Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Aneka Masakan Sambal Petai Yang Awesome! Resepi Mudah Dan Simple Tapi Padu!
Bila dihidangkan dengan sambal petai, memang susah betul nak tolak. Lebih-lebih lagi hidangkan pula dengan nasi panas-panas. Memang layan!
Kalau sebelum ni kebanyakannya buat sambal udang dengan petai je sebab rasa udang yang manis dimakan pula dengan petai memang satu kombinasi yang terbaiklah! Sedar tak sedar boleh habis sepinggan dengan satu jenis lauk ni je.
Dekat bawah ni ada beberapa resepi masakan sambal petai yang boleh kita buat dan follow. Resepi nya semua mudah dan senang kita nak follow. Lengkap dengan step by step dan sesuai dihidangkan kepada family tercinta!
Jom saya kongsikan resepi sambal petai ni untuk korang semua. Jangan lupa share ye!
SAMBAL SOTONG PETAI
Sedapnya dapat makan sambal sotong petai. Ada yang suka guna sotong kering dan ada juga yang suka pakai sotong biasa. Bagi saya, dua-duanya sedap dan marvellous. Cuba buat follow resepi Cik Puan Siti Fatimah ni. Memang padu!
RESEPI SAMBAL SOTONG PETAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg sotong
- 20 biji petai ( anggaran RM5)
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 15 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- Sedikit belacan
- Air asam jawa
- Sedikit santan
- Garam
- Gula
- 1 kiub pati ayam
CARA PENYEDIAAN SAMBAL SOTONG PETAI :
▶ Mula-mula sekali, kisar cili, bawang merah, bawang putih dengan belacan. Kisar sampai hancur.
▶ Kemudian, panaskan minyak dan tumis sampai pecah minyak. Masak lama sikit untuk sambal kita betul-betul masak.
▶ Seteusnya, masukkan sotong, petai dan air asam jawa. Kacau sampai sebati dan masukkan santan, bahan perasa dan juga kiub pati ayam.
▶ Masak sampai betul-betul pekat kuahnya.
▶ Akhir sekali, masukkan bawang besar sebagai hiasan.
▶ Siap untuk dihidangkan!
Kredit Resepi – Siti Fatimah
SAMBAL HIJAU PETAI
Yang mana kaki pedas, memang suka sangat dapat makan sambal ijo ni. Memang berapi betul lah kiranya. Boleh makan dengan nasi panas, atau makan dengan ubi rebus pun layanz!
RESEPI SAMBAL HIJAU PETAI
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5 papan petai
- 7 biji bawang besar
- 13 ulas bawang putih
- 15 btang cili hijau
- 5 batang cili merah
- 1 mangkuk kecil ikan bilis
- 1 potong belacan
- 3/4 cawan minyak masak
- 1/2 sudu serbuk kunyit
- 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN SAMBAL HIJAU PETAI :
▶ Mula-mula, tumbuk dulu bawang putih dengan cili. Jangan tumbuk terlalu halus.
▶ Ikan bilis pun tumbuk sedikit separuh lumat
▶ Seterusnya, kisar bawang besar sehingga halus. Nanti tapis airnya.
▶ Rendam petai dalam air panas. Untuk kurangkan rasa pahit.
▶ Untuk memasak, panaskan kuali dan minyak. Tumis bawang putih dengan cili tadi. Agak- agak dan naik bau wangi, dan tumisan bertukar warna kuning boleh masukkan ikan bilis dan bawang besar.
▶ Tumis lagi sampai pecah minyak.
▶ Kemudian, masukkan serbuk kunyit, belacan dan juga petai dan bahan tumis kita. Kacau je lagi sampai petai sedikit layu.
▶ Akhir sekali, masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa makanan. Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Kredit Resepi – Mas Sharifah
SAMBAL PETAI IKAN BILIS DENGAN TELUR
Biasanya kitamakan sambal petai ikan bilis je kan. Makan pulak dengan nasi lemak memang terbaik! Jom saya kongsikan resepi yang Cik Puan Siti Fatimah ni share di facebook MAHN.
RESEPI SAMBAL PETAI IKAN BILIS DENGAN TELUR
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- RM5 Ikan bilis
- 6 biji telur rebus
- 20 biji petai
- 15 tangkai cili kering
- Sedikit belacan
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Pati ayam knorr
- Sedikit gula dan garam
- 1 cawan air asam jawa
- 1/2 cawan santan
- 1 biji bawang besar sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN SAMBAL PETAI IKAN BILIS DENGAN TELUR :
▶ Mula-mula kisar sampai hancur cili kering rebus, belacan, bawang merah dan bawang putih.
▶ Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
▶ Seterusnya, masukkan ikan bilis, petai, air asam jawa, santan, pati ayam knor, serta serbuk perasa seperti gula dan garam.
