Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Roti Sosej Goreng Yang Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Confirm Suka!

0 47

Anak-anak mesti suka roti sosej kan. Selalu beli kat bakery je. Lepas ni dah boleh buat kat rumah. Puas makan! Apa kata kita cuba resepi roti sosej goreng yang mudah dan sedap ni! Tak cukup seketul nak makan nanti. 

Dapat je roti sosej ni, mesti makan sosej dia je dulu. Dah habis sosej baru makan roti. Kadang tak habis pulak tu. Tapi kalau makan roti sosej jenis goreng ni panas-panas, confirm makan roti dan sosej sekali gus. 

Roti sosej ni boleh di masak dalam 2 cara. First bakar macam kat bakery dan second goreng macam resepi ni. Makan panas-panas lagi sedap ye. Roti sosej ni sesuai untuk hidangan breakfast & minum petang. 

Resepi roti sosej goreng ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shah Suzanna Shafiee. Boleh buat adunan waktu malam dan goreng waktu pagi. Doh roti ni kalau di perap lagi lembut dan gebu. 

Nak buat roti sosej ni boleh je guna apa sahaja jenis sosej yang korang suka. Contoh sosej cheese, sosej pedas dan macam-macam lagi. Makan cicah dengan sos lagi sedap. Resepi ni viral sampai 5k ye. Ramai yang suka.

RESEPI ROTI SOSEJ GORENG 

Nak buat roti sosej goreng ni tersangatlah mudah. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan roti sosej ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cup tepung
  • 2 tbsp gula halus
  • 1 1/2 tbsp marjerin
  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp yis yang dibancuh dengan 1/2 cup air suam
  • Sausage (kerat 2 dan celur)

CARA PENYEDIAAN ROTI SOSEJ GORENG : 

▶️ Satukan kesemua bahan, masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada jari/tangan.

▶️ Biarkan kembang, bulat-bulatkan serta gentel memanjang.

▶️ Lilitkan pada sausage & kemaskan lilitan supaya lilitan tidak terbuka ketika digoreng.

▶️ Sedia untuk digoreng.

 

BACA JUGA : Resepi Sup Ayam Thai Yang Marvellous. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Wah! Dah siap pun roti sosej goreng ni. Roti ni confirm jadi kesukaan anak-anak. Boleh buat bekal anak-anak ke sekolah. Kenyang pun kenyang. Siap boleh frozenkan kalau korang nak. 

Korang yang suka makan roti sosej kat bakery boleh la buat sendiri kat rumah. Nak bakar, nak goreng pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Yang penting roti ni lembut di dalam dan garing diluar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Shah Suzanna Shafiee kerana sudi berkongsi resepi roti sosej goreng yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open