Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tepek Pisang Kuih Tradisional Orang Perak. Kuih Ni Sedap Di Makan Panas-Panas!

0 106

Orang Perak panggil tepek pisang. Kita panggil lempeng pisang. Kuih ni merupakan kuih tradisional yang famous di Perak. Dibakar menggunakan daun pisang dan sedap di makan panas-panas. Jom try resepi tepek pisang ni kat sini. Confirm korang suka.

Tepek pisang atau lempeng pisang diperbuat daripada pisang dan berintikan kelapa. Daun pisang akan dilayor di atas api. Kemudian, adunan seperti cucur akan diratakan di atasnya dan kelapa parut diletakkan diatas sebelum dilipat. Baru lah kuih ni di bakar.

Nak bakar kuih ni mudah je, bakar atas kuali tanpa minyak. Aromanya memang memikat hati. Kuih tepek pisang atau lempeng pisang ni sama je! Cara penyediaannya pun mudah. Boleh lah buat kat rumah untuk minum petang nanti!

Resepi tepek pisang ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang di beri nama Anugerah Terindah. Orang Perak memang suka makan kuih ni. Tersangatlah sedap. Boleh makan macam tu je atau pun cicah dengan sambal.

Kuih tepek ni mungkin takde jual kat tempat korang. Kalau teringin sangat nak cuba buat kuih ni untuk minum petang, boleh follow resepi dia kat sini. Sama sedap dengan lempeng pisang biasa. Cuma kuih tepek ni siap ada inti kelapa di dalamnya.

RESEPI TEPEK PISANG 

Tak sabar rasanya nak buat kuih ni kan. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan tepek pisang ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Sesikat pisang
  • 2 1/2 cawan tepung gandun
  • 1/2 cawan gula
  • Daun pisang

 

Bahan lain : 
  • Sebijik kelapa parut (putih)
  • Sedikit garam
*Di gaul garam dan kelapa parut

CARA PENYEDIAAN TEPEK PISANG : 

▶️ Blender pisang dan gula. Gaul bersama tepung gandum.

▶️ Bila adunan dah gaul rata, Boleh di letak atas daun pisang.

▶️ Tabur kelapa putih.

▶️ Sedia untuk di bakar dengan api sederhana.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kuah Kacang Pecel Atau Gado-Gado Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Rugi Tak Cuba!

 

Wah dah siap pun tepek pisang kita. Goreng pisang, cekodok pisang kita dah biasa makan. Kali ni kita tukar selera pulak. Buat tepek pisang orang Perak ni. Memang tak rugi korang try lempeng versi ni tau! Confirm korang suka punya la.

Teksturnya sedikit garing dan boleh juga dibuat lembut ikut citarasa masing-masing. Kuih ni antara kuih lagend yang korang kena try buat sendiri. Kuih ni jadi kegemaran tok nek moyang kita zaman dulu. Sedap di makan dengan sambal.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pemilik Facebook Anugerah Terindah kerana sudi berkongsi resepi tepek pisang kuih tradisional orang Perak ini di Facebook. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open