▶ Masak sehingga kuah jadi pekat dan likat.
▶ Masukkan telur dan hiasan bawang besar.
▶ Siap dan boleh dihidangkan!
Kredit Resepi : Siti Fatimah
SAMBAL UDANG PETAI
Sedapnya memang tak boleh bincang. Kalau tanpa petai pun boleh buat kita bertambah dah ade petai apatah lagi.
Silap-silap haribulan memang boleh request hari-hari masak lauk ni je! Boleh cuba resepi Siti Fatimah ni. Simple tapi sedap!
RESEPI AYAM GORENG BERLADA PETAI :
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1/2 kilo udang
- RM3 petai
- 10 biji cili kering
- 5 biji bawang kecil
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Air asam jawa
- Sedikit santan
- 1 biji bawang besar
- 1 kiub pati ayam
- Seucubit garam
- 4 sudu kecil gula
CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG BERLADA PETAI :
▶ Kisar bawang kecil, bawang putih, cili kering dan juga belacan sampai hancur.
▶ Kemudian, tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
▶ Masukkan petai, air asam jawa, santan dan bahan perasa. Garam, gula dan juga pati ayam.
▶ Masak sampai kuah sedikit kering.
▶ Seterusnya masukkan udang. Masak dalam 10 minit.
▶ Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris kasar sebagai hiasan.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Kredit Resepi – Siti Fatimah
BACA JUGA: Aneka Masakan Tauchu Yang Wajib Kita Cuba. Resepi Mudah Dan Simple Untuk Hidangan Kita!
SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS
Fuuuhh! Sedap terangkat ni. Tak perlu lauk lain dah kalau hidangkan lauk yang satu ni. Confirm makan nasi bertambah 2 atau 3 kali!
Memang terbaik betul lah resepi Cik Puan Sarina Basir ni. Sekali buat pun boleh jatuh cinta!
RESEPI IKAN BILIS MASAK PETAI TEMPOYAK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 10 biji cili padi
- 3 biji bawang merah
- 2 sudu besar tempoyak
- 3 papan petai
- secubit ikan bilis
- Sedikit garam
- Ajinomoto
- Gula
- Minyak untuk menumis
- Air
CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS MASAK PETAI TEMPOYAK :
▶ Mula-mula rendam ikan bilis sekejap supaya lembut. Kemudia tapis dan toskan.
▶ Kisar kasar cili padi dan bawang merah.
▶ Seterusnya, panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Kemudian, masukkan ajinomoto, garam, gula serta tempoyak.
▶ Gaul semua bahan sampai sekata.
▶ Bahan dan sekata, masukkan ikan bilis dan petai. Kacau lagi semua bahan sampai sebati.
▶ Jangan masak terlalu lama, risau nanti petai layu. Petai sedap dimakan ketika masih rangup.
▶ Rasa semua dah okay, siap untuk dihidangkan!
Kredit Resepi – Sarina Basir
SAMBAL CILI API PETAI IKAN BILIS CAMPUR TERUNG
Pernah tak makan sambal petai ikan bilis campur terung macam ni? Serious sedap dan berbaloi nak cuba. Setengah orang tak suka makan terung kan. Tapi resepi ni betul-betul awesome!
RESEPI SAMBAL CILI API PETAI IKAN BILIS CAMPUR TERUNG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Petai ( ikut kita suka banyak mana)
- 15 tangkai cili padi
- 5 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- Ikan bilis
- 3 biji Terung purple
CARA PENYEDIAAN SAMBAL CILI API PETAI IKAN BILIS CAMPUR TERUNG :
▶ Goreng dulu ikan bilis. jangan garing sangat risau dia pahit. Goreng juga terung sekejap
▶ tumbuk cili api, bawang putih, bawang merah menggunakan lesung batu.
▶ Tumis bahan tumbuk sampai garing. Masukkan petai, terung dan ikan bilis yang digoreng tadi.
▶ Seterusnya masukkan bawang besar hiasan tadi.
▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika ada
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Kredit Resepi – Saleha Maarof
Wah! Banyaknya resepi masakan yang kita boleh buat dengan menggunakan petai ni. Kadang-kadang bila ada petai satu dual auk je yang kita buat . selebihnya buat ulam lah, buat jeruk lah. Memang menyelerakan!
Bagi yang suka makan petai dengan sambal ni, boleh lah ubah menu setiap hari dengan follow resepi sambal petai yang saya kongsikan ni. Mudah-mudah je semuanya. Yang penting makan nasi pun boleh bertambah tau!
Save dulu perkongsian kali ni supaya senang kita nak rujuk semula bila nak buat nanti. Dan sharekan di wall facebook ye mana tahu ada yang boleh dapat manfaat macam kita kan.
Untuk itu, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga bermanfaat ye kawan-kawan!