Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tat Raga Atau Tat Nanas Yang Cukup Sedap. Biskut Raya Yang Sudah Pasti Menjadi Kesukaan Ramai!
Seperti yang kita tahu, tat nenas merupakan satu resepi biskut raya yang sangat digemari ramai. Resepi tat raga juga merupakan salah satu versi tat nenas yang telah dipelbagaikan bentuknya.
Ianya dipanggil sebagai tat raga kerana bentuknya seakan raga. Seperti biasa bahan utama yang digunakan dalam tat ini adalah jem nenas. Dan sudah pasti, penggunaan jem nenas telah melengkapkan rasa pada biskut raya ini.
Menjelang bulan ramadhan, pastinya kuih ini laku keras dijual dipasaran. Ramai juga peniaga-peniaga kuih raya yang tak menang tangan menerima tempahan tat nenas ini. Yang membezakan ia dengan tat raga adalah bentuknya semata.
Cara penyediaannya sangatlah mudah, cuma menggunakan beberapa jenis bahan sahaja anda dapat menghasilkan tat raga homemade yang cukup sedap. Bila buat sendiri lebih puas hati. Nak buat banyak mana pun boleh.
Maklumlah tat nenas ni bila dimakan tak cukup sebalang dibuatnya. Ianya merupakan salah satu kuih yang wajib ada dihari raya. Jom kita lihat perkongsian resepi tat raga dari Cik Puan Izza Howzin.
RESEPI TAT RAGA ATAU TAT NENAS
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi tat raga ini. Pelbagai jenis tat nenas yang kita temui sekarang ni, masing-masing dengan teksturnya yang tersendiri. Mari kita cuba resepi tat raga ini pula.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250g mentega
- 50g gula aising
- 1bj kuning telur
- 360g tepung gandum
- 3sdm tepung kastard
Bahan Inti :
- Jem nenas
- Sebiji telur (untuk sapu)
CARA PENYEDIAAN TART RAGA :
▶️ Campur mentega, gula dan telur. Kemudian, pukul sebati.
▶️ Masukkan tepung dan uli sampai menjadi doh yang lembut.
▶️ Acukan dalam acuan kecil seperti dalam gambar.
▶️ Bulat-bulatkan inti nenas dan letak dalam acuan doh tadi.
▶️ Silangkan doh yang dicanai dan dipotong memanjang untuk jadikan tangkai.
▶️ Sapukan telur sebelum dibakar.
▶️ Bakar selama 30 minit, pada suhu 180C.
BACA JUGA: Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Rose Yang Sedap. Dua Gabungan Hidangan Yang Cukup Menyelerakan!
Sangatlah mudah! Dah boleh buat secara homemade. Kepada mereka yang gemar buat kuih raya, apa kata cuba resepi tat nenas raga ini. Asah skill sekarang, raya haji nanti boleh cuba buat untuk hidangan buat tetamu yang datang.
Tak tau nak beli acuan kat mana? Jangan bimbang cari je kat shopee. Tak perlu risau melekat pada acuan, bila dah masak, terbalikkan sahaja. Cantik je jadinya nanti dan tak perlu letak marjerin pada acuan.
Dah ada yang terpikat dengan resepi ni? Ok, tak nak sembang panjang lagi, jaga diri dan kita sama-sama hapuskan covid-19. Semoga resepi tat raga ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!