Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sotong Masak Kam Heong. Tapi Guna Serbuk Kari Ikan Untuk Lebih Sedap!
Sebelum ni pernah makan ayam masak Kam Heong. Tapi tak sangka buat sotong masak Kam Heong ni pun sedap dan marvellous tau! Lebih-lebih lagi makan dengan nasi putih panas-panas. Confirm bertambah nasi kita.
Asalnya masakan Kam Heong ni memang selalu buat dengan ayam sahaja. Tapi sekarang ni, macam-macam dah yang sesuai dibuat dengan masakan ni. Sotong, udang, lala pun ada yang buat tau.
Kadang-kadang pening juga terpikir nak masak apa dengan sotong yang ada. Dah selalu sangat buat kari lah, buat sambal, goreng kunyit ke. Kali ni nak cuba juga buat resepi lain dari yang lain.
Dalam perkongsian kali ni, saya share resepi daripada Cik Puan Hana A Razak ni. Simple dan mudah nak buat sotong Kam Heong ni. Ikut je step by step macam mana nak buat resepi sotong kam heong ni.
Tak dapat buat sekarang, simpan dulu resepi masakan sotong ni supaya dapat buat bila bekelapangan nanti. Sharekan je di wall facebook supaya senang nak rujuk.
RESEPI SOTONG MASAK KAM HEONG
Yang nak follow resepi ni dan gantikan dengan binatang lain seperti udang, ayam, lala, atau ikan pun boleh.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 12 ekor sotong
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 tangkai daun kari
- 1 sudu udang kering
- 4 biji cili padi
- 2 sudu serbuk kari ikan
- Kicap
- Garam
- Cili kering ( atau cili hidup)
CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK KAM HEONG :
▶ Mula-mula sekali, siang dan potong sotong. Bersihkan kemudian keringkan air sotong tu sekejap.
▶ Dah kering, gaulkan dengan 2 sudu tepung jagung. Gaul sampai sekata. Kalau nak tambah serbuk lada hitam atau lada putih pun boleh.
▶ Panaskan minyak, goreng sotong sekejap. Lebih kurang dalam 1 minit macam tu. Terus angkat dan toskan minyak
▶ Gunakan kuali yang sama, hiris bawang merah dan bawnag putih. Tumis sampai garing.
▶ Bila dah naik bau, masukkan daun kari dan cili padi. Goreng sekejap sampai wangi.
▶ Kemudian, masukkan udang kering yang ditumbuk kasar. Masak je sampai bahan-bahan garing.
▶ Bancuh serbuk kari ikan dengan sedikit air. Jadikan pes. Masukkan dalam kuali.
BACA JUGA: Cara Buat Murtabak Popia Simple. Guna Kulit Popia Jadi Extra Rangup!
▶ Bila dah pecah minyak, renjiskan sedikit kicap. Nak kuah banyak mana, pekat mana terpulang kepada kita. Boleh lebihkan sikit jika suka.
▶ Bila kuah dah mendidih, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika ada.
▶ Akhir sekali, masukkan sotong yang kita goreng awal tadi.
▶ Tak perlu masak lama kalau tak nak sotong jadi liat.
▶ Jika ada cili masak, potong serong dan tabur sebagai hiasan.
TIP :
▶ Jika gunakan cili kering, masukkan awal ketika bersama daun kari tadi. Goreng garing sikit baru teruskan dengan bahan lain.
Bila dah siap tu,bau dia memang wangi satu rumah. Makan pula waktu masih panas, cepat je habis licin 1 pinggan lauk ni. Bukan kita je, anak-anak pun sama berebut takut habis.
Resepi dah ada, senang je kan nak buat sotong kam heong ni. Trylah buat sekali confirm satu family suka. Terutama sekali yang belum pernah cuba tu.
Nanti dah buat, jangan lupa kongsikan dekat wall masing-masing tau. Mana tahu ada yang perlukan resepi yang sama. Semoga perkongsian kali ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua.