Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sambal Ikan Bakar Yang Confirm Sedap. Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!

0 4,099

Ni dia resepi sambal ikan bakar yang paling mudah dan confirm sedap! Kalau tengah cari resepi sambal ikan bakar inilah salah satu resepi yang patut anda cuba. Cuma perlu bakar ikan dalam oven sahaja. Tak sampai 20 minit dah siap!

Tekstur ikan tak kering bila dibakar. Kalau bakar terlalu lama isi ikan dah jadi tak sedap sebab lemak-lemak pun dah kering. So, anda boleh bakar dalam 20 minit je macam tu untuk dapatkan tekstur ikan bakar yang lembab.

Tentu ramai penggemar ikan bakar. Tapi nak masak ikan bakar ni kena pilih sambal yang betul-betul sedap. Nanti hilang mood pula masa nak makan. Yang paling penting ikan kena fresh. Nak guna ikan jenis apa pun tak kisah.

Resepi sambal ikan bakar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nur Haziqah. Huh! Nampak cukup menyelerakan. Yang penting jangan lupa air asam atau sambal belacan.

Resepi ini tidak menggunakan bahan yang renyah. Semua bahan memasak merupakan bahan asas yang mungkin ada didapur anda. Penentu ikan bakar itu sedap adalah pada sambalnya. So, jangan buang masa lagi jom cuba resepi ni!

 

RESEPI SAMBAL IKAN BAKAR

Sukatan resepi ini menggunakan 1 ekor ikan sahaja. Kalau nak buat banyak boleh gandakan ikut berapa ekor ikan yang anda nak bakar. Jangn lupa tengok saiz ikan juga ye. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan memasak yang diperlukan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Sekor ikan( apa-apa saja jenis ikan yang anda suka)*
  • Segenggam cili kering yang direndam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland size sederhana
  • 2 inch halia
  • 2 inch kunyit hidup
  • 1 sk kunyit serbuk
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan susu cair (kalau ada santan guna santan )
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Gula dan garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN SAMBAL IKAN BAKAR :

▶️ Blend semua bahan di atas kecuali ikan. blend sampai halus.

▶️ Lumur rata pada ikan.

▶️ Perap ikan selama 30 minit (lagi lama lagi sedap)

▶️ Kemudian, panaskan oven 200C selama 10 minit.

▶️ Bakar selama 15 minit api atas bawah.

▶️ Kemudian, tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 5 minit. Siap!

▶️ Jangan lupa hidang bersama air asam atau sambal belacan!

 

BACA JUGA: Resepi Blueberry Butter Cheese Cake Yang Delicious. Tak Puas Makan Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang! Merecik! Ikan bakar ni sedap sangat dimakan panas-panas. Nak ratah macam tu pun boleh. Kalau tak nak air asam jawa, boleh gunakan perahan air limau. Memang padu rasanya!

Nak rentas negeri tak boleh. Rindu juga nak makan ikan bakat kat Melaka. Semoga negara kita bebas dari virus covid-19 dan kita boleh hidup bebas macam dulu lagi. Dah dapat balik kampung nanti bolehlah cuba resepi ni untuk mak ayah.

Pelbagai resepi sambal ikan bakar yang ada. Masing-masing juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Semoga resepi sambal ikan bakar versi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open