Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Masak Kam Heong Yang Sedap. Resepi Yang Mudah Dan Memikat Hati Bonda

0 9,759

Sedapnya dapat makan ayam masak kam heong ni. Makan dengan nasi panas memang layanz. Tak rugi cuba buat lauk ni follow resepi Cik Puan Ameera ni.

Sebab resepi yang dikongsikan ni sangat sedap dan mudah nak buat. Nak buat version pedas boleh, nak buat yang tak pedas pun okay. So boleh lah buat untuk anak-anak sekali.

 

RESEPI AYAM MASAK KAM HEONG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ayam ½ ekor ( potong kecil -kecil )
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai daun kari
  • 2 sudu rempah kari ayam
  • 3 biji cili padi (belah 2)
  • 2 sudu makan Sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak untuk menumis

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KAM HEONG :

▶ Mula-mula sekali, potong ayam kecil-kecil dan basuh bersih.

▶ Kemudian, gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng seketika sehingga masak.

▶ Dengan minyak goreng ayam tadi, (jika minyak banyak keluarkan sedikit ye) tumis bawang besar, bawang putih, dan daun kari. Tumis sampai naik bau.

▶ Agak-agak dah masak bawang tu, warna dah bertukar kekuningan, terus masukkan rempah kari ayam. Tumis sehingga pecah minyak.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan cili padi yang dibelah 2. Jika nak lebih pedas, boleh tambah lagi cili padi.

▶ Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul rata semua bahan-bahan tersebut.

BACA JUGA: Pelbagai Resepi Masakan Ala Thai Yang Menjadi Kegilaan. Sekali Buat Seronok Bila Mak Mertua Suka!

▶ Gunakan api yang perlahan sahaja tau. Jangan gunakan api yang besar, risau hangit.

▶ Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga semua ayam sekata dengan bahan tumis tadi.

▶ Perasakan dengan garam dan sedia dihidang!

Mudah je kan nak buat ayam masak kam heong ni. Bila sekali dah buat confirm satu family suka. Silap-silap ada yang minta repeat lagi. Sebab rasa dia yang sedap dan marvellous!

Lauk ayam masak kam heong yang saya kongsikan ni agak kering. Jika nak makan dengan nasi sebaiknya ada lauk lain berkuah atau boleh juga lebihkan sikit kuahnya.

Hidangkan bersama dengan nasi putih panas-panas dan juga sambal belacan yang awesome!

Selamat mencuba ye semua!

 

RESEPI LAIN: Pajeri Terung | Senang Dan Sedap | Wajib Cuba

RESEPI LAIN: Paprik Seafood Thai | Sedap dan Pantas | Mudah jerr

RESEPI LAIN: Bawal Goreng Masak Cili | Pedas Terangkat | Sedap

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open