Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Bakar Thai Ala Resepi Khairulaming. Siap Dengan Sos Pedas Lagi. Fuh! Memang Sedap Sangat!

0 3,327

Hujung minggu ni ada yang plan nak buat bakar-bakar? Apa kata korang buat ayam bakar Thai ala resepi Khairulaming ni. Serious sedap! Resepi ni pernah viral tau. Resepi lengkap dengan sos pedas Thai lagi. Memang tak cukup sepinggan di buatnya.

Sama dengan resepi ayam bakar yang lain. Ayam bakar Khairulaming juga perlu diperap dengan beberapa bahan perapan. Dibiarkan seketika supaya bahan perapan masuk ke dalam ayam. Ada juga yang perap ayam ni semalaman. Lagi sedap dan terasa tau!

Ayam bakar ni korang boleh masak guna arang. Tapi, zaman dah makin modern. Orang buat cara mudah, bakar guna air fryer atau oven je. Nak bakar atas kuali non-stick pun boleh. Ikut kesenangan dan peralatan yang ada di rumah. Tapi, kalau nak bakar tepi pantai, kena juga lah guna arang kan.

Resepi ayam bakar Thai ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Izz Aishah. Boleh kecur liur tengok sos pedas Thai nya. Cara penyediaannya pun mudah. Korang yang suka makan ayam bakar wajib cuba resepi ni. Confirm nak lagi!

Sesetengah orang panggil resepi ni sebagai resepi masak ayam tiram Thai. Tapi ada juga yang memanggilnya sebagai ayam bakar Thai. Sebab ayam yang di masak ni perlu di bakar. Manakala bahan perapannya pula menggunakan sos tiram sebagai bahan utamanya.

 

RESEPI AYAM BAKAR THAI 

Actually, nak perap ayam ni tak perlu pun nak letak bahan-bahan rempah yang banyak. Guna sos tiram, kicap dan garam pun dah cukup sedap. Sebab bahan kat sos tiram tu dah lengkap untuk penyedap masakan. Jom kita lihat bahan-bahan memasak kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk perapan ayam :
  • Setengah ekor ayam
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pedas mahsuri
  • Sedikit garam
  • Setengah cawan minyak masak

 

Bahan untuk sos pedas Thai :
  • 5 ulas awang putih
  • 6 biji cabai merah pedas
  • 3biji limau nipis (diperah)
  • 2 sudu kicap ikan
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 atau 4 sudu gula
  • Sedikit daun ketumbar (dihiris nipis)

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR THAI ALA KHAIRULAMING :
Cara penyediaan ayam bakar :

▶️ Gaulkan sekali semua bahan diatas dengan ayam, boleh masak guna airfryer atau oven. Nak masak atas kuali non stick pun boleh. Bakar ayam sampai betul-betul masak.

Cara penyediaan sos pedas Thai :

▶️ Tumbuk atau blend kasar bawang putih dan cili merah.

▶️ Kemudian, masukkan kicap ikan, sos tiram, gula, air perahan limau nipis dan gaul bersama dengan daun ketumbar. Kacau sampai semua bahan sebati.

▶️ Akhir sekali, tuang je atas ayam yang dah siap dibakar tadi siap!

 

BACA JUGA : Resepi Cekodok Kentang Crispy Tanpa Telur. Guna Air Panas Je, Rangup Lagi Lembut Hasilnya!

 

Wah! Dah siap. Bakar kat kuali non stick pun boleh tau! Takde masalah. Ayam bakar masak elok dan sedap. Dicurah pula dengan sos pedas Thai. Yang masam dan pedas. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Korang boleh buat hujung-hujung minggu ni kalau nak berkelah tepi pantai.

Masak sos pedas Thai kat rumah dan perap ayam semalaman. Esok nak pegi pantai, tinggal bakar ayam je nanti. Syok tau makan panas-panas dengan sosnya yang pedas tu. Patutlah resepi ayam bakar Thai khairulaming ni viral. Dah lah cara penyediaannya simple, hasilnya pulak letop. Sehingga menjilat jari ye.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Izz Aishah kerana sudi berkongsi resepi ayam bakar Thai ala resepi Khairulaming ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open