Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Sambal Kering Ikan Bilis Rangup Untuk Hidangan. Tapi Ralit Ratah Jadi Kudapan!

0 3,120

Waktu kita tengah lapar dan nak makan segera, lauk sambal kering ikan bilis inilah yang boleh jadi penyelamat dan hero kita. Bila kita dah buat stok banyak, just kena masak nasi je dah sedap nak makan dengan sambal kering ikan bilis ni.

Fuuh! Sedap dia memang tak boleh dibawa bincang tau. Nak makan dengan nasi putih panas boleh, nak makan dengan roti pun sedap. Lebih- lebih lagi makan waktu hujan, pedas dia tu memang ngam.

Saya suggest untuk yang nak buat sambal kering ikan bilis dengan kacang dan kentang ni, buat banyak terus untuk kegunaan akan datang. Senang kan, bila buat sekaligus, boleh makan berkali- kali.

Jom saya kongsikan resepi Cik Puan Ariana Sofia ni macam mana nak buat sambal kering ni, serious senang dan mudah je nak buat dia. Silap- silap habis ratah macam tu nanti.

 

RESEPI SAMBAL KERING IKAN BILIS DENGAN KACANG DAN KENTANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 100 gram ikan bilis
  • 150 gram kacang
  • 4 biji @ 180 gram ubi kentang (yang bersize kecil)
  • 1 sudu kecil garam (gaul dengan ubi kentang)
  • 70 gram nisan @ gula melaka
  • 1 ½ sudu besar gula biasa
  • 8 sudu besar cili giling
  • Minyak untuk mengoreng
  • 4 biji bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • ½ inci halia (kisar)
  • 20ml air + ¾ sudu besar asam jawa

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KERING IKAN BILIS DENGAN KACANG DAN KENTANG :

▶Mula-mula hiris nipis ubi kentang. Guna ubi kentang yang kecil macam ni dah tak perlu potong dua.

▶ Lepas tu letak garam dan gaul bagi sebati. Tujuan letak garam ni supaya air kentang keluar  dan boleh buatkan kentang jadi lagi ranggup

▶ Biarkan ubi kentang sekejap dalam 5 minit untuk bagi air ubi kentang keluar.

▶ Sementara tu kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Letak sedikit air supaya senang untuk dikisar.

▶ Lepas air ubi kentang dah keluar, tapis dan toskan dulu.

▶ Goreng ubi kentang kena letak dalam kuali selapis demi selapis supaya ubi kentang tak melekat dengan yang lain. Goreng dengan minyak yang betul- betul panas.

▶ Waktu goreng tu kena kacau selalu supaya ubi kentang masak sekata. Bila ada yang dah berubah warna oren terus angkat. Tak perlu tunggu semua oren baru nak angkat sekaligus.

BACA JUGA: Nak Makan Western Dekat Rumah, Resepi Ni Kongsikan Cara Buat Chicken Grill Lembut Dengan Sos Blackpepper Mushroom Yang Sangat Padu!

▶ Guna ikan bilis yang kecil macam ni tak perlu dah nak belah dua. Tapi, kalau nak guna yang besar pun boleh jugak. Basuh dulu dan toskan

▶ Lepas tu goreng ikan bilis tadi menggunakan minyak yang sama tadi. Yang ni pun sama, kena kacau selalu supaya masak sekata.

▶ Bila dah garing angkat dan toskan.

▶ Keluarkan sikit minyak yang digunakan tadi. Tinggalkan sedikit sahaja untuk mengoreng kacang. Masa mengoreng kacau selalu supaya kacang tak hangit.

▶ Goreng kacang sampai bertukar warna macam ni. Angkat dan toskan

▶ Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan yang dikisar tadi hingga kekuningan. Minyak jangan banyak sangat. Rahsia sambal jadi sedap ada pada halia. Jangan letak halia banyak sangat tau sebab nanti jadi pahit pulak.

▶ Lepas tu masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak. Nak guna cili kering yang dikisar pun boleh. Penting sangat untuk pastikan sambal kita pecah minyak supaya sambal tahan lebih lama dan sedap.

▶ Bila dah pecah minyak masukkan gula dan manisan. Boleh guna nisan yang takda campuran gula. Nak gantikan dengan gula melaka pun tak ada masalah.

▶ Kacau hingga sebati macam ni. Tak perlu masukkan garam sebab masin dah ada pada ubi kentang dan ikan bilis tadi. Manis dan masin boleh ubah ikut kesukaan dan citarasa masing2.

▶ Asam jawa ni campurkan dengan air. Gaul bagi sebati. Jangan letak air banyak sangat.

▶ Lepas tu tuangkan dalam sambal.

▶ Kacau bagi sebati. Masak sehinggalah sambal jadi pekat. Kalau cair nanti tak jadi sambal kering. Sambal jadi gelap sebab letak nisan.

▶ Lepas tu perlahankan api dan masukkan kacang dan gaul sebati dulu. Kena masukkan kacang dulu supaya ikan bilis dan ubi kentang tak lemau. Biarkan sambal melekat pada kacang dulu.

▶ Lepas tu masukkan ubi kentang dan ikan bilis. Boleh tutup api dan kacau bagi sebati

Tengok je pun dah nampak berselerakan. Lauk macam ni buat banyak-banyak sedap betul makan. Buat stok dekat rumah, bila rasa lapar makan dengan nasi putih je pun sedap.

Kalau biasa tengok orang jual, kali ni kita belajar buat sendiri je lebih berbaloi dan puas hati dapat makan banyak. Nak tambah pun tak risau sebab dah tahu nak buat sendiri.

Kepada yang baru nak belajar buat resepi sambal kering ikan bilis dengan kacang dan kentang ni, boleh follow resepi yang saya kongsikan ni. Nak buat mudah, rasa dia sedap je rangup – rangup bila dimakan.

Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open