Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Rempah Ikan Bakar Terengganu. Simple Nak Buat Tapi Rasa Memang Sedap!

Resepi ikan bakar terengganu
0 17,636

Tiada saiapa mampu menolak kalau dihidangkan dengan ikan bakar Terengganu ni. Sebab rempah yang digunakan memang memenuhi citarasa dan tekak kita. Nak hasilkan ikan bakar yang sedap, haruslah daripada rempah ikan bakar Terengganu ni.

Sebenarnya tidaklah hanya boleh digunakan untuk ikan bakar sahaja. Menggunakan pes dan rempah yang sama boleh juga hasilkan sotong bakar, udang bakar, kerang bakar serta ayam bakar.

Walaaubagaimanapun, terima kasih kepada Cik Puan Julaiha Omar ni sebab sudi kongsikan kepada kita macam mana nak hasilkan rempah ikan bakar Terengganu yang sedap dan marvellous.

Tengok daripada gambar pun dah nampak menarik dan buat kita rasa tak sabar nak makan. Warna merah sambalnya nampak menyelerakan bila dihidangkan dengan nasi putih.

Antara lauk lain yang sesuai dijadikan makanan tambahan bila ada lauk ikan bakar ni adalah tomyam, sayur kalian, celup tepung dan sebagainya.

 

RESEPI REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU

Tak perlu sampai ke Terengganu dah kalau nak rasa macam mana ikan bakar Terengganu. Buat je follow resepi ni insyaAllah menjadi. Kita memang sedia maklum, lain negeri lain caranya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg lada besar
  • 2 genggam cili kering
  • 2 cm gula manisan
  • 1 sudu kecil Asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 ½ inci belakcan

 

BAHAN KISAR :
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 10 batang serai

CARA PENYEDIAAN REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU :

▶ Mula-mula sekali, hiris bawang merah, bawang putih dan halia sebelum dikisar. Kemudian kisar sampai lumat dan hancur dengan sedikit air

▶ Kisarkan juga cili besar merah. Asingkan dalam bekas. Setelah itu, kisar cili kering sehingga hancur. Untuk lebih mudah, rendamkan sekejap dalam air panas. Dah lembut baru kisar lumat.

▶ Panaskan minyak, dan tumis belaacan sehingga hancur dan naik bau. Bila belacan dah wangi, masukkan bahan kisar bawang besar, bawang putih serta halia sahaja.

▶ Tumis sampai haring dan bertukar kekuningan.

▶ Bila dah naik minyak masukkan cili kering yang dikisar. Boleh kurangkan kalau tidak suka pedas.

▶ Tumis sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak tu, boleh masukkan bahan kisar cili besar pula. Gunakan api yang perlahan sahaja. Pastikan cili kita smeunay masak sempurna.

▶ Seterusnya masukkan gula nisan atau gula melaka.. perasakan juga dengan garam, gula dan juga bancuhan asam jawa.

▶ Masak biar lama sehingga pecah minyak dan lada kita masak. MAsak sehingga kering sedikit dan warna sambal kita betukar kepada marroon.

▶ Kemudian siap dan sedia untuk digunakan sebagai rempah ikan bakar atau sotong bakar juga kerang baakr. Serious sedap!

BACA JUGA: Cara Buat Puding Jagung Guna Acuan Lompang. Comel Dan Mudah Nak Makan!

Mudah je kan nak buat rempah ikan bakar Terengganu ni sebenarnya. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila nak guna, ada binatang nak dibakar, salutkan aje dengan rempah ini. Siap!

Sesetengah orang ada yang suka kisar serai separa hancur. Bila dibakar dan masak, bau serai nya akan lebih wangi dan sedap.

Nak lebih menarik, bakar binatang kesukaan kita tu dengan beralaskan daun pisang. Barulah feeling macam kedai kan. Makan dengan nasi, confirm bertambah-tambah dibuatnya.

Simpan dulu resepi nak buat rempah ikan bakar Terengganu ni supaya mudah korang nak follow dan cari bila berkelapangan nak buat nanti. Saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open