Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ikan Masak Serai Lengkuas Versi Mak. Resepi Warisan Turun Temurun!

Masak serai lebgkuas
0 825

Bila sebut je masakan mak, semuanya pasti akan rasa sedap kan. Begitu juga dengan pemilik resepi kita hari ini iaitu Cik Puan Fazida Ida yang kongsikan resepi Ikan Masak Serai Lengkuas Versi Bondanya.

Kalau dengar pun terasa pelik kan sebab kebanyak masakan biasanya kita akan gunakan serai dan lengkuas sebagai bahan masakan. Jadi boleh bayangkan rasa masakan nipasti sedap.

Mungkin ada nama lain bagi orang lain tapi bagi keluarga mereka ni senang dengan menamakan dengan masakan serai lengkuas sahaja. Sebab itu bahan utama yang mana rasa serai dan lengkuas juga agak kuat.

Menariknya dalam masakan ini, saya perhatikan semua bahan yang digunakan adalah bahan untuk membuat masak lemak cili padi namun, masakan ini tidak menggunakan santan. Itulah keunikan dan perbezaannya.

Bila beliau kongsikan resepi ini di group masakan, ada yang turut melontar komen di mana mereka juga gemarkan masakan ini namun tidak pernah membuat menggunakan ikan seperti mana resepi ini.

 

RESEPI IKAN MASAK SERAI LENGKUAS

Jika tiada ikan, boleh gantikan dengan ayam pencen, atau itik sebagai bahan binatang yang digunakan. Sedapnya dapat makan masakan yang pedas ni dengan nasi panas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan ( pastikan ikan segar lebih sedap)
  • Serai
  • Lengkuas
  • Kunyit Hidup
  • Cabai
  • Asam keping
  • Garam

CARA PENYEDIAAN IKAN MASAK SERAI LENGKUAS :

▶ Tumbuk manja semua bahan kecuali ikan. Boleh juga dikisar tapi pastikan ianya tidak terlalu hancur.

▶ Tekstur yang kasar itu sangat membantu dalam menghasilkan rasa masakan ini jadi lebih sedap dan terangkat!

▶ Masukkan ikan dalam kuali. Susun elok-elok.

▶ Kemudian, masukkan bumbu atau bahan yang kita tumbuk tadi ke atas ikan.  Masukkan sedikit air, jangan sampai ikan tenggelam.

▶ Masukkan juga asam keping dan garam. Renehkan atas api yang kecil. Biarkan ikan masak sempurna.

▶ Bila ikan dah masak sebelah, boleh terbalikkan. Namun, buat dengan berhati-hati kerana risau ikan kita hancur.

Masak sampai kuah agak kering, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Bengkang Ubi Kayu Lembut Dan Sedap. Resepi Dari Kampung!

Kepada yang buat dengan ayam atau itik, sudah pastinya ia lebih mudah. Menggunakan teknik dan cara yang sama, jangan masukkan air terlalu banyak. Pastikan isi ayam atau itik masak dengan sempurna.

Dah lah resepinya simple, mudah pulak nak buat masak serai lengkuas ni. Bak kata rorang ini memang resepi paling simple tapi penuh dengan rasa.

Kepada yang mana baru je tahu ada resepi begini bagi sesetengah kampung, boleh lah cuba. Sebab saya tahu kampung kita tak sama. Ada juga masakan yang jadi warisan kampung kita, tapi tidak untuk kampung orang lain.

Saya harap resepi yang saya kongsikan kali ini iaitu resepi ikan masak serai lengkuas ini dapat membantu korang semua untuk belajar masak resepi kampung. Selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open