Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ayam Masak Kicap Pekat. Hidangan Paling Simple Dan Sedap! Resepi Mudah Wajib Cuba!
Kadang-kadang ada sesetengah keluarga wajib ada hidangan ayam dalam menu seharian dia. Baik untuk waktu tengah hari atau malam, mesti ada!
Banyak sebenarnya resepi yang kita boleh buat dengan menggunakan ayam. Rendang ayam, ayam kari, ayam masak sambal, ayam masak kicap, ayam masak lemak cili padi. Semua boleh dibuat untuk hidangan satu keluarga.
Cuma ada satu lagi, ada resepi yang saya nak kongsikan ni memang wajib korang cuba. Rasa dia memang sedap dan kebabom! Resepi milik Cik Puan Almie Amira kita ni, nampak mudah dah senang nak buat.
Kalau buat resepi ni memang susah nak tolak. Silap-silap makan pun bertambah! Kalau tak percaya boleh cuba buat dulu dan rasakan hasilnya.
Jom saya kongsikan apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat masakan ayam masak kicap pekat ni. Boleh save dulu untuk dibuat kemudian hari.
RESEPI AYAM MASAK KICAP PEKAT LIKAT
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Seekor ayam
- 4 biji kentang (dipotong wedges)
- Sebiji bawang besar (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1 inci halia (dihiris batang)
- Cili kisar 2-4 sudu besar (ikotlah nak pedas mana)
- Rempah 4 sekawan (kayu manis 1, biji pelaga 3, bunga lawang 1, cengkih 3)
- Sos cili -1 sudu besar
- Sos tomato – 2 sudu besar
- Kicap manis – 3 sudu besar
- Kicap pekat – 3 sudu besar
- Sos tiram – 2 sudu besar
- Gula
- Garam
- Bawang (potong bulat)- hiasan
- Cili merah (potong serong) -hiasan
BAHAN KISAR :
- 4 ulas bawang putih
- 1 bawang besar
- 5-7 biji cili padi & 1 inci halia (dikisar)
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KICAP PEKAT LIKAT :
▶ Goreng ayam separuh masak @ ¾ masak. Angkat dan toskan.
▶ Kemudian goreng kentang jugak (agak garing)
▶ Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi & tumis 4 sekawan, bawang merah dan putih (yang dihiris)
▶ Masukkan pula hirisan halia dan biarkan hingga naik bau.
▶ Masukkan bahan yang diblend tadi. Gaul-gaul sehingga agak masak. Kemudian, masukkan cili giling, biarkan sehingga naik bau.
▶ Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Letak sedikit gula & garam secukup rasa.
▶ Masukkan ayam & kentang y digoreng tadi & gaulkan sehingga sebati.
▶ Masukkan bawang potong bulat dan cili merah (jika ada)
▶ Kacau kan sehingga sebati dan siap!!!
Sedapnya bila dapat makan ayam masak kicap pedas likat ni. Makan dengan nasi putih panas-panas pun dah okay sangat. Paling sedap! Lebih-lebih lagi, bila hidangkan dengan sambal gesek, atau sambal penyet.
Nak buat masakan ni, boleh buat untuk makan tengah hari atau makan malam. Resepi simple senang nak buat dan rasa dia pun terbaik!
Share dulu dekat wall facebook masing-masing supaya mudah kita nak buat. Dan sempga ramai yang dapat manfaat yang sama seperti kita.
Semoga perkongsian ni membantu korang dapat buat resepi ayam masak kicap pekat dan pedas likat ni. Selamat mencuba!