Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Aneka Masakan Tauchu Yang Wajib Kita Cuba. Resepi Mudah Dan Simple Untuk Hidangan Kita!
Kalau dihidangkan makanan tauchu, memang dalam kepala ikan masak tauchu sahaja lah bermain di fikiran. Tak tahu menahu pun bahawa masakan tauchu ni boleh buat pelbagai lagi menu masakan yang sedap!
Kalau di kampung, ada yang buat campur ikan bilis dengan petai. Ada juga buat dengan telur rebus. Ada yang kita tak pernah dengar pun tapi rasa dia memang terbaik!
Jom saya kongsikan beberapa menu masakan yang menggunakan tauchu ni. Alang-alang tauchu ada banyak dekat rumah, dan pening fikir nak buat masakan apa. Boleh follow je resepi yang saya kongsikan dekat bawah ni tau.
Sebelum tu, jangan lupa klik button share untuk kongsikan dekat wall facebook masing-masing ya. Mana tahu ada yang dapat manfaat daripada perkongsian kita ni kan.
IKAN TERMENONG MASAK TAUCHU
Biasa kalau nak buat tauchu memang akan gunakan ikan je kan. Tapi nak guna ikan apa pun semuanya sedap.
Ada yang suka gunakan ikan kembung, ikan tongkol tapi paling sedap mestilah gunakan ikan termenong. Jom follow resepi Cik Puan Siti Masitah.
RESEPI IKAN TERMENONG MASAK TAUCHU
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 3-4 ekor termenong
- 1-2 biji bawang besar
- 2-3 ulas bawang putih
- 1-2 inci halia
- 6-7 biji cili padi
- 1 tangkai cili merah
- 3 sudu besar taucu
- Sedikit air asam
- Gula
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN IKAN TERMENONG MASAK TAUCHU :
▶ Mula-mula, goreng ikan termenung sehingga garing.
▶ Tumis bawangbesar, bawang putih, halia dan juga cili padi. Tumis sampai naik bau.
▶ Kemudian, masukkan taucu. Kacau rata dan masukkan sedikit air dan sedikit air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih
▶ Masukkan cili merah dan ikan yang telah digoreng awal tadi.
▶ Masukkan sedikit gula. Graam tak perlu kerana taucu dah masin.
▶ Siap dan boleh dihidangkan!
SOTONG MASAK TAUCHU DENGAN NANAS
Jika ada sotong, dan tak tahu dah nak buat masakan apa. Sambal sudah, kari sudah, masak lemak pun sudah.
Pasti belum pernah buat lagi masak masak tauchu dengan nanas perkongsian resepi Norazura Azis ni kan. Sekali cuba confirm akan suka!
RESEPI SOTONG MASAK TAUCHU DENGAN NANAS
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- sotong (rebus dengan sedikit air dan secubit garam)
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah ( dibuang biji)
- Cili padi ikut suka
- 3 hiris halia
- 1 sudu besar taucu
- Garam
- Gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- 1/4 biji nanas ( dipotong dadu)
CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK TAUCHU BERSAMA NANAS:
▶ Kisar kasar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah, dan cili padi.
▶ Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan berkisar dan juga halia. Tumis sampai pecah minyak
▶ Masukkan taucu, sotong yang telah direbus dengan airnya sekali. Masukkan sekali nanas.
▶ Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
▶ Siap dan sedia dihidangkan!
AYAM MASAK TAUCU SIMPLE
Salah satu masakan ayam yang kita boleh buat adalah masakn tauchu ni. Sedap dimakan dengan nasi panas.
Resepi Shai Anne Ahemed ni nampak mudah dan rasa yang sangat sedap. Follow je resepi ini senang menjadi!
RESEPI AYAM MASAK TAUCHU
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 6-7 ketul ayam ( goreng kunyit)
- 3 biji bawang merah (hiris)
- 4 ulas bawang putih (hiris)
- 1 cm halia ( hiris halus)
- 4 biji cili padi ( hiris halus)
- 2 sudu makan taucu
- 1 mangkuk air asam jawa
- 1 kiub pati ayam
- Timun batang
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK TAUCHU SIMPLE :
▶ Panaskan minyak dan goreng ayam seketika.
