Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ayam Pandan Juicy Dan Lembut. Balut Guna Daun Pandan Je!
Ada yang pernah makan ayam pandan? Waktu bulan puasa sebelum ni, pernah nampak ada youtuber terkenal Khairul Aming kongsikan cara nak buat ayam pandan yang juicy dan sedap.
Kalau korang belum pernah rasa, memang wajib cuba makan dan buat ayam bakar pandan ni. Belum jumpa lagi yang orang jual, tapi kalau nak buat sendiri pun tak susah dan sangat mudah nak follow.
Tapi untuk resepi kali ni, saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Fyza Shah. Sedapnya ayam pandan ni, bila mana rasa lemak manis sebati je dalam isi ayam. Bila kita gigit pun terasan perapan ayam yang kita gunakan tu.
Nak balut ayam ni pun kita gunakan daun pandan sahaja. Barulah wangi daun pandan tu melekat elok je pada ayam kita. Ayam yang digunakan potong kecik-kecik supaya muat kita nak balut dalam daun pandan tun anti.
Jom saya kongsikan apa bahan yang yang digunakan dan step by step macam mana cara nak hasilkan ayam pandan yang juicy ni. Kalau makan waktu bulan puasa, boleh buat dalam tengah hari macam tu, sebab kita nak perap sekejap.
RESEPI AYAM PANDAN
Jika nak gantikan ayam kepada daging pun boleh. Terpulang kepada kita rasa nak makan apa. Tapi tak berapa sesuai untuk gantikan kepada ikan tau. Sotong, udang atau daging ianya sesuai.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam ( potong kecil)
- 2-3 biji Bawang merah
- 3 ulas Bawang putih
- ½ inci Halia
- ½ inci Kunyit hidup
- Sedikit Ketumbar
- Jintan putih dan manis
- 1 batang serai
- 1-2 akar daun ketumbar
- 3 sudu besar Sedikit cili kisar
- Gula ( gula putih / gula merah)
- Sos ikan
- Santan
- Sos Tiram
CARA PENYEDIAAN RESEPI AYAM PANDAN :
▶ Basuh bersih ayam yang sudah dipotong. Toskan seketika
▶ Kisar semua bahan kecuali ayam. Kisar sampai betul-betul lumat ye. Kisar ni tak perlu masukkan air tau. Sebab kita gunakan sos ikan, santan dan sos tiram
▶ Seterusnya, tuang bahan kisar ke atas ayam yang dibasuh tadi.
▶ Gaulkan supaya sekata dan bahan perapan sebati.
▶ Simpan dalam chiller selama setengah jam. Dah cukup masa keluarkan sekejap sebelum mula memasak
▶ Kemudian, ambil daun pandan. Silangkan menjadi bulat atau sarung untuk ayam.
▶ Masukkan ayam di bahagian lubangnya. Silang-silangkan lagi sehingga ayam kita tertutup elok sahaja.
▶ Bila dah kemaskan cantik-cantik, buat sampai habis semua ayam.
BACA JUGA: Tertarik Dengan Apam Lenggang Resepi Warisan. Buat Sendiri Lenggang Guna Kuali!
▶ Goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas dengan kaedah deep fry. Goreng sampai ayam kita cantik je bertukar oren keperangan.
▶ Ayam dah masak sekata, angkat dan toskan minyak.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Ayam pandan ni sudah tentu anak-anak paling suka makan. Tak perlu makan dengan nasi pun boleh habis berketul-ketul seorang. Sebab tu, kalau nak buat ayam pandan ni tak boleh buat sedikit je, berebut nanti.
Untuk resepi ayam pandan ni, belum pernah cuba gantikan dengan daging atau binatang lain. Nanti sesekali boleh cuba buat dan rasa.
Semoga perkongsian ayam pandan kali ni, boleh memberikan manfaat kepada korang semua yang sedang mencari resepi ni. Selamat mencuba dan semoga berjaya!