Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Masakan Ikan Siakap Yang Marvellous. Resepi Yang Mudah Nak Buat Dan Rasa Sedap Memikat!

0 21,767

Kalau nak makan luar, selalu order ikan siakap 3 rasa atau ikan siakap stim. Sebab ikan siakap ni memang sedap kalau dimakan. Rasa manis-manis ikan dia dimakan dengan nasi putih, sambal belacan, dan juga tomyam. Memang layanz!

Ikan siakap ni harga dia tidak lah murah sangat, tetapi tidak lah terlalu mahal. Ada banyak resepi yang kitab oleh buat dengan ikan siakap ni. Haa, sesekali nak merasa hujung minggu beramai-ramai dengan keluarga boleh lah kita buat kan.

 

IKAN SIAKAP SWEET SOUR THAI

Sedapnya kalau dapat makan ikan siakap sweet sour  yang penuh dengan bahan-bahan macam ni. Ikan sweet sour atau ikan siakap 3 rasa ni bila makan, kuahnya banyak sikit pun takpe, sebab kuahnya akan rasa pedas-pedas manis gitu.

Nak buat ikan siakap sweet sour ni tak susah sangat. Kejadiannya cantik je dan rasa pun sedap. So kalau ada family atau kawan-kawan nak datang rumah, boleh lah hidangkan ikan siakap sweet sour ni.

RESEPI IKAN SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ikan siakap – gaul garam kunyit dan sedikit tepung jagung – goreng
  • 3 ulas bawang putih- mayang halus
  • 1 biji bawang besar- mayang kasar
  • 1 inci halia- mayang halus
  • ½ cawan sos tomato
  • ½ cawan sos cili
  • ½ cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah)
  • Sedikit sos tiram
  • Lada benggala merah dan hijau – dadu
  • Nenas – dadu
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP SWEET SOUR :

▶ Basuh bersih ikan. Goreng ikan sampai garing.

▶ Tumis bahan yang dimayang sampai wangi dengan sedikit minyak.

▶ Kemudian masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih.

▶ Masukkan lada benggala dan nenas.

▶ Dah secukup rasa masam manis. Tutup api.

▶ Tuang sos ke atas ikan. Siap😋

Kredit Resepi – Tuan Adriana Arissa

 

RESEPI SIAKAP STIM TOMYAM PUTIH

Waah! Biasanya resepi ikan siakap stim akan bersama limau. Tapi kali ini digantikan dengan tomyam. Mesti rasanya lebih sedap dengan masam-masam pedas kan.

Kita ni kalau dapat makan tomyam ala Thai pun dah suka sangat. Inikan pula ada tambahan Ikan siakap stim tomyam. Kalau tengok pada resepi yang dikongsi, tidak lah susah mana. Jadi boleh kita buatkan untuk makan tengah hari nanti.

RESEPI IKAN SIAKAP STIM TOMYAM PUTIH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor siakap sederhana besar
  • 1 peket pes tomyam putih @adabi_consumer
  • 1 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Cili hijau
  • ½ kiub pati ayam
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM TOMYAM PUTIH :

▶ Ratakan ikan dengan sedikit garam. Masukkan halia, daun limau purut, bawang dan cili bersama sedikit pes tomyam putih ke dalah perut ikan.

▶ Pes yang lebih, lumurkan pada ikan. Lumur sehingga sebati bagi kedua-dua belah badan.

▶ Kemudian, taburkan semua bahan yang dipotong.

▶ Perahkan asam limau nipis dan curahkan bancuhan sos ikan bersama kuib pati ayam adabi.

▶ Kukus sehingga ia masak. Lepas masak boleh tabur daun ketumbar, cili dan tomato untuk hiasan.

Sedia dihidang dan selamt mencuba!

Kredit Resepi – Bahiah Saripuddin

 

SIAKAP GORENG MASAK CILI

Jarang juga ikan siakap dibuat masak sambal atau masak cili sebegini. Tapi, rasa dia memang sedap dan menarik. Sekali je cuba insyaAllah semua akan suka. Kalau dah biasa buat ikan kembung je, sesekali tukarkan dengan ikan siakap nis pula. Sedap!

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK CILI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 biji bawang besar
  • 4-5 bawang putih
  • 3 biji cili hidup

Tumbuk kasar kesemua bahan diatas…

  • 3-4 sudu cili boh @ cili kisar
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Garam
  • Ikan

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP MASAL CILI :

▶ Basuh ikan bersih-bersih. Lumurkan garam dan kunyit.

▶ Goreng menggunakan minyak panas.

▶ Tumis bahan tumbuk. Tumis sehingga wangi dan garing

▶ Kemudian, masukkan cili. biarkan cili pecah minyak..

▶ Masukkan gula, garam @ secukup rasa.

▶ Akhir sekali, Masukkan ikan.. biar mendidih sesuaikn rasa..

▶ Siap dan sedia dihidang!

*** Nak letak cili padi pun boleh tambahkan…

Kredit Resepi – Farza Shaza’eika

 

IKAN SIAKAP MANGGA

Pernah tak makan kerabu mangga? Mangga muda masam-masam tu sedapnya lahai! Kali ini, siap ada ikan siakap bersama.

