Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Lompat Tikam Yang Wajib Korang Cuba. Lemak Manis Rasanya!
Yang suka makan kuih lompat tikam dah boleh buat sendiri kat rumah lagi. Kuih ni jarang jual kat luar ye. Kalau nak makan sangat, kena la buat sendiri kat rumah. Jom follow resepi kuih lompat tikam ni. Mudah sangat cara penyediaannya.
Kuih ni famous kat Pantai Timur. Pernah tak dengar cerita disebalik nama kuih lompat tikam yang pelik ni. Kuih lompat tikam ni mendapat nama berdasarkan kisah salah seorang daripada dayang-dayang yang sedang membawa dulang kuih.
Al-kisahnya dayang-dayang tu telah tersadung pada bendul istana semasa membawa dulang kuih. Lalu menyebabkan Sultan melompat terkejut dan tertikam dayang itu. Dari situ la wujudnya nama kuih traditional lompat tikam ni.
Kuih tradisional lompat tikam ni memang sedap. Rasa lemak manis kat mulut. Ada air nise, pulut merah, santan dan adunan tepung beras. Gabung je 4 masakan ni bila nak makan atau hidang kuih lompat tikam ni nanti.
Resepi kuih lompat tikam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Izamani Ismail. Nampak menyelerakan sungguh kuih ni. Tak jumpa orang jual kat luar ye. Kalau nak makan, kena la buat sendiri kat rumah.
RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM
Senang nak cerita kat anak-anak di sebalik nama kuih ni kan. Anak-anak sekarang memang bijak bertanya. Kang tak sudah-sudah soalannya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Step penyediaannya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk warna hijau :
- 1 cwn tpg beras
- 3 cwn air (2 cwn air+1 cwn air daun pandan)
- Sedikit pewarna hijau pandan
- Sedikit air kapur
Bahan untuk kelapa santan :
- 2 cwn santan sederhana pekat
- 2 sb tepung beras
- Sedikit garam
Bahan untuk pulut merah :
- 1 cwn beras pulut
- Sedikit pewarna merah
- Santan cair
- Garam
Bahan untuk air nise :
- 2 keping nise
- 1 cwn air
- Sehelai daun pandan
CARA PENYEDIAAN KUIH LOMPAT TIKAM :
▶️ Step pertama, masukkan bahan-bahan warna hijau dalam kuali. Kacau sebati, buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-meletup dan berkilat. Siap masukkan dalam loyang atau bekas.
▶️ Step kedua untuk kelapa santan. Kacau sebati dan buka api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.
▶️ Step ketiga untuk pulut merah. Basuh beras pulut bersih-bersih, rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Toskan beras pulut.
▶️ Masukkan pulak beras pulut dalam acuan. Masukkan santan cair paras tenggelam beras pulut je. Letak sedikit garam dan kukus sehingga masak.
▶️ Step akhir sediakan air nise. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Mudah Dan Sedap. Lagi Panaskan Lagi Sedap!
Mudahkan cara nak buat kuih lompat tikam ni. Ambil sedikit-sedikit setiap masakan tadi dan masukkan ke dalam pinggan. Gaul dan boleh la makan. Kuih ni sedap dihidang panas dan sejuk. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Rasa beras pulut yang di masak tu lemak bergaram. Lebih kurang sama dengan rasa putih kat tepung pelita. Akan balance semua rasa bila digabung air nise, pulut merah, santan dan adunan beras pulut. Rugi tau tak cuba buat kuih ni. Sesuai untuk minum petang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Izamani Ismail kerana sudi berkongsi resepi kuih lompat tikam yang mudah dan sedapini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!