Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sambal Telur Pecah Sedap! Resepi Legend Dari Nenek Di Kampung!
Ada masakan yang kita rasa paling simple boleh buat dan rasa paling sedap sekali? Biasanya lauk telur lah yang menjadi pilihan kan.
Ada orang paling suka telur kicap hancur, ada yang suka telur sambal kicap, ada yang gila makan bertambah nasi kalau dihidangkan dengan lauk telur berkuah kicap. Makan dengan nasi panas pulak memang Fuuh!
Tapi ada satu resepi yang wajib korang cuba buat dan mesti jadi kegemaran satu rumah. Kalau tak percaya kena memang kena buat dulu barulah kita tahu.
Resepi ni serious simple dan boleh ajarkan kepada anak-anak yang remaja baik lelaki mahupun perempuan. Senang bila ada apa-apa kecemasan, harapkan mereka masakkan lauk ni je.
Terima kasih kepada Cik Puan Zarini Aswadi yang sudi kongsikan resepi mudah ni. Boleh save dulu untuk rujukan akan datang.
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 4 biji telur rebus
- 1 biji telur mentah
- 2 biji bawang merah besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu cili kisar
- Garam
- Sedikit gula
- 1 sudu kecil cili sos
- 1 sudu kecil air asam jawa
- Cili padi potong
CARA PENYEDIAAN SAMBAL TELUR PECAH :
▶ Mula-mula sekali, goreng telur rebus sampai garing.
▶ Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan juga bawang putih. Bawang merah dan bawang putih ni, hiris nipis atau mayang dulu tau.
▶ Bila bawang dah sedikit garing, masukkan cili kisar dan kacau seketika. Masak cili sampai naik minyak.
▶ Pecahkan telur mentah dan pecahkan sedikit.
▶ Kemudian, masukkan sedikit air, sos cili, gula, garam dan juga air asam jawa. Kacau sebati dan biarkan bahan-bahan masak dengan sempurna. Biar sekejap sehingga mendidih.
▶ Seterusnya, masukkan cili potong dan gaul seketika.
▶ Kacau-kacau sekejap. Rasa sambalnya, dah cukup rasa barulah masukkan telur yang dah siap goreng awal-awal tadi
▶ Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan!
Waah! Tengok gambar pun dah nampak berselera. Bila dah buat bertambah berselera lah kita jawabnya! Sediakan nasi panas-panas makan dengan sambal telur pecah ni. Memang layanz!
Kalau nak buat untuk anak-anak yang tidak makan pedas, boleh kurangkan cili kisar, dan gantikan sos cili kepada sos tomato. Sesuai dengan rasa yang tak pedas, anak-anak confirm suka!
Walaupun gunakan telur je, tapi rasa dia memang marvellous tau! Yang mana belum cuba, wajib rasa masakan sambal telur pecah ni. Makan dengan nasi putih atau dengan pulut pun sedap.
Selamat mencuba ye semua!