Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Buat Masakan Chinese Ayam Masak Kung Pao. First Time Dengar Nama Tapi Sedap Yakmat!
Kalau masakan Chinese, biasa kita dengar ayam masak kam heong je kan. Tapi rupanya ada satu lagi masakan iaitu ayam masak kung pao. Daripada rupanya nampak macam ayam masak kicap je, tapi mesti ada yang berbeza kan.
Perkongsian yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Akmal Ngatimin ni memang boleh buat kita rasa lapar terus bila tengok. Menurut beliau, masakan kung pai ni merupakan makanan kegemaran keluarga mertuanya.
Wah! Bestnya dapat hidangkan makanan kegemaran ramai orang kan. Makan ni memang tak berpaling kiri kanan dah. Confirm habis licin siap bertambah nasi dibuatnya.
Masakan ni nak kata pedas pun tidak terlalu pedas sebab hanya menggunakan cili kering dalam masakan. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi supaya dapat rasa yang ngam dan kick.
Sesekali tak tahu dah nak buat apa kan, bolehlah cuba buat resepi ayam masak kung pao ni. kalau dalam Bahasa Mandarin, yang membawa maksud spicy- stir- fry. Jadi seolah-olah ayam tumis pedas lah.
RESEPI AYAM MASAK KUNG PAO
Rupa-rupanya ayam masak kung pao ni ada sejarah tersendiri terciptanya masakan ni. Kalau nak diceritakan memang agak Panjang, jadi korang boleh google untuk tahu kisahnya. Untuk masak dia, jom saya kongsikan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam (potong kecil)
- 2 biji bawang besar (mayang)
- 2 biji bawang kecil (mayang)
- 1 batang serai (racik halus)
- 10 tangkai cili kering (gunting kecik)
- 1 inci halia (hiris memanjang)
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KUNG PAO :
▶ Mula-mula sekali, gaul dan perapkan ayam dengan sos tiram. Anggaran dalam 30 minit. Perap dalam peti sejuk.
▶ Kemudian, panaskan kuali dengan minyak masak. Bila minyak dah panas, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan juga cili kering. Goreng sehingga separuh masak.
▶ Seterusnya, masukkan bawang besar, bawang kecil dan juga serai. Gaulkan semua bahan sekata dan sebati.
▶ Bila dah naik bau, masukkan pula halia. Jangan masukkan air ye, Kacau sahaja.
▶ Bila dah sebati, masukkan sos cili, sos tomato dan juga kicap. Gaul-gaulkan bahan sebati. Pastikan rasa semua seimbang.
▶ Biarkan ayam betul-betul masak. Tutup kuali supaya ayam jadi lebih cepat masak. Jika nak juah lebih masukkan sedikit sahaja air.
▶ Bila rasa dah cukup, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Biskut Cornflake Crunchy Chocolate Chip. Serious Sedap Dan Rangup!
Untuk menampakkan ia lebih mernarik, tabur cili merah potong, cili hijau potong dan juga daun sup. Hidangkan dengan nasi panas-panas, confirm bertambah tau.
Sesetengah orang ada yang suka gantikan bahan binatang yang ada di rumah, jadi boleh je gunakan sotong, udang , daging atau ikan. Kalau cara masaknya sama, pasti hasilkan rasa yang sama malah lebih sedap lagi.
Resepi ayam masak kung pao ni sangat simple untuk kita buat. Kalau unutk yang rushing nak berkejar ke boleh buat menu ni sebab senang dan sedap. Nanti bila ada kelapangan masa, boleh cuba buat dan hidangkan untuk family. Siapa tahu ada yang suka, kan.