga makan je semua.

Jadi, boleh cuba buat masakan kam heong ni. Perkongsian milik Cik Puan Yuni Kamaruddin ni lengkap untuk kita nak follow. Step by step saya kongsikan dekat bawah ye.

 

RESEPI UDANG MASAK KAM HEONG

Jika nak buat dengan ayam atau binatang lain,  boleh juga gantikan part udang tu ya. Dan sesuai kan dengan tempoh masak. Udang dan sotong kan masak sekejap je, berbanding dengan ayam dan sebagainya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • Sedikit kicap manis
  • 1 sudu serbuk kari
  • Serbuk kunyit
  • Udang
  • Daun ketumbar

 

CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK KAM HEONG :

▶ Mula-mula sekali, potong dadu bawang putih dan juga bawang merah.

▶ Kemudian, bersihkan udang dan gaulkan dengan kunyit, garam dan gula. Gula ni untuk cantikkan warna udang nanti.

▶ Panaskan minyak sedikit, goreng udang separuh masak. Ketepikan sekejap

▶ Seterusnya, tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan juga cili padi. Tumis sampai garing.

▶ Bila dah garing, masukkan serbuk kari, kicap, sos cili dan juga sos tiram. Tuang air dan kacau sebati. Keep kacau dalam kuali.

▶ Kuah dah mendidih, masukkan udang. Biarkan sampai udang masak sepenuhnya.

▶ Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Ketayap Inti Kelapa. Resepi Original Yang Wajib Cuba!

Dah siap, boleh hidangkan dengan nasi panas. Jika suka kuahnya, boleh lebihkan sedikit air. Ada yang suka masak kam heong ni kuahnya kering. Jadi, terpulang kepada selera kita.

Sesekali cuba buat udang masak kam heong ni untuk santapan keluarga barulah terasa kelainannya kan. Banyak lagi resepi yang kita boleh follow melalui perkongsian di sini.

Jangan lupa sharekan di wall masing-masing ye. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open