▶ Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga wangi
▶ Kemudian masukkan taucu. Gaul sekata
▶ Seterusnya, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
▶ Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan juga kiub pati ayam. Biarkan seketika sehingga mendidih.
▶ Tambah garam jika perlu. Dan Sedia untuk dihidangkan!
RESEPI UDANG MASAK TAUCU
Bila balik kampung, dapat makan lauk tauchu boleh cuba campurkan dengan udang ni. Macam resepi Tuan Mohd Nubli Kumkum ni memang padu!
Sedapnya makan tu memang tak perasan orang lalu depan belakang. Focus makan masakan yang awesome ni!
RESEPI UDANG MASAK TAUCU
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Udang
- 2 biji bawang merah (hiris)
- 2 ulas bawnag putih (cincang)
- 1/2 inci halia (hiris)
- 1 batang cili merah (hiris)
- 2 tangkai cili api (hiris)
- Tauchu
- Sedikit paste asam jawa
- Sedikit gula
- Air
CARA PENYEDIAAN TAUCHU UDANG PETAI :
▶ Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
▶ Kemudian, masukkan taucu dan kacau seketika.
▶ Seterusnya, masukkan pes asam jawa dan tambah sedikit air. Bila air mendidih, masukkan sedikit gula dan udang.
▶ Perasakan dengan garam jika kurang masin. Sedap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Simple Berlado Kentang Dengan Ikan Bilis! Hidangan Padu Pedas Terangkat!
IKAN KELI MASAK TAUCU
Jarang juga nak jumpa masakan ikan keli masak taucu. Tapi bila rasa comfirm korang suka. Jom cuba follow resepi dari Mak Yang ni. Simple tapi sedap!
RESEPI IKAN KELI MASAK TAUCHU
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kilo ikan keli
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah kecil
- 1 inci halia
- 1 batang kayu manis
- 1/2 sudu biji sawi
- 3 sudu taucu
- 1 biji timun
- 10 biji cili masak + cili hijau
- Sedikit cili padi
- 2 sudu kicap manis
- Sedikit air asam jawa
- 5 cawan air
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN IKAN KELI MASAK TACHU :
▶ Mula-mula sekali, gaulkan ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing
▶ Panaskan minyak, dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, biji sawi, kulit kayu manis. Tumis sampai naik bau.
▶ Seterusnya, masukkan taucu dan kacau sekejap. Masukkan 5 cawan air.
▶ Kemudian, masukkan air asam jawa, 2 sudu kicap, timun, cili merah, cili api bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan seketika sampai kuah mendidih
▶ Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa.
▶ Siap untuk dihidangkan!
TELUR MASAK TAUCU
Kalau dekat rumah tak ada binatang yang tinggal. Boleh je gunakan telur untuk buat masakan tauchu yang sedap ni.
Resepi Nooryanis Al- Baraqwan ni simple sangat tapi rasa dia memang sedap! Memang wajib cuba buat sekali sekala.
RESEPI TELUR MASAK TAUCU
Bahan-bahan yang dikongsikan adalah :
- 2 biji telur
- 2 biji bawang merah ( hiris)
- 2 ulas bawang putih ( hiris)
- 1 biji bawang besar
- 1 biji cili merah ( hiris)
- 3 biji cili padu ( potong serong)
- 1/2 inci halia ( hiris)
- 1 sudu besar taucu
- 1/4 cawan air asam jawa
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
- Daun bawang sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN TELUR MASAK TAUCU :
▶ Mula-mula goreng telur mata dan ketepikan.
▶ Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sampai naik bau.
Masukkan taucu, kicap lemak manis. Kacau sampai semua bahan sekata. Tuang sedikit air panas kalau namapak terlalu kering
▶ Masukkan air asam jawan, garam dan gula. Masukkan juga cili padi dan bawang besar. Masak sampai mendidih
▶ Akhir sekali tuang atas telur yang kita dah goreng awal tadi. Taburkan daun bawang!
▶ Siap dan boleh dihidangkan!
Banyak rupanya resepi masakan taucu yang boleh kita cuba buat. Resepi yang dikongsikan pun semuanya nampak mudah nak follow.
Buat dan hidangkan untuk ahli keluarga, mesti ada yang suka dan bertambah nasinya. Serious sedap! Kalau korang belum pernah rasa, memang wajib cuba buat tau.
Kepada yang baru nak try, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!