Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lempeng Nasi Untuk Breakfast. Sedap Yakmat, Kenyang Pun Kenyang!

0 148

Ada nasi sejuk lebih tak semalam? Macam-macam menu kita boleh buat dengan nasi sejuk tau. Jom melempeng. Try korang follow resepi lempeng nasi ni kat sini. Sedap yakmat! Kenyang pun kenyang.

Lempeng nasi ni sedap di makan dengan sambal ikan bilis atau kuah kari. Sesuai dihidang untuk sarapan pagi dan minum petang. Kot nasi semalam tak habis, boleh la buat breakfast lempeng nasi pulak. 

Lempeng nasi ni beza sedikit dengan lempeng yang biasa aku buat kat rumah. Boleh di campur hirisan lobak merah, daun bawang dan cili dalam adunannya. Ala-ala buat adunan cucur udang gitu. 

Resepi lempeng nasi ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Norfazida Gda. Nampak mudah sangat cara penyediaannya. Kalau nasi semalam tak habis jangan biar macam tu je. Takut basi, bazir pulak nanti.

Nasi putih yang tak habis lebihan makan malam, boleh je simpan dalam peti. Nak melempeng malam pun boleh. Kot korang malas nak makan nasi ke kan. Lempeng ni lembut dan sedap Yang makan cicah susu pun ada.

 

RESEPI LEMPENG NASI 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan lempeng nasi ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1/2 kiub pati ayam/ ikan bilis
  • 1sk garam
  • 1/4 batang lobak merah (disagat)
  • 1/2 biji bawang besar (di dadu kecil)
  • 2-3 biji cili padi (hiris halus)
  • 1 cekak daun bawang (hiris halus)

CARA PENYEDIAAN LEMPENG NASI :

▶️ Kisar nasi sejuk bersama 2 cawan air sehingga halus. Tambahkan tepung gandum, baki 1 cawan air, kiub pati ayam/ ikan bilis dan garam. Kisar lagi sehingga sebati.

▶️ Tuangkan ke dalam bekas. Tambah lobak merah, bawang besar, cili padi dan daun bawang. Kacau hingga sebati.

▶️ Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak. Tuang 1 senduk besar adunan lempeng dan lenggangkan menjadi bulat. Masak sehingga keperangan dikedua-dua belah bahagian lempeng. Angkat.

▶️ Ulang lagi langkah yang sama sehingga habis adunan.

▶️ Enak dinikmati bersama sebarang jenis sambal, sambal, kuah kari, tumis sardin atau pun kuah cili. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Tapioca Fruits Dessert. Makan Sejuk-Sejuk Nikmat Rasanya!

 

Tak susah pun nak buat lempeng ni. Tak payah sebatikan guna senduk. Lambat kerja korang nanti. Masuk je semua dalam blander dan kisar sampai halus. Tekstur lempeng elok je jadinya. 

Nak masak lempeng ni, tak sedap pakai minyak biasa. Kena pakai butter. Baru la rasa nikmat makan lempeng ni. Bau dia pun lebih wangi. Pastikan melempeng guna kuali non stick ye. Kang lekat pulak nanti. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norfazida Gda kerana sudi berkongsi resepi lempeng nasi yang mudah dan simple ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open