Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Rendang Ayam Versi Mak Mertua. Rasa Sekali Comfirm Teruja!
Kebiasaannya makan rendang ayam ni ketika musim raya sebagai lauk makan dengan lemang atau ketupat daun palas. Makan ketika masih panas memang bertambah lah jawabnya.
Tapi tak semua pandai buat rendang yang sedap dan menyelerakan. Tetapi apa yang saya perasa, rendang setiap kita biasanya berbeza mengikut negeri. Ada yang suka rendang ecak-ecak, atau ada juga yang lebih suka yang kering.
Perkongsian resepi ni adalah dikongsikan oleh facebook Tuala Hantaran Bersulam untuk dijadikan rujukan dan panduan kalau kita nak buat rendang ayam yang marvellous.
Selain ayam, rendang juga sesuai dibuat dengan menggunakan daging, kerang, hati ataupun ikan. Mengikut apa yang ada dalam peti kita , boleh sahaja digunakan untuk membuat masakan rendang.
Simpan dulu resepi ini supaya kelak boleh dijadikan sebagai rujukan jika tidak berkelapangan untuk membuatnya sekarang. Mudah betul resepi ini, sebab lengkap dengan step by step yang dikongsikan.
RESEPI RENDANG AYAM MAK MERTUA
Sejujurnya, pemilik facebook ini memang kongsikan resepi rendang ayam versi ibu mertua beliau. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, rendang mempunyai pelbagai versi. Lain orang, lain juga caranya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 ekor ayam
- RM2 santan pekat
- Garam
- Serbuk Perasa
- 1 pek kerisik
- Daun limau purut
- 3 helai daun kunyit ( hiris halus-halus)
BAHAN KISAR :
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 5 batang serai
- 10 ulas bawang putih
- 1-2 biji bawang besar
- 1 genggam cili kering (rendam dan toskan)
CARA PENYEDIAAN RENDANG AYAM MAK MERTUA :
▶ Mula-mula sekali, potong ayam kepada kecil-kecil dan bersihkan. Toskan seketika.
▶ Kisar semua bahan di atas kecuali ayam. Kisar sampai halus dan lumat.
▶ Kemudian, masukkan cili kering yang sudah direndam dan lembut sehingga hancur.
▶ Panaskan kuali. Masukkan santan pekat. Renehkan sekejap. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi. Masukkan sedikit dahulu, jika tak cukup baru tambahkan.
▶ Gaul sekata bahan tadi dan biarkan mereneh.
▶ Masukkan ayam. Dan masukkan juga bahan perasa seperti garam dan juga serbuk perasa
▶ Masukkan sedikit dau n kunyit, daun limau purut dan juga kerisik ke dalam kuali. Gaul dan kacau sampai sebati.
▶ Masak sampai kuahnya kering sedikit. Masukkan air asam jawa dan biarkan kuah masak sekata.
▶Rasa dah okay, semua dah lengkap boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Roti Garlic Bread Yang Simple. Resepi Paling Mudah Guna Bahan-Bahan Ni Je.
Waah! Betul lah resepi ini ada kelainan sedikit daripada yang biasa kita buat. Ternyata versi ini juga sedap dan boleh buat kita makan bertambah. Sedapnya kalau dihidangkan ketika masih panas.
Walaupun ada kepelbagaian resepi yang ada, kita raikan selera masing-masing yang mana sudah pasti punya rasa yang marvellous.
Bagi yang baru nak belajar, follow je resepi rendang ayam ini supaya mudah dan senang nak faham. Yang pastinya, rasa dia memang superb dan wajib korang cuba! Semoga bermanfaat.