Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Lamb Shank Tagine Ala Resepi Marocco Di Utara Afrika. Nak Ganti Dengan Lauk Lain Pun Boleh!
Lamb shank tagine merupakan resepi ala-ala Marocco di Utara Afrika. Lamb shank tagine/tajine ni boleh juga digantikan dengan lauk lain seperti daging kambing, beef ayam, ikan dan sayuran.
Tagine sebenarnya merupakan periuk atau pot bersama penutup berbentuk kon yang digunakan untuk memasak lamb shank tagine. Jika tiada, periuk atau pot tadi boleh saja digantikan dengan kuali atau periuk biasa.
Masakan tagine ni ada rasa rempah, manis dan masam. So, untuk suaikan dengan selera Melayu, korang boleh lebihkan serbuk cili dalam penyediaannya. Biasanya dimasukkan jeruk lemon, buah kurma, aprikot kering, kacang kuda dan lain-lain.
Masakan ini mengambil masa 2 jam setengah hingga ke 3 jam untuk dimasak. Sesuai dimakan dengan nasi atau roti. Secara tradisi di Morocco ianya dihidang bersama Couscous. Yang juga merupakan nasi yang di masak goreng bersama Bahan-Bahan tertentu.
Resepi dan cara memasak serta video disertakan di wall Facebook Encik Roslan Eusof. Resepi ni nampak menarik. Dan sesuai untuk korang penggemar daging kambing. Kalau nak cuba kat rumah. Korang follow je resepinya di sini.
RESEPI LAMB SHANK TAGINE
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan di bawah ni. Mungkin agak renyah sedikit. Sebab resepi ni menggunakan banyak bahan-bahan memasak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 Lamb Shank (dicuci, dilumur dan diperap semalaman bersama campuran)
Bahan campuran :
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- Garam secukupnya
Bahan untuk memasak :
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 2 labu bawang besar (dihiris nipis)
- 5-7 ulas bawang putih (diketuk dan dibiar sebiji-sebiji)
- 1inci halia (ditumbuk)
- 2 helai daun salam
- 1-2 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah tomato (dibelah 4)
- 10-15 batang baby carrot
- 1 tin kacang kuda
- Jus lemon (ambil dari 1/2 ke 1 biji lemon ikut kesukaan. Jika nak lebih masam gunakan 1 biji)
- Kulit lemon/lemon zest (dicakar dari 1 biji lemon)
- 1 tin kecil tomato puree
- Gula perang secukupnya
- Garam secukupnya
- 2 sudu makanmadu
- 1-2 kiub pati daging knorr
- Daun ketumbar (dihiris kasar)
- Daun parsley (dihiris kasar)
- 10-15 keping buah apricots kering (dipotong 2 atau 3 atau boleh biar sebiji-sebiji)
- 10-15 biji buah kurma (dibuang biji)
Bahan rempah ratus untuk dibancuh bersama air (jadikan pes) :
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis, boleh tambah jintan putih jika suka
CARA PENYEDIAAN LAMB SHANK TAGINE :
▶️ Panaskan periuk tagine dan cairkan minyak sapi. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis hingga sedikit layu.
▶️ Masukkan lamb shank yang diperap semalaman bersama saki baki bahan perap. Pusing-pusingkan untuk pastikan semula sides lamb shank disaluti bawang.
▶️ Masukkan pes rempah yang dibancuh bersama air, balik-balikkan lamb shank untuk disalutkan dengan rempah. Masukkan air yang dibilas dari mangkuk pes rempah.
▶️ Masukkan daun salam, kulit kayu manis, bawang putih dan kiub pati daging. Tambah 2-3 cawan air, gaul semua bahan. Biarkan masak dalam 3-5 minit.
▶️ Seterusnya masukkan tomato puree, lemon zest, daun parsley, daun ketumbar, halia tumbuk, buah tomato dan baby carrot. Gaul rata semua bahan dan tutup periuk. Biarkan masak dengan api perlahan selama 45 minit. Sekali sekala buka untuk kacan dan untuk memastikan tidak melekat didasar periuk.
▶️ Selepas 45 minit tambah madu dan perahan jus lemon. Gaul rata dan tutup semula periuk, biarkan masak 30-45 minit.
▶️ Masukkan aprikot kering dan buah kurma. Tutup semula periuk dan biarkan sehingga lamb shank lembut. Sekali sekala buka periuk dan tambah gula serta garam secukupnya.
▶️ Akhir sekali, masukkan kacang kuda/chick peas. Taburkan hirisan daun ketumbar dan daun parsle. Tutup api dan boleh hidangkan lamb shank tagine.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Cucur Badak Homemade Yang Paling Sedap. Nak Frozenkan Pun Boleh!
Siap untuk dihidang! Nak makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat. Lauk ni kalau hidang untuk satu family memang tak cukup, confirm berebut dibuatnya! Tak cukup sepinggan. Kuahnya pun dah sedap sangat.
Sekali sekala nak rasa hidangan menu dari luar negara syok jugakan. Resepi ni kita dah adjust ikut citarasa orang Melayu kita. Just lebihkan serbuk cili je. Auto rasa hidangan Melayu jadinya!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Roslan Eusof kerana sudi berkongsi resepi lamb shank tagine ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!