Kalau tengok gambar pun dah terliur, tak tahu lah macam mana bila dah rasa nanti. Jom saya kongsikan resepi yang mudah dan wajib cuba ni.


RESEPI IKAN SIAKAP MANGGA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap
  • Tepung bestari

Gaulkan ikan siakap dengan tepung bestari..

Dan goreng macam biasa…

 

Bahan Sos

  • ½botol sos Plum
  • 2 sudu kecil sos cili/Thai
  • 1 sudu kecil sos tomato
  • Potongan cili padi ~ jika suka pedas
  • ½ cawan air masak panas letak sikit asam jawa adabi ~ Dlm ½ sudu kecil
  • Gula dan sedikit garam

 

▶ Gaulkan ikan siakap dengan tepung bestari

▶ Goreng sehingga ikan masak. Ketepikan seketika

▶ Campurkan semua bahan untuk sos.

▶ Parut buah mangga muda. Campurkan dalam bahan sos.

▶ Untuk hiasan, tambah lagi parutan mangga untuk ditabur atas ikan kita nanti.

▶ Dah siap dan sedia dihidang!

Kredit Resepi – Liana Hassan

 

KENGSOM IKAN SIAKAP

Lamanya tak makan masak kengsom ikan siakap ni. Kuahnya wangi dan rasa serious sedap. Kalau ada extra kangkung, masukkan semua lagi layan tau. Kuah dia masam-masam yang sedap.

RESEPI KENGSOM IKAN SIAKAP

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap –
  • 3 tangkai cili merah – buang biji (*)
  • Beberapa biji cili api (*) – letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
  • 1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
  • 1 inci halia (*)
  • 1 biji bawang merah besar (*)
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN KENGSOM IKAN SIAKAP :

▶ Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.

▶ Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.

▶ Masukkan hirisan nanas.

▶ Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.

▶ Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.

▶ Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

▶ Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

Kredit Resepi – Nina Mahdar 

 

IKAN SIAKAP GORENG MASAK TOMYAM

Siapa yang suka makan tomyam, cuba buat ikan siakap goreng masak tomyam ni. Rasa dia sedap sangat-sangat. Kalau nak buat untuk anak-anak, boleh kurangkan cili yang digunakan supaya tidak terlalu pedas.

RESEPI IKAN SIAKAP GORENG MASAK TOMYANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2biji bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang Putih (kisar)
  • Cili padi (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • Serai (ketuk)
  • Pes Tomyam
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Cili hijau/merah
  • Daun limau purut
  • Sos Tiram
  • Kicap Pekat
  • Bawang hiris bulat
  • Gula secukup rasa
  • Ikan siakap (Goreng garing)

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP GORENG MASAK SAMBAL :

▶ Tumis bahan kisar sampai naik bau ..masukkan serai ..

▶ Masukkan pes tomyam dan sedikit air

▶ Masukkan sos tiram dan kicap pekat dan masak sampai kuah jadi pekat

▶ Selepas tu masukkan gula sebab nak balance kan rasa.(takut termasin)

▶ Masukkan ikan, tomato Dan bawang hiris daun limau

▶ Kacau-kacau dan terbalikkan terus angkat

Kredit Resepi – Resepi Pembuka Selera

 

IKAN SIAKAP BAKAR

Pergi ke kedai ikan bakar, kalau tidak pilih ikan jenahak mesti pilih ikan siakap. Makan panas-panas cicah dengan kicap bawang pedas. Perrgh! Orang lain lalu lalang pun boleh buat kita tak perasan ralit makan dengan nasi panas tau.

RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR

Bahan- bahan yang diperlukan adalah : 

  • 2 ekor ikan siakap

 

Bahan kisar dgn 5 sdb minyak. Kisar tanpa air.

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang cili merah
  • 5 batang cili padi
  • 3 ruas jari kunyit hidup
  • 3 ruas jari lengkuas
  • 2 batang serai ambil putih saja
  • 3 biji buah keras
  • 2 sudu besar kacang tanah (yang sudah dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (bole guna yang biji)
  • Garam atau secukup rasa Maggi secukupnya.

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP BAKAR :

▶ Kisar semua bahan di atas dengan menggunakan 5 sudu minyak. Jangan gunakan air tau.

▶ Kemudian, lumurkan bahan kisar tadi pada ikan. Dalam serta luar badan ikan.

▶ Seterusnya balut ikan dengan menggunakan daun pisang

▶ Bakar ikan sampai masak.

▶ Akhir sekali, siapkan sambal kicap untuk sebagai pencicah.

Kredit Resepi – Makcik Ratu

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Masak Kam Heong Yang Sedap. Resepi Yang Mudah Dan Memikat Hati Bonda

ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

Masak asam pedas ikan siakap salah satu menu wajib korang cuba sekali sekala. Ye lah, biasanya kita kan gunakan ikan pari, ikan kembung je untuk buat masak asam pedas ni.

