Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Seri Muka Yang Paling Mudah Dan Sedap. Lembut Berlemak Yang Pasti Disukai Ramai.
Kuih seri muka atau juga dikenali dengan nama lain iaitu puteri salat merupakan sejenis kuih talam. Ianya juga merupakan kuih tradisional yang mempunyai dua lapisan iaitu pulut dibahagian bawahnya dan kastart dibahgian atasnya.
Kuih ini selalunya dijadikan pemanis mulut di kenduri kendara. Ianya juga sering dijual di gerai tepi jalan diwaktu pagi untuk menu sarapan pagi. Rasanya yang manis dan berlemak santan dibahagian pulut cukup disukai ramai.
Kuih ini sangat sesuai di jadikan pencuci mulut kepada tetamu yang datang. Kuih seri muka juga boleh dipelbagaikan rasanya. Bahagian lapisan atas boleh menggunakan perisa santan dan aromanya sudah pasti memikat hati penggemar kuih ini.
Resepi kuih seri muka ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nana Ismail. Beliau mengubah sedikit resepi asal kuih ini dengan meletakkan sagu diantara dua lapisan.
Biasanya kuih ini akan dimasak didalam loyang dan dipotong kemas. Tetapi ianya tentu lebih menarik bila menggunakan acuan lompang. Nampak comel dan sesuai untuk dijual ataupun dihidang semasa majlis.
RESEPI KUIH SERI MUKA
Nak masak kuih seri muka ni tak susah mana pun, mudah je. Jadi mari kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara peyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan lapisan bawah :
- 500gm beras pulut (rendam sekejap)
- 600ml santan
- 2st garam
- 20gm sagu halus (rendam dengan pewarna merah dan toskan)
Bahan lapisan Kastart :
- 200gm gula
- 100gm tepung kastard
- 400ml santan pekat
- 350gm air
- 4 biji telur
- 1st garam
- 1st esen vanilla
- Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN KUIH SERI MUKA :
Cara penyediaan lapisan bawah :
▶️ Tanak beras pulut bersama santan dan garam.
▶️ Bila dan masak, masukkan ke dalam loyang lain yang disapu dengan minyak dan ratakan.
▶️ Letakkan sagu berwarna merah tanpa perlu diratakan.
Cara penyediaan lapisan kastart :
▶️ Campur semua bahan dan sebatikan guna blender.
▶️ Masak adunan dengan api sederhana dan sentiasa kacau.
▶️ Bila adunan mula mendidih, boleh angkat dan tuang atas pulut tanak tadi.
▶️ Kukus selama 30 minit. Siap!
BACA JUGA: Resepi Kerabu Jantung Pisang Yang Mewah Dan Sedap. Lemak-Lemak Yang Mampu Membuka Selera Anda!
Mudah sangatkan! Kalau buat majlis tak perlu tempah kat luar lagi, anda boleh membuatnya sendiri dirumah. Practice make perfect kata orang putih. Selalu buat maka semakin cantiklah cara kita masak kuih seri muka ni.
Nak dapatkan permukaan yang cantik, penutup pengukus kena balut kain supaya wap tak menitik. Dah siap masak nanti kena tunggu sejuk dulu baru potong supaya potongan lebih cantik.
Sesetengah orang nak potong kuih ni, sapukan minyak pada pisau dahulu baru pulut tak melekat. Semoga resepi kuih seri muka ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!