Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Lala Masak Serai Cili Api Thai. Resepi Masakan Thai Yang Wajib Korang Cuba!
Bagi yang suka sangat makan masakan ala Thai terutama lagi masakan seafood, wajib cuba buat lala masak serai cili api Thai ni. Kalau yang biasa makan di kedai Thai, memang suka lah order masakan ni selain daripada tomyam kaw.
Tapi nak buat masak serai cili api Thai ni, tidaklah semestinya menggunakan lala sahaja. Ada yang buat menggunakan ayam, kerang, sotong, udang dan sebagainya. Pokoknya denga napa yang kita nak makan.
Tapi dalam resepi ni, saya nak gunakan lala sebagai bahan utama. Terima kasih kepda yang kongsikan resepi inii iaitu Cik Puan Ariana Sofia Ahmad. Seronok betul saya tengok perkongsian beliau. Lengkap dan kemas sahaja gambarnya.
Lala ni pun ada masa harganya mahal, ada masa harganya murah dan bolehlah kita bel ikan. Buat hidangan masak serai cili api Thai ni, memang cepatlah habis licinnya.
Kalau ada nasi putih panas, makan satu jenis lauk je pun dah okay sangat. Tak perlu lauk lain lagi dah. Tapi kalau ada lebih, berebut masing-masing nak ratah. Sebab tu tak boleh buat sikit sangat.
RESEPI LALA MASAK SERAI CILI API THAI
Yang mana tidak ada lala, boleh follow resepi ni cuma gantikan dengan bahan yang kita ada ye. Sama sahaja caranya. Rasanya juga sedap dan marvellous!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kg lala
- 6 sudu cili kisar
- 8 batang cili api hijau dan merah ( tumbuk kasar)
- 4 biji bawang merah ( cincang halus )
- 5 ulas bawang putih ( cincang halus )
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar sos cili thai
- 3 batang serai ( hiris halus)
- 2 batang daun ketumbar ( hiasan)
CARA PENYEDIAAN LALA MASAK SERAI CILI API THAI :
▶ Mula-mula sekali, basuh bersih lala. Rendam sekejap untuk hilangkan pasirnya.
▶ Kemudian, panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
▶ Dah naik bau, masukkan serai dan tumis lagi.
▶ Seterusnya masukkan cili api yang ditumbuk kasar tadi . kacau sampai sekata dan serai naik bau
▶ Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai pecah minyak.
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan cili sos, cili sos thai, sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati dan biarkan sampai kuah mendidih.
BACA JUGA: Cara Buat Kek Horlick Oreo 4 Bahan. Simple Je Tapi Serious Sedap!
▶ Kemudian, masukkan lala. Kacau lala supaya dia masak sempurna. Tak perlu tambah air ye sebab nanti lala akan keluarkan air.
▶ Masak sampai pekat, kuah dan kering dan bahan kuah pun melekat sebati dengan lala.
▶ Siap dan boleh angkat dan hidangkan. Jangan lupa tabur daun ketumbar sebagai hiasan.
Resepi ni simple sahaja dan sesiapa pun boleh cuba buat. Bila kita follow je step yang dikongsikan confirm akan menjadi. Cuma kalau suka kuah lebih, jangan masak sampai betul- betul kering. Ikut pada selera kita.
Seronok tau bila kita dapat masak dan belajar pelbagai masakan yang baru. Terutama kalau kita yang abru nak belajar memasak ni, inilah masa nak mencuba nak hidangkan kepada pasangan dan ahli keluarga.
Saya harap perkongsian resepi lala masak serai cili api Thai ni dapat memberikan manfaat kepada ramai yang memerlukan. Nanti jangan lupa sharekan di facebook supaya masih ada yang mendapat manfaat yang sama ye. Selamat mencuba!