Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kerabu Kerang Paling Marvelous. Licin Satu Pinggan Dibuatnya. Kecur Liur!

0 717

Mesti ramai peminat seafoodkan? Pernah tak cuba makan kerang tapi dibuat kerabu yang dipanggil resepi kerabu kerang? Kerang ni banyak khasiatnya. Antara khasiat yang anda  perolehi dengan makan kerang adalah dapat mengatasi anemia (kurang darah), menjaga kesihatan jantung, merawat fungsi saraf dan banyak lagi.

Kerang jugak baik diambil oleh wanita yang sedang hamil. Wanita mengandung biasanya akan mengalami masalah kurang darah. Jadi, disarankan pada mereka untuk makan kerang. Ha! Dengar tu para bakal-bakal ibu. Sekadar perkongsian.

Kerabu kerang sedap sangat di makan dengan nasi putih atau begitu sahaja. Yang seronoknya, buat kerabu kerang ni tak perlu menggunakan minyak. Cuma rebus kerang je. Bahan lain tu campak-campak je. Tak guna minyak ni boleh la diet sikit. Rasanya pun cukup pedas, masam, masin dan manis. Pasti kecur liur diibuatnya.

Jika anda adalah seorang pengemar kerabu, boleh la mencuba resepi kerabu kerang yang dikongsikan di page facebook Belacan Fresh Kuala Perlis. Mujur jumpa page ni dapatlah merasa kerabu kerang air tangan sendiri.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah diperolehi. Ditambah pula bahan yang segar seperti kerang dan taugeh. Kerabu ada bermacam-macam jenis. Tapi kerabu kerang menjadi pilihan dalam perkongsian hari ini.

 

RESEPI KERABU KERANG

Ada sedikit tips yang boleh digunakan untuk mengelakkan kerang kerabu tidak mengecil semasa direbus. Dimana selepas kerang di rebus, kerang perlu direndam dalam air sejuk untuk mengelakkan kerang terlebih masak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Bawang besar
  • Lada hitam
  • Cili
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Belacan dan Sedikit air (Boleh dimasukkan sedikit kerisik kelapa)

*Kisar semua bahan-bahan diatas untuk menjadikan ia sos kerabu.

  • Kerang (kerang direbus dan dibuang kulit)
  • Daun Selom (dihiris halus)
  • Taugeh (direbus 1-2 minit)
  • Bawang Merah (dihiris)

CARA PENYEDIAAN KERABU KERANG :

▶️ Mula-mula rebuskan kerang dan buang kulitnya.

▶️ Rebus taugeh dalam 1-2 minit. Dan toskan untuk mengekalkan kerangupan. Jangan rebus terlalu lama.

▶️ Tuangkan bahan-bahan yang telah dikasar (sos kerabu) kedalam satu bekas untuk memudahkan semua bahan digaul sebati.

▶️ Masukkan taugeh, kerang, daun selom dan bawang merah yang telah dihiris.

▶️ Gaul sehingga sebati dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kek Oren Gebu Gebas. Lebih Lembut, Sedap Dan Lembab Gitu. Pasti Tak Muak!

 

Wah! Semudah itu rupanya. Cuma perlu ambil sedikit masa untuk merebus kerang dan membuang kulitnya. Tapi buat sendiri lebih puas hati kot. Sebab tak susah pun.

Pasti tengok gambar pun anda sudah terliur untuk menikmatinya kan? Dapat pula makan seisi keluarga yang semua suka makan kerang. Mesti rasa tak cukup. Silap-silap esok request lagi.

Ingat kerang ni banyak khasiatnya. Sekali sekala bolehlah buat. So, kalau ada masa terluang dan tekak rasa nak makan resepi kerabu kerang ni apa tunggu lagi. Bolehlah mencubanya. Selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open