Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Koleksi Kurma Yang Marvelous Dan Sedap Berlemak. Resepi Simple Tambat Hati Mertua

0 14,248

Lauk kurma biasanya jadi pasangan atau pelengkap hidangan jika kita masak Nasi Minyak atau Nasi Tomato kan? Namun, ada juga yang lebih sukakan ayam masak merah sebagai pelengkap menu.

Kadang-kadang bila ada anak kecil, kita lebih suka untuk masakkan kurma kerana rasa yang kurang pedas, semua orang dalam rumah boleh makan.

Mudah pun mudah nak buat dia. Untuk yang dewasa boleh ditambah hidangan dengan sambal belacan atau scili padi bagi menaikkan rasa bahang. Baru ngam!

 

RESEPI KURMA AYAM

Fuuh! Sedapnya kalau dapat makan kurma ayam panas-panas. Jika dapat dengan nasi putih pun bolehbuat kita rasa nak menambah. Inikan pula dimakan dengan Nasi Minyak atau Nasi Tomato.

Jika buat kurma ayam ni, jangan lupa masukkan banyak ubi kentang. Baru lah sedap bila setiap suapan ada rasa kentang denga nasi ayam.

RESEPI KURMA AYAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

  • 1 ekor ayam ( dipotong kecil )
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 60 gram bawang merah ( dihiris )
  • 40 gram bawang putih ( dihiris )
  • 3 biji bawang besar ( dihiris )
  • 5 biji kentang ( dipotong 4 )
  • 5cm kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 sudu makan serbuk kurma ( campurkan dengan 125ml air )
  • 250gm santan pekat
  • 7 biji cili hijau (Jika nak pedas boleh masukka cili padi)
  • 1 ikat daun pudina
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN KURMA AYAM:

▶ Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Mula -mula tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi.

▶ Selepas itu masukkan serbuk kurma dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

▶ Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Gaul rata hingga sebati. Ayam terkena dengan rempah yang ditumis tadi.

▶ Masukkan santan, garam, ubi kentang, hirisan bawang besar, cili hijau dan daun pudina. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih sehingga masak.

▶ Rasa dan jika sudah okay boleh lah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

UDANG BEREMPAH KURMA

Haa bukan hanya ayam, tapi udang pun boleh buat masak kurma tau. Tapi masakan ni amatlah jarang boleh dijumpai dekat akawasan kita melainkan olahan kita sendiri.

Perkongsian ini sangat menarik kerana hidangan udang berempah kurma ni bukan nampak je menyelerakan bahkan ramai yang sudah mencuba resepi terbaik ni. Memang sedap!

RESEPI UDANG BEREMPAH KURMA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 8 ekor udang besar (kulit dikekalkan dan urat hitam dibuang)
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar (dipotong kiub kecil @ dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis@ dimayang)
  • 5 tangkai cili kering (dipotong dan buang biji)
  • 2 sudu besar rempah kurma (dicampur dengan sedikit air)
  • 1/3 cawan susu sejat
  • Minyak untuk menumis

 

CARA PENYEDIAAN UDANG BEREMPAH KURMA :

▶ Panaskan minyak secukupnya . Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis sehingga bawang kelihatan kekuningan.

Kemudian, masukkan cili kering dan goreng sekejap.

▶ Seterusnya masukkan rempah kurma dan masak sehingga pecah minyak. Masak sehingga rempah kelihatan sedikit gelap.

▶ Masukkan susu sejat dan kacau sehingga sebati. Masak rempah sehingga hampir kering

▶ Masukkan udang dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan sambung masak selama 10 minit. Balik-balikkan untuk pastikan udang masak keseluruhan.

▶ Bila rasa dah cukup, siap dan boleh lah dihidangkan.

 

RESEPI TELUR MASAK KURMA

Resepi ini paling mudah nak buat. Bukan sahaja mudah, malah anak-anak confirm akan suka. Nak-nak lagi, bila telur kuning digaulkan dengan nasi kemudian  disiram dengan sedikit kuah. Fuuh! Nikmatnya dapat makan dengan nasi panas-panas.

Boleh cuba buat untuk buka selera anak-anak. Kurma telur juga masakkan dengan ubi kentang supaya dapat rasa yang lebih mengancam.

RESEPI KURMA TELUR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 10 biji telur (direbus)
  • 2 peket kecil rempah kurma
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang merah besar (hiris besar)
  • 1 inci halia
  • 2 biji tomato (optional)
  • 1 biji lobak merah
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Air asam jawa sikit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN KURMA TELUR :

▶ Mula-mula tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawing. Tumis sehingga naik bau wangi dan bahan kekuningan.

