Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ikan Pekasam Homemade. Guna 4 Bahan Ni Jer Rupanya!

Cara buat ikan pekasam
0 17,853

Kepada korang yang suka makan ikan pekasam, perkongsian kali ni khas untuk penggemar ikan pekasam. Sebab saya nak kongsikan macam mana nak buat ikan pekasam homemade sebijik rasa macam kedai.

Kalau di kampung biasa mak dan nenek kita buat sendiri je. Jadi kali ni kita pulak buat sendiri guna resepi yang dikongsikan ni. Resepi nak buat ikan pekasam ni memang banyak yang konsgikan.

Kebiasaannya memang dikongsikan warisan turun temurun dari mak nenek kita masing-masing. Lain orang lain caranya. Tapi yang penting dapat makan ikan pekasam yang sedap dan sedap.

Ada yang saya tengok kongsikan resepi ikan pekasam ni, gunakan ikan tenggiri, ikan lampam, dan pelbagai ikan yang sesuai. Kalau buat ikan pekasam ni, tang beras dia memang wajib buat banyak sebab waktu goreng yang ni akan berebut nak makan.

Resepi kali ni, saya kongsikan daripada Tuan Kudin Kickdafella. Simple pulak cara nak buat ikan pekasam ikut cara ni. Yang mana nak buat, tapi tak sempat nak buat sekarang simpan dulu resepi ini untuk rujukan akan datang.

 

RESEPI IKAN PEKASAM

Kalau mak ayah kita ada dekat rumah atau kita di rumah mak ayah, memang seronok buat ikan pekasam ni. Puas hati dapat makan panas-panas, lepas goreng ikan tu, masukkan bawang dan lada merah/ hijau sebagai hiasan. Padu!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 kg Ikan lampam ( atau apa-apa ikan sungai)
  • 3 cawan beras
  • 2 genggam garam kasar
  • Asam keping
  • Balang untuk simpan ikan

CARA PENYEDIAAN IKAN PEKASAM :

▶ Mula-mula sekali, masukkan berasa dalam kuali.

▶ Sangai atau goreng tanpa minyak sehingga bertukar keperangan.

▶ Seterusnya, kisar beras yang kita sangai tadi sehingga sedikit hancur ( jangan terlalu hancur sangat)

▶ Basuh ikan lampam yang kita nak gunakan sebagai pekasam. Buang sisik ikan sebab kita nak beras nanti melekat pada badan ikan. Bila ikan dah bersih, perapkan dengan garam kasar.

▶ Peram selama semalaman. Ini adalah step wajib! Tak perlu masukkan dalam peti. Cukup sekadar di luar, tutup dengan penutup elakkan lalat.

▶ Kemudian, keesokannya bilas sedikir dengan air paip. Dan masukkan beras sangai yang kita kisar tadi. Gaulkan supaya sebati.

▶ Gaul gunakan tangan je pun boleh asalkan semua ikan terkena dengan beras tersebut.

▶ Sumbatkan juga beras dalam perut ikan.

▶ Akhir sekali, masukkan ikan ke dalam balang. Selitkan asam keping 2 keping bagi setiap balang.

▶ Pastikan balang ditutup rapat dan ketat. Simpan di tempat yang  sesuai selama 1 minggu.

▶ Selepas 1 minggu, boleh gorengkan dan rasa. Jika tak cukup pekasamnya, biarkan lagi beberapa hari untuk dapat rasa yang sesuai dengan tekak kita.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Belajar Buat Putu Mayam Homemade Perisa Pandan Dan Original. Serious Senang Je Rupanya!

 

Tak sangka senang sangat nak buat ikan pekasam ni sebenarnya. Tapi ada yang pilih nak beli je sebab tak suka bau ikan pekasam tersebut. Bila beli tu, sikit sahajalah kan belinya berbanding buat sendiri.

Jika tak biasa dengan bau ikan pekasam ni, memang boleh buat gaduh tau. hehe. Sama lah macam bau petai, dan jering. Jadi, jika pasangan tak suka boleh cuba elakkan atau pasangan terimalah seadanya.

Ada juga yang buat ikan pekasam ni untuk dijual. Jadi, saya harap resepi buat ikan pekasam homemade ni, bermanfaat buat korang semua! Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open