Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Popia Bergedil Ayam Yang Mudah Dibuat. Makan Dengan Sambal Lagi Sedap!

0 83

Siapa sini suka makan bergedil? Ha, apa kata hari ni kita bertukar selera dan cuba resepi baru. Try resepi popia bergedil ayam ni. Confirm korang suka. Makan dengan sambal kicap lagi sedap. 

Popia bergedil ni dibuat berbeza sedikit cara penyediaannya dengan tauhu bergedil. Intinya sahaja yang sama. Boleh menggunakan ayam, boleh jugak diganti menggunakan inti daging. Terpulang ikut citarasa masing-masing. 

Ganti tauhu dengan popia je. Tekstur bergedil ni garing bila digoreng. Perlu jugak digoreng bersama telur. Popia bergedil ni di makan panas-panas dengan sambal cili kicap memang sedap ye. Licin pinggan dibuatnya. 

Resepi popia bergedil ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Bunda Nadiah. Sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Ramai tau yang share resepi ni kat Facebook. 

Kena rajin sikit je nak lipat kulit popia ni. Yang suka makan bergedil boleh la save resepi ni siap-siap. Hujung minggu nanti boleh lah buat sendiri kat rumah. Anak-anak pun mesti suka. 

RESEPI POPIA BERGEDIL AYAM 

Tak pernah lagi jumpa orang jual popia bergedil ni. Kalau nak makan, kena la buat sendiri kat rumah. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya popia bergedil ni. Step memasak seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Kulit popia belah 2

 

Bahan untuk inti : 
  • Daging ayam cincang
  • 10bj kentang
  • 3 sd besar bawang goreng
  • Daun sup
  • 1/2 sd kecil lada putih
  • 3 ulas bawang putih goreng
  • Garam
  • Secukup rasa maggie

CARA PENYEDIAAN POPIA BERGEDIL AYAM : 

▶️ Mula-mula goreng kentang.

▶️ Kemudian, tumbuk kentang, gaul dengan ayam cincang dan semua bahan.

▶️ Dah siap bulat-bulatkan dan gulung dalam kulit popia.

▶️ Celup telur dan goreng dengan api yang perlahan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sup Tauhu Jepun Yang Simple Dan Sedap. Mudah Je Nak Buat!

 

Mudah je kan! Orang tak reti masak pun mesti boleh buat popia bergedil ni. Memang tak de jual kat luar lagi. Kalau nak makan, kena la masak sendiri kat rumah. 

Step nak gulung kulit popia ada kat Facebook Cik Puan Bunda Nadiah. Klik je link nama yang ada kat perenggan atas tu. Terus korang boleh tengok jelas gambar dan step penyediaan popia bergedil ni. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Bunda Nadiah kerana sudi berkongsi resepi popia bergedil ayam yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open