▶ Kemudian, masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air… Masukkan ke dalam kuali dan tumis sampai pecah minyak ..

▶ Seterusnya, masukkan air asam jawa, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Air adalah sukatan kuah yang kita mahukan.

▶ Masukkan kentang, lobak, masak sehingga empuk. Masukkan telur rebus, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..

▶ lepas tu adjust lah kuah sama ada kita nak pekat atau cair. Jika terlampau pekat, masukkan sedikit lagi air.

▶ Jika sukakan kuah yang agak berlemak, boleh masukkan sedikit santan.

BACA JUGA: Aneka Resepi Sup Marvelous Untuk Anak. Gerenti Sedap, Laju je Habis!

DAGING KURMA

Bila daging dalam peti ais ada banyak, mula lah risau nak masak apa kan. Kadang tu sampai semua menu dah cuba. Tapi jangan lupa untuk cuba juga kurma daging ni. Rasa dia memang sedap!

RESEPI KURMA DAGING

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 7-8 biji cili padi
  • 1 lada hijau besar
  • 4 sekawan
  • 1 keping asam keping

 

CARA PENYEDIAANNYA KURMA DAGING :

▶ Blend bawang kecil, bawang putih, halia dan bawang goreng. Blend smpai hancur

▶ Panaskan minyak, tumis 4 sekawan.

▶ Dah wangi, masukkan bahan blend. Tumis sehingga naik bau atau naik minyak.

▶ Masukkan daging. Dan sedikit air. Kacau rata. Tutup kuali supaya daging cepat lembut.

▶ Agak² dah lembut, masukkan ubi kentang dan asam keping. Tutup semula

▶ Bila ubi dah mula empuk, daging pun dah lembut. Masukkan 2 sudu rempah kurma. Gaulkan sekata.

▶ Masukkan sedikit air, 1 biji bawang besar dan tutup kembali sehingga air agak kering.. (Bawang besar tu Kak long tak potong sebab anak2 tak suka makan bawang.. Nanti senang sikit nak hidangkan).. Korang boleh potong bawang tu tau jika suka😉

▶ Air dah kering, kacau sekejap. Minyak pun dah cantik naik, masukkan santan pekat dan 1½ cawan air.

▶ Gunakan api perlahan ye. Bila kuah dah sebati. Masukkan cili padi, lada hijau, dan garam secukup rasa.

▶ Kuah dah agak cantik. Sebelum tutup api masukkan tomato.

▶ Sedia dihidang. 💃

 

KURMA DAGING KAMBING

Resepi Kurma Kambing yang sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato, nasi hujan panas atau nasi berperisa yang lain mengikut kesukaan anda.

Sedap juga kalau dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Kalau di sebelah utara, kurma kambing memang biasa dihidangkan di kenduri kendara dan rasanya memang sangat sedap.

RESEPI KURMA DAGING KAMBING

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kg daging kambing
  • 1 senduk minyak
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 biji cili hijau atau cili merah, potong dua
  • 4 biji kentang, potong dadu besar
  • 1 batang karot. potong dadu besar
  • 2 biji bawang besar, belah 4
  • ½ cawan air asam jawa
  • sedikit gula melaka
  • garam secukup rasa

 

Bahan untuk bancuhan pes (dengan air):

  • 4-5 sudu besar rempah daging kurma
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

 

Bahan untuk tumbuk halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang bawang putih
  • 2 inci halia

 

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 batang cengkih
  • 2 tangkai daun kari

 

CARA PENYEDIAAN KURMA DAGING KAMBING :

▶ Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan rempah tumis dan bahan tumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.

▶ Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak sehingga pecah minyak. Tuang sedikit air jika rempah terlalu kering dan garing untuk mengelakkan rempah hangus.

▶ Masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah. Biarkan masak sehingga 5 minit dan tambah sedikit air hingga agak tenggelam daging kambing. Masak sehingga daging menjadi empuk dan lembut.

▶ Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, air asam jawa, lobak merah, kentang, cili hijau dan bawang besar. Masak sehingga bahan tadi empuk.

▶ Masukkan pula gula melaka dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Waah! Dengan lima resepi kurma yang saya kongsikan ni, harap dapatlah membantu anda yang memang sedang mencari resepi-resepi kurma yang mudah.

Senang je kan nak buat dia. Untuk yang baru nak belajar masak, tambatlah hati mertua dengan masakan kurma ni. Buat sedap-sedap insyaAllah mereka suka. 😊

Selamat mencuba ya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open