Kalau gunakan ikan siakap ni rasa ikan dia lebih sedap dengan isi ikan yang tebal. Jadi, bila dimakan dengan nasi dan gigit pula bersama bendi, layan sampai terpejam mata lah ceritanya.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

Bahan – bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap (potong 3)
  • 4 batang kacang bendi
  • Daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 150 gm cili giling atau cili boh
  • 3 cawan air
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

 

Bahan B :

  • 10 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • ½ inci belacan

 

CARA PENYEDIAAN MASAK ASAM PEDAS IKAN SIAKAP :

▶ Kisar bahan-bahan B hingga lumat.

▶ Kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.

▶ Masukkan cili giling/cili boh. Kacau sehingga garing. Kalau nak pedas kawkaw boleh tambah lagi cili giling tu.

▶ Masukkan 3 cawan air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan siakap dan biarkan separuh masak.

▶ Selepas itu, masukkan bunga kantan, air asam jawa, daun kesum, dan bendi. Daun kesum tu saya main campak sesuka hati aje. Letak 1-2 tangkai pun dah cukup.

▶ Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Kacau sikit saja manja-manja gitu sekadar nak bagi semua sebati. Jangan kacau kuat-kuat nanti bercerai ikan tu dari tulang.

▶ Biarkan saja sehingga masak. Dalam 10 minit macam tu okay dah ikan masak sedang elok. 10 minit tu dari mula-mula masukkan ikan tau. Okay siappp boleh makan.

Kredit Resepi – Fatimah

 

IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Waah! Sedapnya rasa ikan siakap stim masam-masam limau ni. Kuah dia pun sedap bila masukkan pada nasi dan gaulkan sekali dengan sambal belacan.

Siapa yang suka makan ikan siakap stim limau ni, cuba follow step by step yang dikongsikan daripada Port Resepi ni.

RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Bahan – bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
  • 12-15 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 7 biji cili thai merah
  • 5 batang serai
  • 8 susu besar perahan air limau nipis
  • 3 sudu besar stok ayam
  • 5 sudu besar sos ikan
  • Daun ketumbar

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM ALA THAI :

▶ Larut kan 3 sudu besar stok ayam dengan 1 ½ cawan air

▶ Panaskan kuali dan masukkan larutan stok ayam kita tadi.

▶ Bila kuah dah sedikit panas, masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Bila dah larut boleh tutup api dan angkat kuah.

▶ Kemudian masukkan bawang putih yang kita dah cincang ke dalam kuah. Kacau sehingga bau bawang putih meresap dalam kuah.

▶ Seterusnya masukkan cili merah, jus limau, sos ikan dan daun ketumbar . Kacau sehingga sebati.

▶ Cuci ikan sehingga bersih dan kelar sehingga ke tulang supaya ikan masak sempurna.

▶ Masukkan serai yang di ketuk dalam badan ikan.

▶ Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 10 minit.

▶ Tuang kuah atas ikan.

▶ Ikan siakap stim sedia untuk di hidangkan.

Kredit Resepi – Port Resepi

 

SIAKAP MASAK LEMAK

Kalau di kampung, nenek selalu masak lauk ikan siakap masak lemak ni untuk santapan ahli keluarga. Rasa dia memang sedap. Isi ikannya lembut dan manis.

Makan pulak dengan kuah masak lemak ni. Habis campur semua rasa dalam satu suapan. Sedapnyaa, hidangkan bersama ulam-ulaman kampung. Padu!

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK LEMAK  (Ni resipi atok sendiri)

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ikan Siakap seekor (saiz sedang)
  • Santan segar daripada sebijik kelapa
  • Serai sebatang – diketuk
  • Asam keping – 2 keping
  • Daun limau purut 2 helai – jangan dikoyakkan
  • Garam & Ajinomoto
  • Gula pasir – 2 sudu makan

 

Bahan Tumbuk :

  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Kunyit Hidup sebesar ibu jari
  • Buah Keras 2 biji
  • Cili padi merah 4 biji

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP MASAK LEMAK :

▶ Basuh ikan bersih-bersih. Potong ikut suka. Cuci dengan air asam tau untuk hilangkan bau hanyir ikan. Kemudian toskan.

▶ Santan campurkan dengan sedikit garam. Gaul sebati.

▶ Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk atau kuali. Tak perlu masukkan minyak tau.

▶ Nyalakan api dan gaul perlahan.

▶ Bila dah mendidih, masukkan serai, daul limau purut, asam keping, garam, ajinomoto dan gula.

▶ Seterusnya, masukkan ikan. Gaul perlahan sampai mendidih.

▶ Bila ikan dah masak dan bertukar putih, kecilkan api dan biarkan seketika dalam 2 hingga 3 minit. Sesekali je kacau.

▶ Boleh matikan api siap untuk dihidang!

Kredit Resepi – Suria Amanda

 

Seronok kan bila ada banyak resepi yang disediakan dalam satu perkongsian macam ni. Senang bila kita nak masak ikan siakap ni tengok je resepi-resepi yang saya kongsikan dekat sini.

Oleh itu, kalau siapa nak buat kongsikan dulu dalam dekat facebook korang dulu ye. Dan bolehlah buat satu persatu nanti. Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open