Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puff Sardin Yang Simple Dan Mudah Nak Buat. Guna Pastry Segera Je Lagi Senang!

0 1,717

Seronok juga kalau dapat makan puff sardin untuk minum petang kan. Cara nak buat pun mudah. Korang follow je resepi puff sardin kat sini. Simple dan tak guna bahan yang banyak pun dalam penyediaannya. Guna pastry segera lagi mudah! Terus rasa macam makan puff kat bakery.

Korang tak perlu nak uli tepung bagai untuk buat puff sardin ni, korang beli je pastry segera tu. Ambil pastry saiz kecil yang ada 10 keping dalam 1 bungkus tu nanti. Mudah korang nak lipat. Tak perlu potong lagi. Pakai saiz tu memang senang.

Macam-macam jenis puff di jual di bakery. Tapi, bila tahu ada cara paling mudah nak buat. Rasa rugi pula kalau tak cuba kan. Makan panas-panas baru syok! Korang nak tukar apa jenis inti yang korang suka pun boleh.

Resepi puff sardin ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mastura Razali. Mudah sangat untuk korang follow sebab resepi ni jelas dan mudah nak faham. First time baking pun boleh buat.

Bahagian inti puff boleh di pelbagaikan. Tapi lagi mudah kalau nak guna sardin. Rasanya pun sedap! Korang tak nak tumis pun boleh. Terus masuk dalam pastry dan bakar. Tapi, suggest korang masak inti sebab boleh tumis sardin dengan cili. Inti puff ni kalau pedas sikit lagi sedap!

 

RESEPI PUFF SARDIN

Tanpa membuang masa lagi, apa kata korang lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan puff sardin ini. Nak lagi mudah, make sure korang pakai pastry segera yang saiz kecil tu nanti okey.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kulit pastry (Guna kulit pastry yang kecil je dalam 10 keping)
  • Sardin
  • Bawang putih
  • Bawangholland
  • Cili
  • Garam
  • Gula
  • Kuning telur

CARA PENYEDIAAN PUFF SARDIN :
Cara penyediaan inti sardin :

▶️ Mula-mula hancurkan sardin.

▶️ Kemudian, tumis bwang putih, bawang holland dan cili sampai garing.

▶️ Seterusnya, masukkan sardin dan masak sampai agak kering.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk inti sardin!

Cara penyediaan puff sardin :

▶️ Ambil pastry dan potong macam gambar di atas. Dan masukkan inti. 

▶️ Lipat segi tiga pastry dan tekan dengan garfu.

▶️ Sediakan kuning telur dan sapu atas pastry.

▶️ Tabur pasley, kalau takde abaikan je.

▶️ Sedia untuk di bakar. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Style Negeri Sembilan. Yang Ni Baru Betul, Pure Tanpa Bawang!

 

Sedia untuk di nikmati panas-panas! Wah nikmatnya. Kalau beli kat kedai biasanya dah tak dapat yang panas macam ni. Beli kat kedai, sampai rumah dah sejuk. Buat sendiri lagi puas hati kan. Nak buat banyak mana pun boleh. Puas nak makan nanti.

Banyak juga resepi-resepi menarik yang Cik Puan Mastura Razali kongsikan di wall Facebook miiliknya. Sedap-sedap belaka semuanya. Next time, kita cuba resepi lain pula okey. Boleh try masak kari ikan siakap pula nanti.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi puff sardin yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open