Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tok Aji Serban Atau Pulut Sekaya Terengganu. Confirm Sedap Dan Mudah Nak Buat!
Ni dia resepi tok aji serban atau lebih dikenali sebagai pulut sekaya. Siapa pernah makan kuih ni. Kuih ni famous kat Terengganu. Rasa dia memang sedap. Kuih ni hampir sama dengan kuih seri muka. Bezanya lapisan atas kuih ni manis menggunakan telur dan santan.
Baru ni je jiran aku hantar kuih tok aji serban ni kat rumah. Tegelak jugak time dia text aku. “Akak nak tak tok aji serban?” Aku blur teruk time ni. Rupanya nama kuih ni tok aji serban. Tanya kat dia kenapa kuih ni panggil tok aji serban. Dia kata, sebab tok aji pakai serban je pandai buat kuih ni dulu.
Aku pun tak tahu la, betul ke tak cerita dia tu. Dia kata kuih ni di panggil tok aji serban sejak dari zaman tok nek moyang kita lagi. Ha, sekarang tak pakai serban pun boleh buat kuih ni. Ye dok? Yang penting korang ikut je sebijik-sebijik resepi ni confirm menjadi!
Kalau beli kat pasar, sepotong kuih ni RM2.50 katanya. Mahal jugak ye. Siapa-siapa yang tengah craving nak makan kuih ni boleh la try buat sendiri kat rumah. Lagi-lagi orang Terengganu yang duduk merantau. Mesti korang rindu nak makan kuih pulut sekaya ni kat kampung kan.
Resepi tok aji serban atau pulut sekaya ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Adh Amna. Sedap tau kuih ni. Rasa manis ala-ala puding caramel gitu. Tapi rasa manis tu memang balance dengan rasa tawar masin bahagian pulut. Tak muak makan.
RESEPI TOK AJI SERBAN ATAU PULUT SEKAYA
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih tok aji serban atau pulut sekaya ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Telur 5 biji (buang pusat)
- 4 ketul nise kerek (gula melaka)
- Beras pulut secawan
- 1/2 cawan santan
- 1 cawan santan pekat
- 3 helai daun pandan
- Secawan air
- Secubit garam( ikut sedap)
CARA PENYEDIAAN TOK AJI SERBAN ATAU PULUT SEKAYA :
▶️ Beras pulut rendam dulu sekurang2nya 30 minit.
▶️ Cairkan nise kerek dengan secawan air dan daun pandan. Kalau nak wangi lagi nise kerek cair blend sekali dengan daun pandan dan tapis.
▶️ Beras pulut yang direndam tadi masukkan dalam loyang.
▶️ Masukkan 1/2 cawan santan yang dicampur garam. Santan agak-agak tenggelam pulut. Jangan lebih nanti lembik.
▶️ Kukus 20 minit atau sampai masak.
▶️ Lapisan atas sekaya pulak, pecahkan telur dan kacau manja. Agak-agak sebati je.
▶️ Campur santan pekat dan nise kerek cair. Kacau sebati dan kacau manja je.
▶️ Lapisan pulut sudah masak. Tekan-tekan bagi mampat.
▶️ Masuk adunan telur dan kukus sampai masak. Agak-agak sampai nampak kering permukaan telur tu. Loyang tu boleh gris dulu dengan majerin atau lapik plastik. Senang nak bacak keluar kuih ni nanti. Siap!
BACA JUGA : Resepi Nasi Goreng Sardin Yang Paling Senang Nak Buat. Confirm Sedap Dan Bertambah Dibuatnya!
Kuih ni banyak guna telur dan nise ye. Memang manis dan sedap di makan sejuk-sejuk. Lepas dah potong, biarkan kuih sejuk dengan udara sekeliling dulu. Lepas tu, korang nak letak dalam peti pun boleh. Sampai esok lusa boleh makan kuih ni.
Aku yang baru first time makan kuih ni pun dah suka. Mungkin sebab aku seorang penggemar kuih talam. Kuih ni sesuai sangat di hidang untuk minum petang dan breakfast. Perut pun kenyang. Puas hati buat kuih ni kat rumah. Jimat banyak dari beli kat luar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Adh Amna kerana sudi berkongsi resepi tok aji serban atau pulut sekaya ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!